Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Tahun baru menjelang lagi. Seperti biasa kerajaan akan mengadakan atau mengalakkan sambutan Tahun Baru. Pelbagai aturcara diadakan yang kebanyakkannya berbentuk hiburan dan seronok-seronok sahaja. Akibatnya mereka yang lalai terutama muda-mudi terus hanyut dengan nafsu yang tidal terkawal.

Kemana arah hendak dibawa mereka semua ini? Adakah kerajaan ingin terus melihat anak muda tenggelam Dan hanyut dalam kemelut masalah sosial yang tidak berpenghujung. Kini masalah anak luar nikah dan buang bayi semakin kronik.... Tidak terhitung. Adakan ini yang ingin dicapai oleh kerajaan Najib? Adakah beliau beranggapan masyarakat yang rosak akan terus menyokong BN?

Di dalam keadaan politik negara yang terus bergelora pelbagai pristiwa yang menyesakkan dada rakyat berlaku dalam tahun 2010. Dengan kenaikkan harga barang hingga kenaikkan harga keperluan hidup. Yang terbaru adalah kenaikkan cukai perkhidmatan yang berkuatkuasa dari 1/1/11 dari 5% kepada 6%.

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia juara Piala AFF-Suzuki 2010, JUMAAT CUTI

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan.

Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu.

Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71 dan satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87.

Kerajaan telah mengisytiharkan cuti umum pada hari Jumaat 31/12/2010 bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

Wednesday, December 29, 2010

Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno

Pembuka tirai 2011 menyaksikan PAS akan mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk memberi kesedaran supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu.

"Kami juga telah mengeluarkan arahan untuk menggerakan jentera di setiap peringkat kawasan dan negeri,' katanya lagi.

Dalam siri jelajah yang akan bermula di Pahang dan berakhir di Terengganu itu, rombongan Pemuda PAS dijadual mengadakan sesi dialog dengan Pemuda negeri serta taklimat khas daripada Nasrudin.

Di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah perdana, dinamakan Pentas Pemuda.

Nasrudin berkata, setiap jentera Pemuda terlibat menyelesaikan culaan undi, daftar pemilik dan jumlah semak semasa berada di lapangan.

Ditanya bilangan anggota PAS akan turut serta, katanya, itu semua bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan.

"Kita tidak meletakkan jumlah kapasiti, jumlah tenaga (ahli) bukan berada di atas kertas tetapi di lapangan kelak," ujarnya.

Nasrudin berkata, siri jelajah mencapai kemuncaknya pada 19 Februari, dijangka 30,000 Pemuda PAS Kedah akan menghadiri program tersebut.

Ditanya sama ada sudah memohon permit polis, Nasrudin memberitahu telah memohon permit daripada pihak berkuasa untuk kesemua siri jelajahnya.

"Ada negeri dah serah borang permohonan dua minggu lebih awal untuk mohon permit," kata beliau yang menjangka tiada masalah akan timbul dalam program sulung mereka untuk tahun depan itu.

Tuesday, December 28, 2010

Tan Sri Isa Samad Pengerusi Felda

Pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru adalah sesuatu yang tidak wajar dan mencemar institusi Felda sendiri. Tan Sri Isa Samad yang juga bekas Naib Presiden UmNo pernah digantung keahlian berikutan kes rasuah.

Pada pagi 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UmNo yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UmNo, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UmNo pada pemilihan September tahun 2004.

Hukuman tersebut kemudiannya dikurangkan kepada hanya tiga tahun.

Layakkah seorang yang pernah terlibat dengan rasuah menyandang jawatan Pengerusi Felda? Tambahan pula hukuman yang diberikan adalah berdasarkan undang-undang UmNo. Kalaupun dia telah dihukum, ianya adalah berdasarkan undang-undang UmNo. Justru itu ia bebas dan bersih dari sudut perundangan UmNo bukannya berdasarkan undang-undang negara. Maka beliau hanya layak memegang jawatan dalam UmNo BUKAN jawatan Pengerusi Felda. Felda bukan UmNo punya.

Friday, December 24, 2010

Selamat Tinggal UmNo

Hari ini sibuk sungguh.Sibuk dengan bicara kes dari pagi lagi...Mujurlah saksi pendakwaan tak hadir hari ini, Mahkamah menangguhkan bicara...

Baru berkira-kira untuk masuk pejabat melihat beberapa fail yang memerlukan 'sentuhan', telefon berdering. Seorang perkenalkan diri sebagai Mat E memohon untuk bertemu saya di rumah beliau di sebuah perkampungan terpencil di Jalan Sungai Lumpur, berhampiran Kampung Sungai Meranti, Rompin, Pahang.

Allah sahaja yang tahu letihnya tubuh ini. Jarak dari Bandar Rompin ke situ boleh tahan juga...tapi saya percaya ini satu amanah besar Allah, saya keberatan untuk menolak.Sampai di sana, terpaksa pulak mengharungi kawasan lecak berlumpur..Nama pun Sungai Lumpur...he..he.

Tersergam rumah walaupun sederhana tapi selesalah nampaknya..Sangkaan saya meleset bila dimaklumkan bahawa rumah tersebut adalah milik bapa mertua beliau..Beliau hanya menumpang di situ dengan anak beliau seramai 8 orang dan isteri beliau. Rumah tersebut pula dibina di atas tanah berstatus TOL. Beliau pula menanggung semua anak-anak dengan gaji RM500 hingga RM600 sebulan sebagai mekanik. Bagi saya, kes Mat E ini biasa sahaja sebab ramai orang miskin berkedudukan seperti beliau.

Beliau akhirnya membuka cerita. Mat E atau nama sebenarnya Ahmad Baijuri Hariff adalah seorang ahli dan aktivis UmNo khususnya di Cawangan Sepayang. Beliau merupakan Ketua Penerangan Pemuda Cawangan Sepayang. Beliau aktif dalam UmNo selama 17 tahun.

Beliau adalah Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Mengira Undi bagi UmNo Rompin khususnya DUN Tioman dalam dua siri pilihanraya iaitu 2004 dan 2008. Beliau adalah perwakilan UmNo Cawangan ke Mesyuarat UmNo Bahagian Rompin yang dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya baru-baru ini. Beliau jugalah pasukan pengiring Dato' Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin) sewaktu pilihanraya kecil Pendang tidak lama dulu rentetetan kematian Presiden PAS. Beliau jugalah aktivis masyarakat yang banyak membantu kejayaan program sama ada anjuran UmNo dan kerajaan di Rompin.

Hari ini beliau kecewa dengan parti yang ditatangnya selama ini. Beliau menunjukkan sekeping surat yang dihantar ke Ibu Pejabat UmNo Malaysia di PWTC. Tertera tajuk surat. PERMOHONAN KELUAR UmNo!!

Terdiam saya. Kenapa marah sangat dengan UmNoni, saya cuba mengorek cerita sebenar. Rupa-rupanya, Mat E ni lama sudah perjuangkan isu hakmilik tanah di kampungnya kerana ramai yang masih menumpang rumah saudara mara di situ. Tiada tanah untuk diduduki. Alasan, mereka orang Kedah.

Mat E perjuangkan isu orang muda setempat sehingga menjadi tulang belakang sewaktu program baktisiswa sebuah IPTA di Kampung Sepayang baru-baru ini. Namun kemuncak kemarahan Mat E, apabila beliau ingin memohon pertolongan YB untuk memohon tanah bagi kemudahan penduduk setempat di kampungnya. Jawab YB: " Pegi la tebang pokok nibung buat tiang rumah". Bermula tarikh itu, beliau bertekad untuk meninggalkan UmNo yang disayanginya sekian lama. Masih terngiang-ngiang beliaulah yang menjadi pembantu YB ke hulu hilir berkempen untuk memenangkan YB tersebut.

Mat E bukan meminta projek berjuta, kontrak bertimbun..tetapi cukuplah pemberian hakmilik tanah kepada beliau dan orang kampung nya. Kalau tidak mahu diberi pun jangan mereka ini dihina.

Sesungguhnya apa yang berlaku pada Mat E, adalah antara kisah sedih penindasan pemimpin UmNo dan BN pada rakyat. Mat E sebagai ahli UmNo pun dikeji demikian rupa, apa jaminan rakyat biasa diberi pembelaan. Saya melihat Mat E perlu dibantu. Bukan kerana parti, tapi jasa beliau kepada masyarakat setempat. Mat E terpinggir kerana membantu YB dan UmNo. Beliau jatuh susah dan miskin sehingga kediaman nya sendiri pun tiada. Inikah imbuhan bakti yg ditabur sekian lama.

Mat E sempat memberitahu saya bahawa beliau ada membina rumah secara beransur-ansur. Sedih saya tengok rumahnya. Walaupun tahu isu ini bakal menjadi tamparan bagi YB memandangkan Mat E adalah ahli UmNo dari Kampung yang sama, saya melihat lebih jauh bahawa Mat E perlu diberikan pembelaan. Mat E..walupun namamu tidaklah sehebat wakil rakyat, anda punyai satu keberanian...kami bersamamu..UmNo PENIPU RAKYAT...

penguamkita.blogspot.com

Adun Selinsing cabar UMNo dedah bukti

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya seperti dipetik The Malaysian Insider.

Tak reti dosa pahala

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang yang menggunakan blog sebagai medan membuat fitnah sebagai 'buta' dosa dan pahala.

Ketika diminta mengulas isu yang kini sedang leka didendangkan blogger pro-Umno itu, Mursyidul Am PAS itu didakwa berkata "Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala,".

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook.

Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut.

Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut.

________________

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (QS.an-Nur:4)

Monday, December 20, 2010

Sekitar Konsert Kesenian Islam (PMR DUN Dusun Tua)

Sekitar Konsert Kesenian Islam sempena Program Pemerkasaan Institusi Kekeluargaan Mesra Rakyat anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Parlimen Hulu Langat. Program diadakan pada 18 Disember 2010 di Padang Awam Pekan Batu 14 Hulu Langat.

Persembahan turut menampilkan artis dan penghibur yang banyak membawa penonton berhibur secara Islam. Antaranya kumpulan Nasyid As-Saufee, Ringgo, Blank (GAMMA), Pak Long dan Ustaz Akil Hayy serta diserikan dengan penampilan istimewa Ustaz Akhwan selaku MC konsert yang turut menghiburkan majlis dengan celoteh serta nyanyiannya.

Banyak lagi dan foto akan menyusul untuk tatapan semua.


Celoteh Ustaz Akil Hayy dalam persembahannya yang masih bertenaga dan menghiburkan


Ustaz Akil dengan persembahan lagu Hindinya (Khuda Ke Liye : Atas nama Tuhan)


Pak Long sedang tuning gitarnya



Pak Long dengan lagu popularnya (Selagi Ada Rindu)




Persembahan Pak Long yang mengajak penonton berzikir dan mengingati Allah
dalam hiburan, tahniah Pak Long dalam mujahadah dakwahnya...

Tahniah kepada semua jemputan yang telah menghiburkan semua di samping mengingatkan semua kepada mesej-mesej dakwah yang sangat bermanfaat. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan diterapkan di dalam budaya kita.

Majlis Makan Malam Ahli Parlimen Hulu Langat YB Che Rosli

Tuesday, December 14, 2010

Program Pemerkasaan Institusi Keluarga




Program akan diadakan di Masjid Pekan Batu 14. Semua penduduk dijemput hadir beramai-ramai. Bermula dari Jumaat petang 17/12/2010 hingga 19/12/2010.

Saturday, December 11, 2010

Kenali ketuanan Melayu ala Umno

Oleh Idris Ahmad

Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin.

Selepas PRU 2008 pemimpin umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.

Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan umno juara melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan melayu ala umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah umno sahaja yang mempertahankan ketuanan melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan melayu umno telah merugikan orang melayu, bukan mengangkat martabat melayu di negara ini.

- Ketuanan melayu umno menjadikan taraf hidup orang melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan melayu umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak

- Ketuanan melayu umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat di sekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

- Ketuanan Melayu umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar umno. Sewaktu mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin umno yang hendak menegakkan ketuanan melayu ketika penyokong mereka dihalau.

- Ketuanan melayu umno menyebabkan orang melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

- Ketuanan melayu umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan umno telah mengkhianat orang melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

- Ketuanan melayu umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

- Ketuanan melayu umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

- Ketuanan melayu umno sehingga sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada umno.

- Ketuanan melayu umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh Profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Aku Soal Aku Jawab....

Kenapa naikkan harga barang?
Kerajaan dah tak ada duit nak tampung.... lagipun kalau rakyat susah dia boleh merayu kat aku.

Kenapa ramai lagi orang Melayu yang susah?
Orang Melayu yang kaya, senang hidup dan cerdik pandai tak sokong aku....

Kenapa jalan jem?
Supaya minyak cepat habis. Bila orang pakai highway.... boleh kutip tol.....

Kenapa pengangkutan awam masih tak boleh harap?
Supaya orang pakai kereta sendiri dan habiskan minyak dan bayar tol...

Kenapa tol sesak?
Supaya orang guna Smart TAG dan Touch n Go.... boleh kumpul duit banyak2.

Kenapa orang melayu tak pandai meniaga?
Orang Melayu nanti cepat kata. Bila kaya nanti mereka tolong pembangkang....

Kenapa cuma cerita UMNo sahaja masuk TV3 dan RTM?
Kalau tak masuk TV3 dengan RTM siapa lagi nak cerita pasal UMNo..

Kenapa orang Melayu suka duduk setinggan?
Dulu aku ambik tanak mereka.... lupa nak pulang balik.

Kenapa alim ulamak tak ramai masuk UMNo?
Macam mana nak masuk UMNo... Mereka dah habis masuk PAS semuanya....

Kenapa Haron Din dan Ismail Kamus dah tak boleh masuk TV?
Orang PAS mana boleh masuk TV?

Kenapa tak laksanakan hudud?
Nanti habis kaum kerabat kena potong tangan....

Kenapa memperjuangkan Melayu?
Memperjuangkan Melayu tak ada halal haram... memperjuangkan Islam kena ikut Al-Quraan dan Hadith.

Kenapa sokong hiburan melampau?
Orang suka hiburan akan tinggalkan agama... bila tinggalkan agama akan benci PAS.

Kenapa lesen judi banyak dikeluarkan?
Perniagaan judi untungnya banyak... boleh dapat cukai..

Kenapa tak haramkan rokok?
Rokok banyak bayar cukai...

Kenapa sukan tak nampak kemajuan?
Bangunkan sukan lambat untung.... Bangunkan stadium lagi cepat untung..

Kenapa masalah sosial tak pernah selesai...
Masyarakat yang rosak sokong UMNo dan jauh dari PAS...

Kenapa masyarakat jahil tentang Islam?
Orang jahil sokong UMNo dan orang alim sokong PAS.