Friday, December 3, 2010

Selamatkan Hak Rakyat Selangor











  1. Apakah tujuan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha penyusunan semula industri air di Selangor?
    • Kerajaan Negeri Selangor berhasrat menyusun semula perkhidmatan industri air di Selangor secara bersepadu (holistik), bagi memastikan empat syarikat konsesi yang sedia ada digabung menjadi sebuah badan yang diberi lesen mengoperasi untuk mengurus perawatan dan penyaluran air bersih ke seluruh Selangor.

    • Syarikat tunggal air ini beroperasi dalam kawalan Kerajaan Negeri Selangor.

    • Kerajaan Negeri Selangor berhasrat meningkatkan kecekapan industri air, mengurangkan tarif sehingga 24 peratus dan mengekalkan dasar pemberian air percuma sehingga 20 meter padu.

  2. Bagaimanakah usaha ini dapat disesuaikan dengan rancangan Kerajaan Persekutuan?
    • Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 yang diluluskan Parlimen bertujuan memiliknegarakan kesemua aset air di negeri-negeri di Semenanjung.

    • Rancangan ini kemudian menyerahkan semula aset yang berkaitan air kepada Kerajaan Persekutuan melalui agensi yang dilantik – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

    • Kerajaan Negeri Selangor memiliki 70 peratus aset air negeri, manakala baki 30 peratus dimiliki syarikat konsesi air persendirian.

    • Jika pengambilalihan ini berjaya, maka semua aset air Selangor menjadi milik Kerajaan Persekutuan, namun lesen untuk beroperasi diberikan kepada pihak lain.

  3. Apakah cadangan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha penyusunan semula industri air secara bersepadu?
    • Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan untuk mengambil alih kesemua aset syarikat-syarikat konsesi tersebut, dan membayar ekuiti pelaburan mereka pada kadar 12 peratus setahun. Jumlah ini dijangka menjadi RM5.7 bilion (iaitu nilai aset berjumlah RM4.6 bilion, nilai ekuiti bernilai RM1.1 bilion).

    • Jika cadangan ini diterima, barulah Kerajaan Negeri Selangor memindahkan RM4.6 bilion nilai aset syarikat-syarikat konsesi, dan RM9.7 bilion nilai aset air milik Kerajaan Negeri kepada PAAB.

    • Hasil daripada jualan aset berkaitan air itu nanti, Kerajaan Negeri Selangor dijangka menerima RM14.3 bilion dalam bentuk tunai dan bon daripada Kerajaan Persekutuan.

    • Kaedah khusus untuk mencapai tujuan ini hanyalah menerusi penubuhan badan korporat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan kesemua empat syarikat konsesi (“special-purpose vehicle”). Kerajaan Negeri memiliki saham dalam syarikat-syarikat tersebut dan dengan yang demikian mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam urusan penggabungan tersebut.

    • “Special-Purpose Vehicle” itu meliputi pemberian lesen untuk mengoperasi industri air di Selangor, dan memajakkan aset air yang dimiliki oleh PAAB untuk beroperasi di peringkat negeri.

  4. Mengapakah perlunya penyusunan semula ini dilakukan dengan segera?
    • Memang sangat perlu bagi kita untuk mengerakan penyusunan semula kerana menurut perjanjian konsesi, Syabas dijangka menaikkan tarif air sehingga 31 peratus.

    • Walaupun, jika setelah Kerajaan Persekutuan memberikan semula lesen mengoperasi kepada Syabas (yang dibantah oleh Kerajaan Negeri Selangor), ia tidak menaikkan tarif air, namun, perbezaan kadar tarif terpaksa ditanggunggung oleh Kerajaan Negeri yang pastinya tarif itu dibayar oleh rakyat Selangor juga.

  5. Apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mensabotaj rancangan Kerajaan Negeri Selangor?
    • Dua hari sebelum tawaran Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat-syarikat konsesi berakhir, Kerajaan Persekutuan melalui badan penyelarasnya Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), ada mengumumkan yang Kerajaan Persekutuan hendak menggagalkan usaha Kerajaan Negeri untuk mengadakan rundingan terus dengan syarikat-syarikat konsesi.

    • Tawaran-tawaran Kerajaan Persekutuan kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut dengan jelas merupakan sabotaj oleh sebab mereka memberi tawaran harga yang tinggi kepada syarikat-syarikat tersebut, berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.

    • Alasan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Negeri Selangor dengan sengaja melewat-lewatkan proses rundingan, walhal yang sebenarnya Kerajaan Negeri sentiasa memberikan maklumat kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan setiap perkembangan yang berlaku.

    • Sebagaimana yang dijangka, semua empat syarikat konsesi sudah menolak tawaran daripada Kerajaan Negeri Selangor

  6. Mengapakah tawaran Kerajaan Persekutuan kepada syarikat-syarikat konsesi dianggap sebagai penyelamat atau “Bail-Out” Barisan Nasional terhadap kronin-kroninya?
    • Kerajaan Persekutuan, dengan cara membayar wang kepada syarikat-syarikat konsesi dalam jumlah yang meragukan banyaknya, dengan jelas merupakan bayaran penyelamat kepada syarikat-syarikat konsesi yang sedang menanggung hutang yang sangat banyak.
    • Selepas WSIA 2006 ditandatangani, akaun syarikat konsesi didapati membayar dividen yang banyak kepada pemegang saham. Jumlah dividen yang besar ini amat tidak berpatutan keranma syarikat-syarikat berkenaan sedang menanggung hutang yang besar.

    • Ketua Pegawai Eksekutif –CEO– Puncak Niaga ternyata sudah dibayar gaji sebanyak RM5.1 juta sepanjang tahun 2007, manakala elaun pengurusan bulanannya sebanyak RM700,000. Sekiranya syarikat tersebut sedang menanggung hutang yang banyak, mengapakah masih membayar gaji yang sangat tinggi kepada CEO?

    • Kerajaan Persekutuan masih terus menolong syarikat-syarikat kroni Barisan Nasional. Syabas didapati menaja Perhimpunan Agung Tahunan UMNO, termasuk tahun 2009.

  7. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor mesti dilibatkan dalam proses penyusunan semula industri air?
    • Fasal 191(4) dan Fasal 191(7) Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 mengkehendaki Kerajaan Negeri dilibatkan dalam proses rundingan, sebagai imbalan balik terhadap perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan syarikat-syarikat konsesi.

    • Dalam keputusan mesyuarat Kabinet pada 16 Januari 2008, dipersetujui supaya Kerajaan Negeri, menerusi anak syarikat Kerajaan Negeri Kuampulan Darul Eksan Berhad (KDEB), mengetuai rundingan bagi proses penyusunan semula industri air.

    • Keputusan Kabinet itu belum dibantah, dan belum ada keputusan Kabinet yang mempertikaikannya. Justeru itu, Kerajaan Negeri masih perlu dilibatkan. Pengecualian daripada hal ini dianggap menyalahi undang-undang.

    • Daripada segi undang-undang, Kerajaan Negeri mempunyai hak penuh terhadap air mentahnya. Usaha untuk meminggirkan Kerajaan Negeri dilihat tidak bijak dan bukan idea yang praktikal kerana mahu tidak mahu Kerajaan Negeri mesti dilibatkan sebagai penyelesaian terhadap industri air.

    • Lebih daripada 70% aset air di Selangor masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, termasuk yang diuruskan oleh syarikat-syarikat konsesi sekarang.

    • Dalam perjanjian konsesi, semua aset yang berkaitan air mesti dipindahkan semula kepada Kerajaan Negeri Selangor. Jika syarikat-syarikat memindahkan aset ini kepada Kerajaan Persekutuan, ia dianggap melanggar perjanjian kerana tidak menyerahkan semula aset kepada Kerajaan Negeri.

  8. Apakah yang diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada Kerajaan Persekutuan?
    • Kerajaan Negeri Selangor meminta Kerajaan Persekutuan supaya menamatkan perjanjian konsesi dengan Syabas, kerana Syabas tidak diurus dengan betul, dilihat terlibat dalam amalan rasuah, melanggar perjanjian dan tidak cekap dalam hal melaksanakan perkhidmatan kepada rakyat Selanmgor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    • Kerajaan Negeri Selangor menuntut Kerajaan Persekutuan supaya melaksanakan kuasanya menerusi WSIA 2006.

    • Kerajaan Negeri Selangor menuntut supaya ia meneruskan usaha penyusunan semula dengan syarikat-syarikat konsesi, menurut keputusan asal Kabinet dan sejajar dengan semangat dalam WSIA 2006.

    • Kerajaan Negeri Selangor menuntut supaya lesen mengoperasi tidak diberikan semula kepada Syabas tetapi diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

    • Kerajaan Negeri Selangor menuntut supaya Kerajaan Persekutuan melakukan tindakan yang sewajarnya. Jikalau Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor boleh bekerjasama, maka isu yang berlarutan ini dapat diselesaikan dengan segera tanpa menjadi isu yang boleh dipolitikkan.

  9. Apakah pilihan yang ada di pihak Kerajaan Negeri selangor sekiranya situasi ini menemui jalan buntu?
    • Kerajaan Negeri sudahpun berbincang dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dan situasinya di sini nampaknya menemui jalan buntu.

    • Kerajaan Negeri Selangor sudahpun mengemukakan cadangan untuk pertimbangan Menteri berkenaan, tentang rancangan penyusunan semula industri air Negeri dan sedang menunggu maklum balas daripada beliau.

    • Sekiranya usaha ini masih gagal, maka Kerajaan Negeri Selangor tiada pilihan lain kecuali mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Persekutuan.

No comments: