Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.
Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan.
Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu.
Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71 dan satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87.
Kerajaan telah mengisytiharkan cuti umum pada hari Jumaat 31/12/2010 bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.
No comments:
Post a Comment