Sunday, September 2, 2012

Membantu Mangsa Kebakaran Di Kuala Perdik

Dalam masa orang bergembira beraya... Dia buah rumah telah terbakar di Kuala Perdik pada petang 30 Ogos 2012 yang mengakibatkan 17 penghuni hilang tempat berteduh. Juga rumah yang berdekatan mengalami kerosakkan akibat kebakaran tersebut.

Bantuan segera telah disampaikan dan kini keluarga yang terjejas sedang menumpang di rumah berhampiran Namun keadaan rumah tersebut uzur dan banyak kayunya dimakan anai-anai akibatnya lantai tengahnya telah roboh. Memandangkan rumah ini sahaja yang ada maka kerja pembaikan perlu dibuat dengan segera.

Pasukan Pas Dusun telah berkejar ke tempat kejadian dan membantu memperbaiki kerosakkan tersebut. Kayu yang rosak telah diganti. Tiang penyokong baru dibuat dan lantai baru juga telah dipasang. Alhamdulillah kerja-kerja telah siap dan mudah-mudahan penghuni dapat duduk dengan lebih selesa.

Terima kasih dan syabas kepada petugas yang bertungkus lumus membantu.

Semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran kepada mangsa dalam menghadapi musibah ini.




















No comments: