Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu berbincang supaya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang, kata Lim Kit Siang. Gambar fail.Lim Kit Siang menggesa satu pertemuan diadakan di antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi memastikan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang selain membincangkan isu berkaitan kepentingan negara.
Penasihat DAP itu berkata, pertemuan itu penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pentadbiran negara.
“Adakah Kabinet hari ini bersedia mengambil pendirian teguh menghentikan hasutan kebencian terhadap kaum dan agama serta hasutan untuk berulangnya peristiwa 13 Mei?
“Umno Pulau Pinang dan sekutunya memutar belit fakta mendakwa flash mob kangkung oleh Adun PKR Lee Khai Loon bertujuan menyerang perdana menteri Melayu oleh kaum Cina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, kira-kira 600 ahli Umno berhimpun di Seberang Jaya, Pulau Pinang membawa sepanduk provokatif mengancam mengulangi tragedi 13 Mei sekiranya isu kangkung terus dimainkan.
Antara sepanduk yang dibawa termasuklah yang tertera ayat "Menghina PM seperti menghina Melayu", "Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung", "ABCD Asal bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam”.
Selain itu terdapat juga sepanduk berbunyi, "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?"
Lim berkata, tidak mengapa jika Lee enggan membuat permohonan maaf kerana tidak wajar perkara itu dilakukan kepada samseng yang mengancam kepada keganasan.
Katanya, flash mob kangkung tidak perlu dikaitkan dengan kaum tetapi ia adalah satu manifestasi keresahan rakyat Malaysia yang menderita dengan kenaikan harga barang.
“Apa yang perlu diperhatikan Kabinet adalah kempen pada minggu lalu yang diadakan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab membibitkan kebencian kaum dan agama agar berulangnya peristiwa berdarah 13 Mei,” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anggota Kabinetnya agar memberikan fokus kepada lima perkara setelah situasi negara dilihat bertambah buruk berbanding sebelumnya.
Lim berkata, lima perkara yang perlu diperhalusi kerajaan adalah mengenai perpaduan nasional, krisis ekonomi, rasuah dan ketirisan, krisis pendidikan kebangsaan serta keselamatan rakyat, pelabur dan pelancong asing.
“Ahli Kabinet yang tidak membaca saranan ini jelas hidup di zaman dinosaur, tidak layak menganggotai Kabinet dan Najib mempunyai sebab jelas untuk menyingkirkan menteri tunggul dan ‘half-past six’ dalam rombakan Kabinet nanti.
“Dalam banyak perkara, keadaan negara semakin membimbangkan sejak dua minggu lalu. Kabinet masih belum mengesahkan penyelesaian 10 perkara masih diguna pakai dalam kontroversi Bible setelah mereka dilihat mengingkari perjanjian itu,” katanya.
Sebelum pilihan raya negeri Sarawak 2011, Putrajaya mempersetujui penyelesaian 10 perkara membenarkan Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam Al-Kitab dalam satu rundingan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
Minggu lalu, pemimpin gereja daripada pelbagai peringkat menyatakan solidariti mereka mempertahankan penggunaan kalimah Allah dalam perhimpunan di gereja menggunakan bahasa Melayu.
Bagaimanapun, Putrajaya masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi setelah penganut Kristian menantikan penjelasan daripada Idris. - 22 Januari, 2014.MI.

No comments:
Post a Comment