Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Ni Hao Ma...
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tionghua di seluruh Hulu Langat dan khususnya di Dun Dusun Tua dan bagi mereka yang menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.
Walaupun masyarakat kini dihimpit dengan masalah kenaikan harga barangan dan peningkatan pelbagai kadar keperluan harian seperti gula, elektrik, petrol, dan sebagainya tetapi sambutan perayaan ini tetap diteruskan bagi menjalin persahabatan dan keakraban sesama kita dalam bermasyarakat.
Kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Rakyat akan terus menerus dalam usaha membantu masyarakat dalam usaha meringankan beban dan kesempitan hidup yang dilalui oleh rakyat amnya dan di Dun Dusun Tua khususnya. Pakatan Rakyat juga akan terus mendesak agar Kerajaan Persekutuan menurunkan dan menstabilkan harga barangan agar rakyat tidak tertekan dengan masalah kenaikan barangan ini.
Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai! Semoga di Tahun Kuda ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.
SELAMAT TAHUN BARU CINA...GONG XI FA CAI!
YB HJ RAZALI HASSAN
AHLI DEWAN NEGERI
DUSUN TUA
No comments:
Post a Comment