Bila TGHA dan Mohamad Sabu berbeza pandangan dalam pelbagai perkara, PAS memilih muktamar dan keputusan ahli untuk memberi jalan penyelesaian. Walaupun akhirnya ada segelintir pemimpin dan penyokongnya memilih untuk meninggalkan PAS dan menubuhkan parti lain... namun itulah demokrasi dan itulah adat pertandingan.
UmNo pula tengah bergasak untuk mencari jalan keluar. Pemimpin nombor 2 yang tidak kurang pengaruh dan penyokong cuba diterajang keluar. Bermula dengan dipecat sebagai TPM dan kini dinafikan hak bercakap. Ahli pula hilang punca dan tak boleh boleh berbuat apa-apa. Pemilihan pula menjadi hak Najib.
Selagi Najib berasa tidak berasa selamat untuk bertanding selagi itulah pemilihan tidak akan berlaku. Maka itulah yang berlaku hari ini. Apabila ada pemimpin yang bermasalah dan mahu terus berkuasa maka pelbagai perkara yang tidak munasabah akan berlaku.
UmNo kini telah busuk dan mereput....... Tidak ada jalan yang lebih selain dari menguburkan parti itu supaya busuknya tidak terus menganggu hidup semua orang. Kini negara berdepan dengan masalah pertumbuhan ekonomi, keyakinan pelabur dan juga nilai Ringgit yang rendah serta tidak menentu.
Khazanah negara juga semakin pupus. Banyak tanah telah dijual dan terjual atau boleh dikatakan tergadai. Telaga minyak senakin kering. Hutan sudah semakin cerah akibat penebangan dan penerokaan dan tidak tahu mana pergi hasilnya.
Bukit semakin rendah ditarah dan pasir pun dihanyut entah kemana. Bangunan baru banyak dibina.... yang tidak tahu siapa tuan punyanya dan siapa pembelinya.
Kita bimbang sejak dari awal.... apabila ada pemimpin bermasalah menerajui kepimpinan negara... silap-silap negara boleh tergadai. Mungkin itulah yang terjadi kepada Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar.
Orang Melayu dan orang Islam tidak ada lagi tempat berpaut melainkan kembali kepada Islam. PAS terbuka untuk semua... Kalau tak berani nak komit untuk berkerja untuk PAS dan menjadi ahli... Menyokong kami adalah memadai.
Marilah bina semula negara ini dengan wadah dan kepimpinan yang baru. Kepimpinan yang dipandu oleh Islam dan ulama'. Membangun bersama Islam dan maju bersama PAS.
No comments:
Post a Comment