Tahun lepas ketika lawatan saya ke Amman, Jordan; passport saya ditahan oleh pihak keselamatan Jordan dan saya diminta untuk datang ke pejabat mukhabarat ( SB Jordan ). Mereka dakwa passport saya banyak sangat cop dan perlu untuk disiasat.
Beberapa pegawai menyoal siasat saya dari pagi sampai petang sehinggalah tiba kepada ketua pegawainya; tanya berkait dengan PAS, Ikhwan Muslimin sehinggalah ISIS.
Apabila saya terang kepadanya saya adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS ( Dia dah tahu semua ) dan kami pemuda PAS mentarbiah anak-anak muda supaya menjadi pemuda Islam yang baik; berkhidmat kepada ugama, masyarakat dan negara, patuh pada undang-undang. Saya tegaskan kalaulah kami pemuda PAS tidak mainkan peranan ini adakah kamu mahu semua anak muda Malaysia terlibat dengan ISIS. Akhirnya dia kata; " Ya aku tahu kamu PAS adalah sebuah gerakan yang mu'tadil ( tidak keras ) yang mengambil pendekatan pilihanraya dan tidak buat masaalah". Selepas sehari suntuk mereka tahan saya; akhirnya mereka serahkan passport dan izinkan saya untuk keluar.
Tiba-tiba ada pulak pihak yang tuduh PAS ini macam ISIS. Cukup-cukuplah ! Mukhabarat Jordan lebih kenal siapa PAS yang sebenar.
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPPM
02 Dis 2015
No comments:
Post a Comment