Thursday, January 31, 2008

Datuk Ishak Baharom (Bekas Mufti) Meninggal .. Al Fatihah

Al-Fatihah. BEKAS Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Unit Rawatan Rasmi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB), petang semalam.

Allahyarham adalah seorang tokoh agama yang dihormati, bukan saja di Selangor, malah di seluruh negara. Beliau dilantik sebagai mufti kelima di Jabatan Mufti Selangor secara kontrak pada 16 Ogos 1985, ketika berusia 58 tahun, iaitu tiga tahun selepas bersara sebagai guru agama.

Sepanjang Ishak menjadi mufti selama 12 tahun, beliau terpaksa melalui pelbagai kontroversi. Antaranya ialah apabila beliau menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan tiga gadis Islam yang juga model sambilan, menyertai satu pertandingan ratu cantik pada 1997. Pendirian tegas beliau bukan saja menyebabkan ramai pihak terkejut, ada yang mempertikaikan tindakan Jais.

Ia juga menimbulkan satu lagi kontroversi, apabila akhbar lidah rasmi Pas, Harakah, melaporkan Ishak menuduh iman Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai terpesong berikutan kenyataan Dr Mahathir mengenai kes penangkapan tiga peserta terbabit. Lanjutan daripada laporan Harakah itu, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tersinggung dengan kenyataan Ishak, namun isu berkenaan dianggap selesai selepas Ishak menjelaskan keadaan sebenar.

Pun begitu, tidak lama kemudian, Ishak melahirkan rasa sedih dan kekesalannya kerana tiada seorang pun pemimpin kerajaan negeri yang mempertahankan tindakan Jais menahan ketiga-tiga gadis itu. Kenyataan Ishak itu dikatakan dibuatnya ketika beliau menyampaikan satu ceramah di Masjid Az-Zubir Ibnu Al-Awwam di Cheras.

Ketegasan Ishak dalam isu membabitkan akidah dan cara hidup umat Islam di Selangor memang sudah diketahui sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai mufti.

Pada awal 1996, Ishak mengeluarkan kenyataan mengharamkan perbuatan merokok di kalangan umat Islam. Beliau yang juga Pengerusi Perunding Hukum Syarak Selangor ketika itu, memberi penjelasan bahawa ada bukti kukuh mengapa perbuatan merokok dianggap sebagai haram. Antara alasan yang diberikan ialah ia membahayakan kesihatan dan hakikat itu sudah diakui pakar kesihatan sendiri.

Ishak juga pernah membuat kenyataan bahawa pinjaman yang dibuat penjaja dan peniaga kecil Melayu daripada along atau ceti haram menunjukkan mereka tidak mengambil berat soal halal haram hingga sanggup membuat pinjaman atau berurusan dengan mereka. Ishak menegaskan bahawa perbuatan itu bertentangan dengan hukum syarak kerana ia ada unsur riba yang hukumnya adalah dosa besar.

Sepanjang beliau menjadi mufti sehingga ke akhir hayatnya, Ishak menjadi penceramah dan pendakwah bebas walaupun beliau pernah diharamkan kerajaan Selangor, daripada menyampaikan ceramah di masjid dan surau negeri itu pada November 1998. Bagaimanapun, larangan itu ditarik balik pada Februari 1999.

Secara peribadi, Ishak berpegang kepada prinsip jika kita berbuat baik kepada orang tanpa mengira kaum dan keturunan, Tuhan akan membalas perbuatan dengan balasan yang baik. Selain itu, Ishak percaya setiap individu tidak perlu berkira untuk membantu atau berkorban kepada individu lain asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran agama dan berada di jalan yang benar.

Biarpun Ishak sering berdepan dengan pelbagai kontroversi, dengan prinsip yang dipegangnya sepanjang hayat beliau, Ishak tetap disayangi keluarga dan orang yang mengenalinya sehingga akhir hayat beliau. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Mohamad Hashim Yahya berkata Almarhum seorang sangat alim, tinggi ilmu agama dan tinggi akhlaknya.

AL-FATIHAH. Agaknya dunia semakin berakhir, ditandai dengan gugurnya seorang demi seorang ilmuan agama dari dunia ini.

Wednesday, January 30, 2008

Kerajaan Kebajikan PAS boleh...

Sudah tentu semua pihak masih ingat lagi peristiwa banjir besar di Johor tahun lepas. Banjir termenung yang tidak pernah disangka-sangka berlaku. bukan sekadar besarnya, bahkan gelombang mengejutnya yang melanda dua kali dan menunggu masa yang agak lama untuk surut.

Bila banjir melanda, yang paling awal terbit ialah soal bantuan dan kebajikan. Fakta ini sekadar renungan semata-mata.
















Kerajaan kaya BeEnd Negeri Selangor RM500 ribu, tanpa sokongan tenaga sukarela jangka waktu sepenuh masa.

Sumbangan bernilai RM500,000 untuk mangsa banjir di Johor
Thursday, January 18 @ 10:10:54 MYT
( http://www.mbselangor.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=1215 )

Kerajaan Bijak Bestari Islam hadhari Terengganu Bestari, kerajaan kaya dengan sumber petroleum, mengumumkan bantuan kewangan berjumlah, RM 100 ribu

Kerajaan Membangun Bersama Islam PAS Negeri Kelantan, kerajaan miskin, ditekan Kerajaan Pusat, tiada sumber petroleum, tidak maju seperti Selangor dan Johor. Jumlah bantuan RM 1 juta dan lain-lain sokongan khususnya Ketumbukan Tentera Merah Unit Amal seluruh negeri yang tidak putus-putus menghulur bantuan tenaga membantu mangsa banjir dari kalangan rakyat Johor.

Jadi, apa yang mustahilnya kerajaan kebajikan PAS dan PKR ini? Dalam keadaan kekuatan yang sangat terhad itu pun masih mampu untuk menghulurkan bantuan yang terbaik buat rakyat jelata. Itu baru tahap kerajaan negeri. Insya Allah dengan izin mandat memerintah Kerajaan Pusat, PAS mampu. Tidak perlu teori ekonomi yang berbelit-belit itu. Cukup sekadar amanah dalam mengurus wang dan perbendaharaan negara insya Allah semuanya boleh buat rakyat Malaysia. Hari ini yang tidak boleh kerana wang negara lebih banyak menanggung kos perbelanjaan rasuah dan penyelewengan dari menanggung kos kesempitan dan kesusahan rakyat.

Di Dusun Tua pun sewaktu banjir besar Ramadhan lepas, berapa banyak bilangan rumah dan mangsa banjir yang pemimpin BeEnd jenguk secara dekat, bertanya khabar dan memberi bantuan terus tanpa pihak lain.

Rakyat perlu ingat, mangsa banjir diberikan pampasan dari Dana kerajaan melalui jabatan dan agensinya. Saya fikir tanpa jabatan dan agensi-agensi ini, apa yang BeEnd boleh beri kepada rakyat?

Tahniah Unit Amal dan seluruh jabatan kebajikan dari PAS khususnya DUN Dusun Tua atas pengorbanan, komitmen dan sumbangan yang sangat bernilai walaupun jumlahnya tidak sebesarmana. Namun Allah lebih berhak membalas setiap pengorbanan yang sudah tentu diniatkan untuk kebaikan semua.

Tuesday, January 29, 2008

Kita ke-6 terbaik dunia -- Kecekapan kerajaan atasi UK, Jerman, Jepun, Perancis?

Klik untuk besarkan gambar..... Malaysia secara keseluruhannya no 23 turun dari no 22 pada 2006.

Pak Lah cuma cakap apa yang beliau suka. Cuba lihat kedudukan keseluruhan Malaysia. Di mana kita dibandingkan dengan Singapura.....

Bila Pemimpin No1 Cakap Sombong

Saya mengawal sepenuhnya kerajaan.... Satu kenyataan yang angkuh oleh seorang Perdana Menteri (PM) ada hari. Kenyataan penuh adalah seperti di bawah ini.

Berhubung kenyataan PM yang menyatakan bahawa semasa Anwar berkuasa beliau tak berbuat apa-apa ketika minyak naik ada dua persoalan. Pertama, harga minyak dunia naik dan beliau tidak buat apa-apa iaitu harga minyak tempatan tak naik ataupun kedua beliau juga naikkan harga minyak dan membiarkan ianya naik. Pilih yang mana satu!


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/1/29/nation/20159051&sec=nation
Tuesday January 29, 2008

Abdullah: I have full control of the Government

KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said he was in full control of the Government although he gave ministers the power to make decisions in their respective ministries.

The Prime Minister said each minister was given the freedom to talk but sometimes the decision of one ministry might have implications on another.

This had led to some misunderstanding especially when the issues became public, he said.

“I have told them to answer only on matters concerning their ministries and if a decision is needed on any issue, the Cabinet will decide,” he said at the 14th anniversary of the Sabah Progressive Party here last night.

“I have told them to look after their own ministries. It is impossible to leave everything to me,” he said referring to people who had asked him if he was in control in view of some ministers arguing in public.

The Prime Minister also questioned the opposition on their promise to reduce oil prices, adding that even former Finance Minister (Datuk Seri Anwar Ibrahim) did not do anything when oil prices went up during his tenure.

Monday, January 28, 2008

Apakah kita telah bersedia…..

Gendang perang telah pun berbunyi. Pilihanraya ke-12 kian hampir. Marilah kita mengambil sedikit masa untuk muhasabah diri sejenak. Apakah harapan dan peluang kita dalam pilihanraya kali ini. Adakah ianya akan menjadi satu lagi pengalaman pahit untuk kita telan atau ianya akan menjanakan sesuatu yang kita boleh jadikan bekal untuk kita terus berjuang. Di mana kekuatan untuk kita jinjing dan kelemahan untuk kita tampung.

Sudahkah jentera kita bersiap sedia. Mampukah ceramah-ceramah kita mengubah persepsi masyarakat terhadap PAS dan BA. Adakah kita dapat memenuhi hasrat majoriti. Atau adakah kita akan menyalahkan BN lagi bila kita kalah. Kita sering mendakwa BN menang dengan cara kotor, SPR berat sebelah, media terlalu dikawal, mahkamah tak bebas, ancaman OSA dan ISA. Sampai bila kita ingin menyanyikan lagu ini?

mari kita lihat di Kelantan? Adakah kita berani mengatakan SPR di Kelantan telah dibeli oleh PAS? Adakah kita hendak mengatakan Pas menang kerana undi hantu? Sejarah telah membuktikan BN pernah tewas di beberapa buah negeri. BN juga mengalami kemorosotan majoriti undi yang teruk di beberapa buah negeri yang kita semua tahu. Saya percaya BN tidak akan mengalami semua ini jika dia betul-betul main kotor. Proses demokarasi masih berjalan walaupun ada sedikit sebanyak kelamahan.

Mungkin ada sedikit ruang yang membolehkan BN mengambil kesempatan untuk menang. Persoalannya ialah adakah kita bersedia dengan fakta untuk berhadapan dengan BN, SPR dan mahkamah? Adakah PACA kita ’tip-top’ atau ’up to the standard’. Mampukah kita nanti mengetengahkan bukti penyelewangan pilihanraya. Bagaimana dengan Borang 13 dan Borang 14 dan lain-lain senjata pilihanraya? Bagaimana dengan struktur dan jalinan komunikasi? Adakah kita mampu menyediakan 200 orang PACA kita sendiri tanpa bantuan dari Kajang atau Semenyeih? Bolehkah kita sediakan 60 pemimpin saluran yang tak goyang dilanda badai.

Bagaimana dengan proses cula? Sudahkan kita pastikan daftar undi kita? Adakah kita telah bersihkan nama-nama yang meragukan? Adakah kita telah bersedia untuk membantah sekiranya mereka datang mengundi? Bolehkita kita kenalpasti pengundi kita? Bagaimana nak panggil mereka kalau mereka tak datang mengundi?

Masih banyak yang perlu diperbaiki. Masa kian terhad. Mungkin hanya tinggal 40 hari lagi. Bergerak sekarang. Bertindak sekarang. Naikkan bendera. Edar risalah. Bakar semangat. Mulakan jihad walaupun hanya dengan tampal stiker di kereta atau motor. Ajak kawan-kawan dan jiran-jiran undi PAS. Selamat berjuang dan selamat maju jaya. Insyallah kita akan berjaya. Takbir.......

Friday, January 25, 2008

Aksi sama nilai berbeza.....

Baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan tindakkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Penerangan dan mereka yang seangkatan dengannya terhadap seorang pendatang baru dalam dunia hiburan. Bukan hajat saya untuk mempertahankan tindakkan artis tersebut yang jelas bertentangan dengan adat dan budaya timur tetapi kita ingin melihat lebih jauh dari itu. Mari kita lihat kepada nilai pada penguasa itu sendiri. Cuba kita lihat dua wajah berikut.



Dua aksi dipentas oleh dua lelaki yang berbeza tetapi penampilan yang lebih kurang sama. Tetapi yang satu dipuji dan satu lagi cerca. Inilah yang berlaku apabila manusia mengambil alih hukum daripada 'tangan' yang Maha Kuasa. Kalau mengikut hukum Allah kedua-duanya adalah salah dan yang hanya memakai seluar kecik itu sebenarnya lagi besar salahnya.

Bukan itu sahaja banyak lagi perkara-perkara yang salah tetapi kita melihat seperti OK sahaja seperti gimrama, gimnastik, terjun papan anjal, renang, ratu cantik dan lain-lain aktiviti yang mendedahkan aurat tetapi dipandang elok oleh pimpinan 'ada hari' kita dan mungkin kita sekali. Tak perasan atau dah lali. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.

Kalau dah selalu pangkah AMNO@BN tu, sampai bila-bila pun rasa tak bersalah..... walaupun tangan yang memangkah itulah sebenarnya yang bakal menentukan kejayaan kita di dunia dan akhirat. Pilihan itulah yang mencorakkan nilai masyarakat dan anak-anak kita.

Sekadar renungan ringan pada hari Jumaat.

Monday, January 21, 2008

Perjalanan Untuk Menggerak Perubahan……

Berbasikal merupakan aktiviti rutin mingguan saya setiap hujung minggu selepas doktor menasihatkan saya supaya beriadah atas sebab-sebab kesihatan. Mungkin nampak remeh tetapi berbasikal adalah antara aktiviti yang rendah resiko untuk kecederaan selain daripada berenang. Berbasikal mengajar saya erti perjuangan dan semangat yang jitu untuk memastikan kita sampai tempat yang dituju dan bersedia juga untuk kembali ke destinasi asal.

Biasanya saya berbasikal dari Jalan Sg. Tekali hingga ke Sungai Lui atau Sungai Congkak. Kalau rajin hingga kesempadan Jelebu atau Hutan Lipur Tekala. Sepanjang perjalanan saya cuba melihat-lihat apakah kemajuan yang dibawa oleh YB Rahmat atau YB Markiman kepada Hulu Langat khususnya kawasan DUN Dusun Tua. Boleh saya katakan tidak menyerlah atau hampir tiada. Hulu langat yang saya lihat dahulu dan kini sama sahaja. Tak taulah kalau ada yang terlepas pandang. Infrastruktur masih tak banyak berubah. Taraf hidup penduduk masih di takuk lama. Mungkin disebabkan peningkatan kos sara hidup dan tekanan persekitaran.Kalau ada pun mungkin mereka ini baru berhijrah ke sini.

Kebanyakkan pembangunan di Hulu Langat adalah projek swasta terutamaya kawasan perumahan. Pembangunan jenis ini hanya memerlukan kelulusan kerajaan dan bukannya melibatkan dana kerajaan. Tak tahulah kalau kita kira mengambilkira naik taraf perhentian bas sebagai sebahagian dari pembangunan yang sangat signifikan. Kebanyakkan projek pembangunan adalah disebabkan permintaan yang tinggi untuk tempat kediaman. Memandangkan Hulu Langat hampir dengan Kuala Lumpur maka semakin ramai orang ingin mencari penempatan disini.

Saya dapat merasakan ciri-ciri desa kawasan Hulu Langat mula terhakis. Saya bukan menolak atau membenci pembangunan tetapi itulah pengorbanan yang terpaksa kita lakukan. Diharapkan usaha-usaha untuk memelihara alam semulajadi yang masih tertinggal dipergiatkan untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Saya juga ingin menyentuh beberapa perkara yang mungkin releven untuk kita kongsi bersama bagi meningkatkan pengetahuan dan mengatur strategi begi kempen pilihanraya yang bakal menjelang.

Bagi membangunkan ekonomi penduduk, peluang berniaga perlu diperbaiki dan ditingkatkan. Peniaga memerlukan tempat untuk berniaga dengan lebih selesa sertapersekitaran yang lebih baik. Malangnya ia tidak berjalan seperti yang diharapkan. Premis penjaja di Taman Titiwangsa dan Pinggiran Delima yang telah siap masih terbiar untuk tempoh yang kita tidak tahu hingga berapa lama lagi. Beberapa premis penjaja baru di Taman Sri Nanding dan Sg Serai baru sahaja dibangunkan. Diharapkan ianya tidak menjadi satu lagi projek gajah putih. Pasar lama Batu 14 kekal tidak berpenghuni walaupun ada papan tanda baru. Cuma baru-baru ini tiang papan tanda tersebut telah dipotong. Mungkin salah pasang agaknya. Mungkin sesuatu boleh dibuat untuk memulihkan pasar tersebut atau dirobohkan sahaja sekiranya tidak lagi sesuai.

Kemudahan awam seperti dewan, pusat komuniti atau pejabat Belia 4B umpama rumah hantu. Melainkan sekali-sekala dijadikan tempat orang membuat kenduri kahwin ataupun hanya menjadi bilik gerakkan BN di waktu pilihanraya. Kalaupun ada yang aktif mungkin dewan Dato’ Nazir Batu 14. Kemudahan padang permainan tidak banyak peningkatannya, melainkan kerja-kerja menambak padang bola di Pekan Bt 14 dan Taman Titiwangsa. Kawasan dan kemudahan permainan kanak-kanak amat terhad dan kebanyakkannya telah uzur.

Pasar tani pagi Jumaat di pekan Batu 14 masih dikekalkan ditapak asal walaupun tapak pasar baru berhampiran Masjid Batu 14 telah lama dibuka untuk peniaga pada pagi Ahad. Pasar tani pagi Jumaat yang dijalankan ditengah-tengah pekan meyebabkan kesesakkan yang teruk terutama sekali diwaktu pagi ketika penduduk keluar untuk ke tempat kerja. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyediakan kawasan pasar atau pusat perniagaan yang lebih sempurna.

Masalah pembuangan sampah masih ditakuk lama. Sistem pembuangan dan pengangutan masih lagi tidak effektif. Banyak longgokkan sampah ditepi-tepi jalan dan kawasan perumahan yang amat menjelekkan mata memandang dan meloyakan tekak. Tiada tanda-tanda ianya dapat diatasi dalam masa yang terdekat.

Sistem pengangutan awam terutamanya bas sudah semakin baik terutama sekali di jalan utama. Mungkin kekerapan bas perlu dibuat kajian agar perkhidmatan dapat memenuhi keperluan penduduk. Begitu juga beberapa kawasan yang masih tiada kemudahan bas seperti Jalan Sg Tekali dan Pinggiran Delima.

Masalah pencemaran Sungai Langat masih tidak banyak berubah walaupun telah beberapa kali di paparkan di kaca TV dan akhbar. Nampaknya pihak yang berwajib umpama tutup sebelah mata atau tak serius dalam mengatasi masalah ini. Aktiviti mengorek pasir di Jalan Sungai Tekali masih lagi berterusan. Ini telah menyumbang kepada pencemaran Sungai Langat. Begitu juga dengan pembuangan sampah haram masih tidak terkawal. Sekejap buka dan sekejap tutup terutama sekali di jalan menghala ke Ampang.

Pertambahan penduduk dan kawasan perumahan baru telah menyebabkan peningkatan yang ketara jumlah kenderaan. Ini tidak termasuk mereka yang cuba mengelak tol Batu 9 Cheras. Kesesakkan lalulintas semakin teruk disepanjang Jalan Hulu Langat Terutama sekali di Pekan Batu 14, Sungai Serai dan di Kondominium baru di Kampung Melaka. Kehadiran lori-lori pasir dan balak yang terlalu kerap berulang-alik mewujudkan kebimbangan dikalangan ibubapa terhadap keselamatan anak-anak yang terpaksa berbasikal kesekolah atau ketika melintas jalan. Jalan berlubang sudah menjadi perkara biasa di merata tempat.

Kalau inilah keadaannya di Hulu Langat ini, tanpa UMNO atau BN pun penduduk Hulu Langat tidak akan kerugian apa-apa. Kalau kita berikan tempoh 50 tahun lagi pun kita masih kekal begini. Oleh itu kenapa kita masih ingin mempertahankan mereka. Mereka boleh ditukar ganti tetapi kita tetap akan meneruskan hidup ini dengan atau tanpa mereka. Kita mempunyai pilihan. Pilihan kita adalah perubahan. Perubahan kita adalah dengan menolak mereka dan menggantikan dengan PAS atau BA. Sekiranya kita berani mengubah nilai kita akan bertambah. UMNO dan BN akan lebih menghormati rakyat. Kita tidak lagi menjadi hamba bahkan merekalah yang sepatutnya berkhidmat untuk kita bukannya sebaliknya.

Masa berubah sudah pun tiba dan saya perlu meneruskan perjalanan saya. Kali ini saya ingin mengayuh kearah lain pula. Kedestinasi baru dan persekitaran baru yang pastinya menjanjikan pengalaman yang lebih menarik. Kepada pendokong perubahan, saya ucapkan selamat berjuang dan selamat mengubah dan selamat maju jaya. Semoga berjumpa lagi..... Wassalam.

Friday, January 18, 2008

Pilihanraya olok-olok

Khabarnya, keputusan pilihanraya olok-olok bagi DUN Dusun Tua tajaan umno BeEnd telah memberikan keputusan yang agak kurang memberikan keselesaan mereka sendiri. Menurut sumber yang boleh dijadikan iktibar pengajaran, keputusan sekurang-kurangnya mengejutkan mereka.

Mereka tewas?

tidak... mereka tetap menang, khabarnya menang.

Apa pun tahniah kepada para pengundi di dalam Pilihanraya olok-olok ini. Walaupun tiada parti yang diperuntukkan sebarang kerusi bagi mencabar calon umno, namun sumbangan undi kepada selain umno tetap disumbangkan.

Bayangkan, ahli umno sendiri tidak cenderung untuk memilih 'menu' mereka. Tanpa kempen, penampilan calon dari parti selain umno sudah mencukupi untuk undi itu jatuh ke calon selain parti umno.

Semoga momentum ini terus kekal dan semakin meningkat, berbekalkan sokongan padu pengundi senyap Barisan Alternatif PAS dan PKR serta DAP, pengundi atas pagar yang insya Allah akan memihak kepada BA mungkin dan tidak mustahil akan menggegar habis-habisan kerajaan will BeEnd ing ini.

Antara ‘Akidah’ dan ‘Bidaah’ Politik

Persoalan yang kerap dibincangkan oleh pendokong Barisan Alternatif (BA) adalah ketakutan rakyat awam dalam menukar pemerintah yang sedia ada. Banyak alasan yang diberi dan pelbagai helah dikemukakan. Tetapi adakah ianya hanya alasan ataupun ketakutan yang mereka sendiri tidak pasti.

Setelah lebih 50 tahun negara ini diperintah oleh sekumpulan parti yang digelar BN tanpa pernah ditukar, adalah sukar untuk menerima kenyataan bahawa ianya perlu ditukar. Sentimen terhutang budi orang Melayu di atas kemerdekaan yang di 'hadiahkan' oleh UMNO menyukarkan minda majoriti rakyat Malaysia untuk berubah.

Ataupun, adakah orang Melayu telah menanamkan akidah bahawa menentang BN adalah berdosa besar dan dianggap penderhaka negara. Menukar pemerintah bagi mereka seumpama menyanggah sultan atau raja. Setelah berzaman orang Melayu menghambakan diri kepada BN adalah sukar untuk mereka bertukar. Saya kira inilah bidaan yang paling besar yang para pendokong BA sedang hadapi.

Menukar persepsi dan minda orang Melayu ini adalah satu kerja yang amat sukar. Jiwa Hang Tuah masih kekal dan menebal dalam jiwa orang Melayu.Walaupun kita tidak lupa tentang kewujudan Hang Jebat, tetapi persoalannya adalah berapa ramai? Di zaman demokrasi yang memerlukan sokongan dan undi majoriti untuk menang adalah amat mencabar untuk mewujudkan Hang Jebat yang ramai.

Propaganda UMNO melalui media massa dan agensi kerajaan menyukarkan lagi gerakkan kebangkitan rakyat ini. Inilah hakikat yang amat pahit untuk kita telan. Propaganda 'kerajaan' Barisan Nasional yang ditulis di papan-papan tanda projek kerajaan telah sedikit sebanyak mempengaruhi minda rakyat negara ini. Walaupun kita sedar bahawa ’kerajaan’ Barisan Nasional itu sebenarnya dari segi perlembagaan tidak wujud tetapi itulah yang rakyat percaya. Mereka lupa bahawa semua projek 'Kerajaan Barisan Nasional' itu dibiayai oleh wang pembayar cukai tidak kira Barisan Nasional ataupun Barisan Alternatif. Pernah ke kita tanya berapa banyak duit UMNO, MCA, MIC, Gerakkan dan kain-lain parti komponen BN yang mereka peruntukkan untuk satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional ini?

Kita selalu ditanya apakah sumbangan kita kepada negara. Tetapi pernahkah kita bertanya apakah sumbangan BN kepada rakyat dan negara. Mereka hanya pandai bercakap dan menghabiskan wang ringgit negara. Berbelanja wang kerajaan semahunya dengan menggunakan nama Kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan Kerajaan Barisan Nasional tidak wujud. Kerajaan yang wujud hanyalah Kerajaan Malaysia.

Sampai bilakah rakyat sanggup terus dipermainkan oleh BN. Apa yang pasti rakyat akan terus menunggu dan menanti gelombang kebangkitan rakyat yang baru. Menanti BA untuk memimpin perubahan ini. Menanti kita memimpin tangan-tangan mereka.

Untuk itu ayuh kita bangunankan mereka, kejutkan mereka dari lena yang panjang ini. Biarkan Pak Lah terus lena..... Rakyat perlu bangkit dengan semangat yang baru. Semangat untuk membuat perubahan demi anak-anak kita dan geneasi yang akan datang. Saya yakin kita mampu lakukannya. Dengan sokongan semua pihak insyallah kita akan berjaya.

Tuesday, January 15, 2008

Alahai Forum Perdana

Menarik juga bila terbuka barang 1-2 minit Forum Perdana malam Jumaat lepas. Apa yang menarik perhatian saya ialah petikan ucapan salah seorang panel forum (tak perlu sebut namalah) lebih kurang maksud,

" Datang masjid solat Jumaat, minta doa panjang-panjang, tapi masa khutbah tidur..."

Alahai.. rasa kecil hati ni. Mana tidaknya, terus terang cakap tidur dalam khutbah Jumaat di Malaysia ni (mengikut 4-5 lokasi masjid yang biasa saya hadiri sama ada masjid 'orang-orang pandai', bandar dan kampung) menjadikan saya mudah untuk tidur dan melena serta menyenyakkan.

Saya suka untuk memetik contoh, dari Youtube.com dengan kita menaip (membuat poencarian melalui perkataan "khutbah"), maka akan keluarlah video khutbah di Baghdad Iraq dari Syekh Samarai.. Kepada semua saksi dan nilaikan khutbah itu dan bandingkan dengan apa yang berlaku di masjid negara kita ini. Tidak kiralah suasana di sana itu berperang dan di sini aman. Tapi kaedah khutbah yang bersesuaian amat penting supaya kehadiran seluruh jemaah Solat tidak sia-sia dan berlalu begitu sahaja.

Bayangkan dengan masa yang sangat bernilai, sanggup kita korbankan bukan semata-mata memenuhi perintah Allah namun juga atas hikmah Allah menetapkan saat sebelum Solat itu Khutbah yang perlu didengar oleh setiap Muslimin.

Bermula dengan terpaksa meninggalkan pejabat (selain negeri yang bercuti umum hari Jumaat), kalau di bandar terpaksa bersesak-sesak, solat di atas rumput dan di atas tar, dan sebahagian hanya memenuhi warung menikmati cendol. Berpanas terik dan ditambah pula masalah kesesakan jalan, masalah parking kenderaan dan hilang pula kasut dan selipar. Tahu-tahu, khutbahnya hanya sekadar-sekadar di pinggiran...

Bukanlah maksud saya merendah-rendahkan teks dan khatib khutbah namun semua pihak mampu menilai sejauh mana kedudukan teks dan khatib masa kini.

Berbalik ucapan ahli panel tadi, suka saya mengingatkan diri saya dan lain-lain...
tidurnya kita semasa khutbah mungkin kerana cara dan isi kandungan khutbah yang sangat tidak mampu membangkitkan semangat juang dan peringatan kepada semua... Andai Syekd Samarai itu dibawa ke Malaysia bagaimana ya?

Jadi al-Ustaz panel, terima kasih atas ingatan supaya jangan doa sahaja panjang tapi masa khutbah tidur. Namun dalam masa yang sama wahai Ustaz, jangan kecil hati kalau orang awam tidur kerana khutbah yang dibaca memang mengasyikkan manusia untuk terus lena. Tugas kita semua mengingatkan serta membangkitkan semua manusia dari lena. Jika masih lena CARA KITALAH yang masih belum mampu MENGEJUTKAN, MEMBANGUNKAN semua dari lena, leka, lalai dari segala masalah dunia.

Kepada Ustaz-Ustaz kita, merekakah yang atau kita juga turut lena... Jangan kita menjadi pembaca khutbah, sebaliknya jadilah orang yang berkhutbah dan bukan juga mendodoikan orang... mana dia ingatan-ingatan seperti yang disebut acapkali oleh Nabi, para sahabat, panglima-panglima Islam dan pimpinan-pimpinan agung sepanjang zaman yang membangkitkan semangat juang Islam di dalam sanubari umat Islam.. Sudah lenyap kalimah Perjuangan, Jihad, Pengorbanan, Keberanian ...

Jangan tercabut semangat juang di kalangan agamawan, kerana apa yang kita lihat hari sekarang ialah perjuangan mempertahankan Islam hari ini tidak lagi didominasi oleh golongan agamawan... fikir-fikirkan....