Menarik juga bila terbuka barang 1-2 minit Forum Perdana malam Jumaat lepas. Apa yang menarik perhatian saya ialah petikan ucapan salah seorang panel forum (tak perlu sebut namalah) lebih kurang maksud,
" Datang masjid solat Jumaat, minta doa panjang-panjang, tapi masa khutbah tidur..."
Alahai.. rasa kecil hati ni. Mana tidaknya, terus terang cakap tidur dalam khutbah Jumaat di Malaysia ni (mengikut 4-5 lokasi masjid yang biasa saya hadiri sama ada masjid 'orang-orang pandai', bandar dan kampung) menjadikan saya mudah untuk tidur dan melena serta menyenyakkan.
Saya suka untuk memetik contoh, dari Youtube.com dengan kita menaip (membuat poencarian melalui perkataan "khutbah"), maka akan keluarlah video khutbah di Baghdad Iraq dari Syekh Samarai.. Kepada semua saksi dan nilaikan khutbah itu dan bandingkan dengan apa yang berlaku di masjid negara kita ini. Tidak kiralah suasana di sana itu berperang dan di sini aman. Tapi kaedah khutbah yang bersesuaian amat penting supaya kehadiran seluruh jemaah Solat tidak sia-sia dan berlalu begitu sahaja.
Bayangkan dengan masa yang sangat bernilai, sanggup kita korbankan bukan semata-mata memenuhi perintah Allah namun juga atas hikmah Allah menetapkan saat sebelum Solat itu Khutbah yang perlu didengar oleh setiap Muslimin.
Bermula dengan terpaksa meninggalkan pejabat (selain negeri yang bercuti umum hari Jumaat), kalau di bandar terpaksa bersesak-sesak, solat di atas rumput dan di atas tar, dan sebahagian hanya memenuhi warung menikmati cendol. Berpanas terik dan ditambah pula masalah kesesakan jalan, masalah parking kenderaan dan hilang pula kasut dan selipar. Tahu-tahu, khutbahnya hanya sekadar-sekadar di pinggiran...
Bukanlah maksud saya merendah-rendahkan teks dan khatib khutbah namun semua pihak mampu menilai sejauh mana kedudukan teks dan khatib masa kini.
Berbalik ucapan ahli panel tadi, suka saya mengingatkan diri saya dan lain-lain...
tidurnya kita semasa khutbah mungkin kerana cara dan isi kandungan khutbah yang sangat tidak mampu membangkitkan semangat juang dan peringatan kepada semua... Andai Syekd Samarai itu dibawa ke Malaysia bagaimana ya?
Jadi al-Ustaz panel, terima kasih atas ingatan supaya jangan doa sahaja panjang tapi masa khutbah tidur. Namun dalam masa yang sama wahai Ustaz, jangan kecil hati kalau orang awam tidur kerana khutbah yang dibaca memang mengasyikkan manusia untuk terus lena. Tugas kita semua mengingatkan serta membangkitkan semua manusia dari lena. Jika masih lena CARA KITALAH yang masih belum mampu MENGEJUTKAN, MEMBANGUNKAN semua dari lena, leka, lalai dari segala masalah dunia.
Kepada Ustaz-Ustaz kita, merekakah yang atau kita juga turut lena... Jangan kita menjadi pembaca khutbah, sebaliknya jadilah orang yang berkhutbah dan bukan juga mendodoikan orang... mana dia ingatan-ingatan seperti yang disebut acapkali oleh Nabi, para sahabat, panglima-panglima Islam dan pimpinan-pimpinan agung sepanjang zaman yang membangkitkan semangat juang Islam di dalam sanubari umat Islam.. Sudah lenyap kalimah Perjuangan, Jihad, Pengorbanan, Keberanian ...
Jangan tercabut semangat juang di kalangan agamawan, kerana apa yang kita lihat hari sekarang ialah perjuangan mempertahankan Islam hari ini tidak lagi didominasi oleh golongan agamawan... fikir-fikirkan....
No comments:
Post a Comment