Persoalan yang kerap dibincangkan oleh pendokong Barisan Alternatif (BA) adalah ketakutan rakyat awam dalam menukar pemerintah yang sedia ada. Banyak alasan yang diberi dan pelbagai helah dikemukakan. Tetapi adakah ianya hanya alasan ataupun ketakutan yang mereka sendiri tidak pasti.
Setelah lebih 50 tahun negara ini diperintah oleh sekumpulan parti yang digelar BN tanpa pernah ditukar, adalah sukar untuk menerima kenyataan bahawa ianya perlu ditukar. Sentimen terhutang budi orang Melayu di atas kemerdekaan yang di 'hadiahkan' oleh UMNO menyukarkan minda majoriti rakyat Malaysia untuk berubah.
Ataupun, adakah orang Melayu telah menanamkan akidah bahawa menentang BN adalah berdosa besar dan dianggap penderhaka negara. Menukar pemerintah bagi mereka seumpama menyanggah sultan atau raja. Setelah berzaman orang Melayu menghambakan diri kepada BN adalah sukar untuk mereka bertukar. Saya kira inilah bidaan yang paling besar yang para pendokong BA sedang hadapi.
Menukar persepsi dan minda orang Melayu ini adalah satu kerja yang amat sukar. Jiwa Hang Tuah masih kekal dan menebal dalam jiwa orang Melayu.Walaupun kita tidak lupa tentang kewujudan Hang Jebat, tetapi persoalannya adalah berapa ramai? Di zaman demokrasi yang memerlukan sokongan dan undi majoriti untuk menang adalah amat mencabar untuk mewujudkan Hang Jebat yang ramai.
Propaganda UMNO melalui media massa dan agensi kerajaan menyukarkan lagi gerakkan kebangkitan rakyat ini. Inilah hakikat yang amat pahit untuk kita telan. Propaganda 'kerajaan' Barisan Nasional yang ditulis di papan-papan tanda projek kerajaan telah sedikit sebanyak mempengaruhi minda rakyat negara ini. Walaupun kita sedar bahawa ’kerajaan’ Barisan Nasional itu sebenarnya dari segi perlembagaan tidak wujud tetapi itulah yang rakyat percaya. Mereka lupa bahawa semua projek 'Kerajaan Barisan Nasional' itu dibiayai oleh wang pembayar cukai tidak kira Barisan Nasional ataupun Barisan Alternatif. Pernah ke kita tanya berapa banyak duit UMNO, MCA, MIC, Gerakkan dan kain-lain parti komponen BN yang mereka peruntukkan untuk satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional ini?
Kita selalu ditanya apakah sumbangan kita kepada negara. Tetapi pernahkah kita bertanya apakah sumbangan BN kepada rakyat dan negara. Mereka hanya pandai bercakap dan menghabiskan wang ringgit negara. Berbelanja wang kerajaan semahunya dengan menggunakan nama Kerajaan Barisan Nasional. Sedangkan Kerajaan Barisan Nasional tidak wujud. Kerajaan yang wujud hanyalah Kerajaan Malaysia.
Sampai bilakah rakyat sanggup terus dipermainkan oleh BN. Apa yang pasti rakyat akan terus menunggu dan menanti gelombang kebangkitan rakyat yang baru. Menanti BA untuk memimpin perubahan ini. Menanti kita memimpin tangan-tangan mereka.
Untuk itu ayuh kita bangunankan mereka, kejutkan mereka dari lena yang panjang ini. Biarkan Pak Lah terus lena..... Rakyat perlu bangkit dengan semangat yang baru. Semangat untuk membuat perubahan demi anak-anak kita dan geneasi yang akan datang. Saya yakin kita mampu lakukannya. Dengan sokongan semua pihak insyallah kita akan berjaya.

No comments:
Post a Comment