Berbasikal merupakan aktiviti rutin mingguan saya setiap hujung minggu selepas doktor menasihatkan saya supaya beriadah atas sebab-sebab kesihatan. Mungkin nampak remeh tetapi berbasikal adalah antara aktiviti yang rendah resiko untuk kecederaan selain daripada berenang. Berbasikal mengajar saya erti perjuangan dan semangat yang jitu untuk memastikan kita sampai tempat yang dituju dan bersedia juga untuk kembali ke destinasi asal.
Biasanya saya berbasikal dari Jalan Sg. Tekali hingga ke Sungai Lui atau Sungai Congkak. Kalau rajin hingga kesempadan Jelebu atau Hutan Lipur Tekala. Sepanjang perjalanan saya cuba melihat-lihat apakah kemajuan yang dibawa oleh YB Rahmat atau YB Markiman kepada Hulu Langat khususnya kawasan DUN Dusun Tua. Boleh saya katakan tidak menyerlah atau hampir tiada. Hulu langat yang saya lihat dahulu dan kini sama sahaja. Tak taulah kalau ada yang terlepas pandang. Infrastruktur masih tak banyak berubah. Taraf hidup penduduk masih di takuk lama. Mungkin disebabkan peningkatan kos sara hidup dan tekanan persekitaran.Kalau ada pun mungkin mereka ini baru berhijrah ke sini.
Kebanyakkan pembangunan di Hulu Langat adalah projek swasta terutamaya kawasan perumahan. Pembangunan jenis ini hanya memerlukan kelulusan kerajaan dan bukannya melibatkan dana kerajaan. Tak tahulah kalau kita kira mengambilkira naik taraf perhentian bas sebagai sebahagian dari pembangunan yang sangat signifikan. Kebanyakkan projek pembangunan adalah disebabkan permintaan yang tinggi untuk tempat kediaman. Memandangkan Hulu Langat hampir dengan Kuala Lumpur maka semakin ramai orang ingin mencari penempatan disini.
Saya dapat merasakan ciri-ciri desa kawasan Hulu Langat mula terhakis. Saya bukan menolak atau membenci pembangunan tetapi itulah pengorbanan yang terpaksa kita lakukan. Diharapkan usaha-usaha untuk memelihara alam semulajadi yang masih tertinggal dipergiatkan untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang.
Saya juga ingin menyentuh beberapa perkara yang mungkin releven untuk kita kongsi bersama bagi meningkatkan pengetahuan dan mengatur strategi begi kempen pilihanraya yang bakal menjelang.
Bagi membangunkan ekonomi penduduk, peluang berniaga perlu diperbaiki dan ditingkatkan. Peniaga memerlukan tempat untuk berniaga dengan lebih selesa sertapersekitaran yang lebih baik. Malangnya ia tidak berjalan seperti yang diharapkan. Premis penjaja di Taman Titiwangsa dan Pinggiran Delima yang telah siap masih terbiar untuk tempoh yang kita tidak tahu hingga berapa lama lagi. Beberapa premis penjaja baru di Taman Sri Nanding dan Sg Serai baru sahaja dibangunkan. Diharapkan ianya tidak menjadi satu lagi projek gajah putih. Pasar lama Batu 14 kekal tidak berpenghuni walaupun ada papan tanda baru. Cuma baru-baru ini tiang papan tanda tersebut telah dipotong. Mungkin salah pasang agaknya. Mungkin sesuatu boleh dibuat untuk memulihkan pasar tersebut atau dirobohkan sahaja sekiranya tidak lagi sesuai.
Kemudahan awam seperti dewan, pusat komuniti atau pejabat Belia 4B umpama rumah hantu. Melainkan sekali-sekala dijadikan tempat orang membuat kenduri kahwin ataupun hanya menjadi bilik gerakkan BN di waktu pilihanraya. Kalaupun ada yang aktif mungkin dewan Dato’ Nazir Batu 14. Kemudahan padang permainan tidak banyak peningkatannya, melainkan kerja-kerja menambak padang bola di Pekan Bt 14 dan Taman Titiwangsa. Kawasan dan kemudahan permainan kanak-kanak amat terhad dan kebanyakkannya telah uzur.
Pasar tani pagi Jumaat di pekan Batu 14 masih dikekalkan ditapak asal walaupun tapak pasar baru berhampiran Masjid Batu 14 telah lama dibuka untuk peniaga pada pagi Ahad. Pasar tani pagi Jumaat yang dijalankan ditengah-tengah pekan meyebabkan kesesakkan yang teruk terutama sekali diwaktu pagi ketika penduduk keluar untuk ke tempat kerja. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyediakan kawasan pasar atau pusat perniagaan yang lebih sempurna.
Masalah pembuangan sampah masih ditakuk lama. Sistem pembuangan dan pengangutan masih lagi tidak effektif. Banyak longgokkan sampah ditepi-tepi jalan dan kawasan perumahan yang amat menjelekkan mata memandang dan meloyakan tekak. Tiada tanda-tanda ianya dapat diatasi dalam masa yang terdekat.
Sistem pengangutan awam terutamanya bas sudah semakin baik terutama sekali di jalan utama. Mungkin kekerapan bas perlu dibuat kajian agar perkhidmatan dapat memenuhi keperluan penduduk. Begitu juga beberapa kawasan yang masih tiada kemudahan bas seperti Jalan Sg Tekali dan Pinggiran Delima.
Masalah pencemaran Sungai Langat masih tidak banyak berubah walaupun telah beberapa kali di paparkan di kaca TV dan akhbar. Nampaknya pihak yang berwajib umpama tutup sebelah mata atau tak serius dalam mengatasi masalah ini. Aktiviti mengorek pasir di Jalan Sungai Tekali masih lagi berterusan. Ini telah menyumbang kepada pencemaran Sungai Langat. Begitu juga dengan pembuangan sampah haram masih tidak terkawal. Sekejap buka dan sekejap tutup terutama sekali di jalan menghala ke Ampang.
Pertambahan penduduk dan kawasan perumahan baru telah menyebabkan peningkatan yang ketara jumlah kenderaan. Ini tidak termasuk mereka yang cuba mengelak tol Batu 9 Cheras. Kesesakkan lalulintas semakin teruk disepanjang Jalan Hulu Langat Terutama sekali di Pekan Batu 14, Sungai Serai dan di Kondominium baru di Kampung Melaka. Kehadiran lori-lori pasir dan balak yang terlalu kerap berulang-alik mewujudkan kebimbangan dikalangan ibubapa terhadap keselamatan anak-anak yang terpaksa berbasikal kesekolah atau ketika melintas jalan. Jalan berlubang sudah menjadi perkara biasa di merata tempat.
Kalau inilah keadaannya di Hulu Langat ini, tanpa UMNO atau BN pun penduduk Hulu Langat tidak akan kerugian apa-apa. Kalau kita berikan tempoh 50 tahun lagi pun kita masih kekal begini. Oleh itu kenapa kita masih ingin mempertahankan mereka. Mereka boleh ditukar ganti tetapi kita tetap akan meneruskan hidup ini dengan atau tanpa mereka. Kita mempunyai pilihan. Pilihan kita adalah perubahan. Perubahan kita adalah dengan menolak mereka dan menggantikan dengan PAS atau BA. Sekiranya kita berani mengubah nilai kita akan bertambah. UMNO dan BN akan lebih menghormati rakyat. Kita tidak lagi menjadi hamba bahkan merekalah yang sepatutnya berkhidmat untuk kita bukannya sebaliknya.
Masa berubah sudah pun tiba dan saya perlu meneruskan perjalanan saya. Kali ini saya ingin mengayuh kearah lain pula. Kedestinasi baru dan persekitaran baru yang pastinya menjanjikan pengalaman yang lebih menarik. Kepada pendokong perubahan, saya ucapkan selamat berjuang dan selamat mengubah dan selamat maju jaya. Semoga berjumpa lagi..... Wassalam.

No comments:
Post a Comment