Wednesday, October 8, 2008

Abdullah tidak bertanding presiden Umno

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan penting yang ditunggu-tunggu - melepaskan jawatan nombor satu Umno apabila tidak lagi bersedia bertanding dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada kepada timbalannya pada Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dijangka dipilih sebagai presiden baru parti itu.

Keputusan perdana menteri itu yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.

Abdullah pada awalnya dijadual meninggalkan jawatan nombor satu Umno, dan perdana menteri, pada pertengahan 2010.

Mesyuarat BN itu yang bermula selepas jam 3.30 petang masih lagi berlangsung ketika ini.

No comments: