KOTA BHARU 28 Dis. - Kelab Penyokong Pas Kebangsaan yang mempunyai lebih 10,000 ahli tidak akan menghalang hasrat parti itu melaksanakan hudud dan qisas di negara ini selagi ia tidak mengganggu cara hidup serta budaya masyarakat bukan Islam.
Bagaimanapun kelab penyokong itu tidak yakin Pas akan dapat melaksanakan hukum tersebut dan memerintah negara ini jika berdasarkan realiti politik pada masa sekarang.
Pengerusi kelab itu, Hu Pang Chaw berkata, pelaksanaan hukum hudud dan qisas sukar dikuatkuasakan dalam tempoh terdekat kerana memerlukan pindaan Perlembagaan sedangkan Pas pula tidak mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi di Parlimen untuk berbuat demikian.
"Kita tidak membantah jika Pas mahu melaksanakan hudud dan qisas sekiranya pakatan pembangkang menguasai kerajaan pada masa akan datang, kita memahami bahawa hukum itu hanya dilaksanakan kepada mereka yang beragama Islam sahaja.
"Orang Cina sudah faham dalam soal Islam, mereka sudah faham ia hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan orang bukan Islam," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian kelab yang dianggotai oleh bukan Islam itu berhubung isu hudud yang hangat diperkatakan pada masa kini.
Ketika Wacana Transformasi Politik Malaysia pada minggu lalu, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berjanji parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud dan qisas sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara.
Bagaimanapun sekutunya, DAP membantah pelaksanaan hukum hudud dan isu berkenaan tidak termasuk dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu.
Pang Chow berkata, pihaknya tidak akan menjadi orang tengah untuk memberikan penerangan kepada DAP berhubung isu hudud dan qisas.
"Kita menghormati prinsip perjuangan DAP, biarpun berbeza kita ada titik pertemuan iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

No comments:
Post a Comment