Thursday, December 4, 2008

Mohamad Sabu pilihan Nik Aziz











Selain Malaysiakini, Harakahdaily turut melaporkan kenyataan Nik Aziz ini.

Sementara itu, sahabat baik Khairy Jamaluddin, Wan Farid hampir pasti untuk menjadi calon Umno dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dalam satu temuramah, dengan angkuhnya (seperti sahabatnya, menantu PM) beliau berkata, “Pengundi Kuala Terengganu ini lain sedikit, mereka hendak orang yang ada jawatan dalam bahagian,” katanya.

Wan Ahmad Farid menambah, Umno negeri akan menyerahkan nama tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk keputusan muktamad.

Katanya lagi, peluang BN untuk mengekalkan kerusi parlimen tersebut adalah cerah.

Beliau berkata, ini kerana PAS kini berada dalam dilema untuk memilih calon yang sesuai.

“Kini ada dua kumpulan dalam PAS iaitu Erdogan dan bukan Erdogan. Kalau pilih calon kumpulan Erdogan, pengundi atas pagar susah menyokong mereka.

“Jika memilih calon bukan kumpulan Erdogan, pengundi yang menyokong PKR tidak akan menyokong calon tersebut,” katanya.

Analisis saya mudah, jika Pak Lah masih lagi kuat dalam Umno, Wan Farid lah yang akan jadi calon. Jika Wan Farid berjaya jadi calon, Najib Razak belum tentu akan menjadi PM Malaysia Mac depan.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang juga Musyridul Am PAS telahpun menyatakan pendiriannya. Beliau mahukan Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden PAS untuk bertanding semula dalam pilihanraya kecil P 36 di Kuala Terengganu.

Akan tetapi menurut Nik Aziz, itu hanyalah pendirian peribadinya dan terpulanglah kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan.

Sehingga kini PAS dan Umno belum lagi menamakan calon mereka untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

No comments: