Wednesday, December 24, 2008

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI)

BANTAHAN DI SINI -> http://www.pkpim.net/v2/info/petisyen.html

Walau apapun alasan saya tidak setuju pembelajaran Sains dan Matematik diadakan dalam bahasa Inggeris. Sama ada kita tukar polisi ini atau kita tukar kerajaan. Sekiranya kerajaan yang ada tidak mampu memartabatkan bahasa Melayu biar kita tunjukkan mereka jalan keluar...... turunkan mereka dari kerusi kerajaan.

Kita boleh belajar dan menguasai bahasa Inggeris, Arab, Manderin, Tamil, Urdu, Tagalog atau apa bahasa sekaipun..... tetapi bahasa rakyat Malaysia adalah bahasa Melayu. Tidak dapat berbahasa Melayu tidak layak menjadi rakyat Malaysia. UMNO jangan jadi petualang bangsa. Kalau tak berani membuat perubahan jangan jadi muka tak malu berkata pejuang bangsa. Kamu bukan pejuang bangsa tetapi pejuang perut dan apa yang di bawah perut.

Apalah malangnya kita dah hampir kehilangan terlalu banyak kemudahan Bahasa Melayu, tanah rizab melayu, kampung Melayu, Tanah Melayu, Kereta Api Tanah Melayu, Budaya Melayu, Bangunan Melayu, Syarikat Melayu dan apa yang tinggal adalah muka Melayu. Itupun muka Melayu nak ditukar dengan mengubah warna rambut, warna mata dan gaya hidup......

Nasiblah kita.... Kesian orang kampung dan orang Melayu yang masih ditipu hidup-hidup oleh pemimpin Melayu. Dulu penjajah belajar bahasa Melayu dan tulisan jawi untuk berurusan dengan kita.... Kini UMNO suruh kita ikut orang Barat dan tinggalkan warisan bangsa kita yang dipertahankan dengan darah dan nyawa oleh datuk dan nenek kita.

-KEKALKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTARAAN RAKYAT DAN NEGARA-

No comments: