Tuesday, March 3, 2009

DUN Perak Panas

Bermula dengan kes lompat parti, kepada surat perletakkan jawatan 3 DUN lompat, membawa kepada peristiharan Najib ambil alih kuasa 'majoriti', kemudian mempengaruhi Sultan untuk melantik MB baru dari BN, seterusnya speaker gantung jawatan MB baru berserta exconya dan akhir sekali pertikaian setiausaha dewan dengan ketuanya (speaker). Keadaan DUN Perak kini semangkin gawat akibat perlumbaan menzahirkan kuasa masing-masing. Ia diburukkan lagi apabila kakitangan kerajaan juga terlibat secara langsung dan menyebelahi parti yang disokongnya.

Umpama retak menanti belah. Itulah keadaan DUN Perak kini. Akibat daripada manusia yang angkuh dan rakus dalam memenuhi impian bagi menunjukkan kepada penyokongnya bahawa beliau memang layak menjadi PM. Dulu beliau kata sudah mendapat majoriti yang cukup bagi mentadbir Perak dengan kemasukkan 3 DUN lompat. Apabila Speaker menggantung jawatan DUN 3 orang yang didakwa telah meletak jawatan, maka bakal PM sekonyong-konyong pula mengatakan bahawa setatus mereka belum diputuskan oleh mahkamah.

Sekiranya status mereka 3 orang lumpat ini belum pasti maka status kerajaan baru BN di Perak juga boleh dipersoalkan. Secara tidak langsung ini mengesahkan bahawa kerajaan dibawah kepimpinan YB DS Nizar masih sah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.

Keadaan kini tegang dan gawat apabila semua pihak atau proksinya cuba tunjuk kuasa yang mereka ada. Ini termasuklah Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan kini Setiausaha Dewan Undangan Negeri. Apa yang pasti BN telah meletakkan orang-orangnya di posisi yang penting bagi memastikan segalanya memihak kepada BN.

Kini rakyat menyaksikan bahawa perjuangan orang politik sebenarnya bukan untuk menjaga kebajikan rakyat. Tetapi untuk memastikan survival politik dan tembolok masing-masing. Kerajaan sepatutnya bergerak tanpa batasan politik, bangsa dan agama. Kerajaan sepatutnya memberi keadilan kepada semua rakyat pembayar cukai. Tetapi kini ahli politik hanya mementingkan diri dan kroni sedangkan rakyat terbiar terkapai-kapai.

Ekonomi dunia semangkin suram dan terbaru AIG (penaja team MU) mendapat suntukkan modal USD11Billion yang masih belum menjamin akan kejayaannya. Apa pula jaminan negara mampu mengharungi kemelut ekonomi global ini sedangkan dalam negara juga sedang bergolak.

Kita sepatutnya menyahut seruan TG DS Abdul Hadi Awang bagi membentuk kerajaan perpaduan yang mengukukuhkan institusi kerajaan bagi persediaan awal mengatasi kemelut ekonomi yang kian mengigit di negara kita. Sama-samalah kita doakan agar kita berjaya dan seterusnya bangkit menguasai dunia baru pasca kemelut ekonomi global yang kalut ini.

No comments: