Apabila seorang Sasterawan Negara sanggup mengorbankan kedudukan dan kehormatan demi menolak penindasan terhadap bahasa dan bangsa, ini bermakna sesuatu yang terang salah telah berlaku dinegara ini. Kezaliman oleh pemerintah (BN) terhadap bahasa dan bangsa Melayu. Malangnya orang yang terus mendokong dan berpegang dengan kepercayaan PPSMI ini adalah UMNO atau anak pengasas UMNO cucu kepada Dato Onn Jaafar. Tidak lain dan tidak bukan Hishamuddin Tun Husin.
Apa yang beliau cari sebenarnya? Adalah beliau telah memegang kepercayaan yang songsang dalam parti yang kononnya memperjuangkan ketuanan Melayu. Ini jelas bercanggah dengan perjuangan yang UMNO bawa di awal penubuhannya.
Tiada siapa yang menghalang usaha untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dikalangan anak-anak Melayu. Saya pun hidup dipersikitaran syarikat yang menggunakan hampir sepenuhnya bahasa Inggeris. Dari mesyuarat, pembentangan, laporan, e-mail dll. Bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa yang memberi kelebihan apabila perurusan dengan syarikat antara bangsa. Kita tidak menafikan itu tetapi adakah dengan alasan mudah ini maka kita mahu mengorbankan masa depan anak bangsa kita.
Kita semua sedar bahawa Matematik dan Sains adalah matapelajaran asas yang memberi kesan langsung kepada masa depan anak-anak kita. Kenapa tidak kita tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris melalui bahasa dan bukannya matapelajaran asas. Kalau perlu menjadikan bahasa Inggeris itu sebagai mata pelajaran asas. Silakan...... Kita tengok apa pandangan pejuang bangsa akan berkata hatta orang UMNO sendiri akan mengutuk usaha itu.
Tetapi apabila kita melaksanakan PPSMI ianya dilihat berbeza. Lalu ia dilihat tidak bersalah.
No comments:
Post a Comment