Friday, March 6, 2009

Penggunaan Nama ALLAH

ALLAH, tiada tuhan lain melainkan ALLAH.

Bolehkah penganut bukan Islam menggunakan istilah Allah bagi Tuhan mereka?

  1. Menurut adat dan kebiasaan masyarakat di Malaysia dari dahulu sampai sekarang Allah hanyalah digunakan oleh masyarakat Islam.
  2. Bukan Islam tiada kepentingan untuk menggunakan istilah Allah kerana selama ini pun mereka menggunakan istilah God dan Tuhan sahaja. Sehingga kini mereka tiada masalah dengan itu.
  3. Kalau semua agama menggunakan istilah Allah tetapi merujuk kepada Tuhan yang berbeza-beza maka ia akan mewujudkan kecelaruan dalam pemikiran dan menjadi amat pelik. Umpama semua jenis buah-buahan tempatan seperti nangka, rambutan, manggis, mangga, ciku dan lain-lain buah di negara ini dipanggil dangan satu nama iaitu durian.
  4. Adakah orang bukan Islam kini mula mengiktiraf tuhan yang sebenar hanyalah Allah? Adakah ini bermakna mereka mahu meninggalkan agama asal mereka kepada Islam? Baguslah kalau begitu.
  5. Kalau mereka mahu menggunakan perkataan Allah mereka juga perlu menjelaskan sifat-sifat Allah itu.
  6. Mungkin mereka selepas ini perlu juga mengetahui sifat wajib bagi Tuhan yang dipanggil Allah pulak..... Kena belajar sifat 20lah pulak.
  7. Atau selepas ini mereka akan meminta untuk menggunakan kesemua 99 nama Allah yang mulia itu kerana mereka sudah mengiktiraf Allah sebagaimana yang diajarkan didalam Al-Quraan.
  8. Kalau nak senang dan tak mahu serabut sehingga bertegang urat...... masuk lah dalam Islam. Lepas itu kalau nak pakai atau sebut nama Allah banyak-banyak pakailah, sebutlah. Siapa pun tak ada yang larang.

No comments: