Friday, May 29, 2009

Khair Toyo - Pejuang Tol Atau Pejuang Rakyat?

Inilah wajah seorang yang cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap. Selepas banyak Tol didirikan di Selangor kini hendak menghapuskan Tol pulak. Nak pacak Tol memang senang..... tetapi nak cabut tiang Tol bukan satu kerja mudah. Perjanjian telah dibuat dan kerja telah siap, kini hendak hapuskan tol pulak.

Dari satu sudut beliau betul, tetapi kenapa baru nak bercakap..... selepas tiada kuasa? Dimana beliau semasa penduduk Bandar Mahkota mintak 'Buka Jalan'?

___________________________________________________________________

10. Saya fikir keperluan mendesak ialah mengatasi masalah tol di Lebuh Raya Damansara-Puchong LDP), Lebuh Raya Bertingkat Ampang, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas). Saya mungkin tertinggal beberapa lebuh raya lain yang mungin juga perlu dipertimbangkan untuk penghapusan tol atau dikurangkan.

11. Lebuh raya-lebuh raya ini merupakan di kawasan yang berpenduduk padat dan perjalanan yang pendek dan terpaksa mengharungi kesesakan untuk membayar tol dan selepas membayar tol seperti di LDP. Malah kadang-kadang tol sendiri menjadi punca kesesakan.

12. Tol-tol seperti Kesas dan LDP ini juga dikenakan kadar yang tinggi tidak sesuai untuk kegunaan harian untuk bekerja. Anehnya, ada juga orang menggunakan lebuh raya ini secara percuma dan ada yang kena bayar bergantung di mana beliau tinggal.

13. Bukankah ini tidak adil kepada sebahagian orang? Ini juga bermakna mereka yang membayar di LDP dan Kesas turut membayar kepada sebahagian orang lain yang tidak melalui tol walaupun menggunakan lebuh raya yang sama.

http://www.drkhir.com/

Wednesday, May 27, 2009

Menjawab kenyataan : Dr Mohd Asri - ‘Mogok lapar' ditolak oleh Islam

Berikut adalah beberapa kenyataan yang boleh dirujuk. Dalam beberapa keadaan kenyataan Dr Asri adalah betul, tetapi kita perlu adil dalam memberi komen. Kenyataan asal boleh dirujuk di http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503549026. Kalau nak diborong setiap yang menyebabkan kematian itu haram apa pula hukum berperang? Kita juga perlu merujuk kenyataan yang dibuat oleh penganjur bahawa mogok lapar yang dibuat ada beberapa langkah-langkah tertentu bagi mengelakkan kematian umpamanya mengambil sedikit air dan minuman isotonik.
__________________________________________________

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear questioner, we would like to thank you for the great confidence you place in us, and we implore Allah Almighty to help us serve His cause and render our work for His sake.

We earnestly implore Allah to grant our dear brothers and sisters in Palestine an outstanding victory.

Regarding your question, a group of Muslim scholars hold the opinion that it is permissible for the Palestinians incarcerated in Israeli jails to undertake hunger strikes as long as they have no other weapon to express their opinion and to draw the attention of the international community. However, it is stipulated that such strikes must not lead to the death of those prisoners as death in this case will be a kind of suicide, which is strongly forbidden in Islam.

Responding to the question, the eminent Muslim scholar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi states:

The prisoners in Israeli jails who are going on a hunger strike are defending a just cause, and strike is an internationally recognized means to disclose crimes and injustice practiced against them. Hence, all Muslims should support those strivers in their adversity in all possible ways: sit-in strike, demonstration, moral support by fasting for example, or through sending telegrams and issuing statements condemning the Israeli atrocities.

This will show those prisoners that all Muslims are standing by them. We, as Muslims, should help Palestinians by all ways, for they are entitled to receive zakah or revenues of endowment. They even deserve the doubtful money of banks (that is, money that is uncertain whether it is lawful or not); if such money is forbidden to its owners, it is regarded as lawful for Palestinians. Since we are not able to supply them with arms, then we should at least provide them with food, clothing, and relief supplies.

Moreover, Sheikh Faisal Mawlawi, deputy chairman of the European Council for Fatwa and Research, states:

It is permissible for the Palestinians imprisoned in Israeli prisons— or even for the prisoners in Muslim countries—to undertake a hunger strike in case they are suffering from violation of their human rights, as long as this is the only way through which they can make progress in these times. Furthermore, the prisoners have the right to go on such a strike even if it does not bring about positive results concerning their rights. That is because it will at least draw the attention of the public opinion, either nationally or internationally, to the inhuman practices that are committed against prisoners.

However, the following points should be taken into consideration; otherwise, the strike may lead to committing illegal acts:

First, the strike must not turn into fasting as legally known in Islam, for fasting is an act of worship that should not be turned into a means of protest against authorities. Furthermore, it is not legally permissible for the one fasting to continue fasting for several days without breaking his fast, but he must eat after sunset. Thus, the strikers should have some water or any other drink in order not to be regarded as observing continual fast.

Second, such a strike must not lead to death, for at this point it would be similar to committing suicide, which is considered one of the major sins. So the strikers should have some water and some food when they feel extremely exhausted in order not to cause themselves to die.

Sheikh Muhammad Husain Fadl Allah, the well-known Shiite jurist of Lebanon, also states:

Hunger strike is legally permissible in principle, but the striker must preserve his life as much as possible, except in case of a pressing necessity.

In addition, Dr. Muhammad Mahrus Al-A`zhami, head of the Fatwa Committee at the International Union for Muslim Scholars (IUMS), Iraq, states:

Generally speaking, hunger strike causes harm or even death, which is legally forbidden, as Allah Almighty says: “And do not kill yourselves (nor kill one another)” (An-Nisaa’: 29). Yet, since the hunger strike has become nowadays one of the effective actions, then the oppressed have the right to make use of any means which may ward off oppression and let those in authority hear their voices, especially in this modern age in which people pay attention to such acts of protest. Therefore, this practice is permissible in case of necessity after using all other means. In this case, Israel left Palestinians and Muslims no other choice, so they are permitted under necessity to use such a kind of protest to make humanitarian organizations and international bodies listen to their voices. We sincerely ask Allah to save them from their adversity through this practice.


Berita Sejarah - PKM

Sedikit berita sejarah untuk renungan bersama. Ini adalah berikutan isu Chin Peng hendak kembali ke Malaysia. Ada yang menyokong dan ada yang menentang.

Seribu satu persoalan yang timbul.... Adakah Chin Peng telah mendapat pengampunan? Kalau ya kenapa dia tidak boleh kembali? Kalau tidak kenapa tidak kita benarkan dia kembali dan kita dakwa beliau sebagai penjenayah perang? Adakah Chin Peng menerima dan telah berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia sebagaimana termaktub dalam perjanjian damai Haadyai 1989?

___________________

Rundingan Damai Haadyai 1989

Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini mebawa kepada pembubaran dan perletakan senjara PKM.

Lokasi

Perjanjian damai bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden , Haadyai, selatan Thailand. Haadyai terletak berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand. Perjanjian itu ditandatanganijam 11.30 pagi waktu malaysia.

Seramai 400 perwakilan, pemerhati dan wartawan dari malaysia, Thailand dan seluruh dunia telah hadir. Hotel itu tidak terkawal ketat di bandar Haadyai, majlis tidak teratur, bising dan kelam-kabut dengan jurugambar dan para wartawan yang tidak lagi menghormati protokol tetapi berdiri membelakangi para tetamu kehormat yang sepatutnya menyaksikan peristiwa itu.

Majlis itu berderai dengan ketawa apabila seorang dua jurugambar jatuh tersungkur kerana pasu bunga yang dipijak oleh mereka untuk membuat sudut penggambaran menarik telah pecah dan memecahkan suasana yang sepatutnya hening dan tenang itu.


Sebab Perjanjian Damai berjaya

Pada 28 dan 29 Diember 1955 Rundingan Baling telah diadakan antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu.

Setelah empat kali kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand berunding dengan PKM akhirnya rundingan kelima berjaya diadakan .

Perjanjian Damai ini berjaya diadakan kerana ;
  • Situasi dunia yang tidak menyebelahi komunisme. Ekonomi Rusia selaku juara komunis telah tewas di Afghanistan.
  • Di bawah presiden Rusia , Rusia mengamal dasar ekonomi terbuka yang menuju ke arah ekonomi kapitalis dan sistem demokrasi pada tahun 1989.
  • Tembok Berlin antara Jerman Barat dan Jerman Timur telah runtuh. Tembok ini memisahkan Jerman Timur yang mengamalkan komunisme dan Jerman Barat yang mengamalkan demokrasi. Jerman Timur terlalu mundur berbanding dengan Jerman Barat. Akhirnya Jerman Barat dan Jerman Timur telah digabungkan dan diharapkan dapat menyaingi Amerika Syarikat.
  • Negara China juga membuka pintunya kepada pelabur asing khususnya Amerika, Korea Selatan dan Jepun sejak Presiden Li Peng dan sebelum itu.
  • 1997 Kerajaan British menyerahkan kembali Kepulauan Hong Kong kepada pemiliknya China pada tahun 1997. Hong Kong lebih maju daripada tanah besar China dan bukti bahawa sistem kapitalis dan demokrasi lebih berwibawa.
  • Chin Peng . Rashid Maidin, Abdullah C.D , Chan Tien merasakan pemberontakan bersenjata tidak berfaedah lagi kerana Malaysia telah benar-benar merdeka dan pemimpinnya bukan boneka kerajaan British. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melaksanakan dasar ' Buy British Last'.
Perwakilan
  1. Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
  2. Tan Sri Mohd. Hanif Omar - Ketua Polis Negara
  3. Jeneral Hashim Mohd Ali - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
  4. Jeneral Yodhana Yamphundi - Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4
  5. Jeneral Chavalit Yongchaiyudh =Pengarah Operasi Keselamatan
  6. Jeneral Sawaeng Therasawat - Ketua Pengarah Polis diraja Thailand.
PKM diwakili oleh :
  1. Chin Peng - Setiausaha Agung PKM
  2. Abdullah C.D - Pengerusi PKM
  3. Rashid Maidin - Komander Regimen ke-10
Turut hadir ialah :
  1. Dato Megat Junid Megat Ayub - Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
  2. Ai Ying atau Zainon - isteri Chin Peng
  3. Chan Tien - Komander Regimen ke-12 PKM
Isi Kandungan Perjanjian Damai

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
  • PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
  • Parti Komunis Malaya dibubarkan
  • Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
  • Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
  • Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia
  • Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
  • Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
  • Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Pelaksanaan Perjanjian Haadyai

Selepas perjanjian tersebut dimeterai :
  • Kira-kira 1188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
  • Di hutan Malaysia - Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singaputa dan 2 bekas anggota tentera Jepun.
  • terdapat 330 ahli PKM pulang ke tanahair
  • Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

Tuesday, May 26, 2009

Tak Lawan Tetapi Melawan

Tidak bertanding tetapi masih dianggap sebagai sebagai seteru. Kenapa SPR masih menjaga kepentingan pihak yang tidak bertanding? Mungkin SPR boleh komen. Sekiranya BN/UMNO bertanding ada logiknya tindakkan SPR, tetapi bila BN tidak bertanding maka BN tiada hak pembelaan dari SPR. Bahkan nak naikkan bendera di tempat awam pun tidak boleh..... Kalau nak komplen kepada pihak Majlis boleh..... Tetapi ini musim pilihanraya! Pihak yang bertanding dah membayar deposit poster....
______________________________________

PKR flags near Umno building cause scuffle
By Syed Jaymal Zahiid

PENANTI, May 26 — A minor scuffle broke out between Seberang Prai City Council (MPSP) officers and PKR supporters, after the former cut down party flags raised in front of the Permatang Pauh Umno headquarters here today.

The scuffle began when MPSP officers, accompanied by an officer from the Elections Commission (EC), were confronted by angry PKR supporters demanding to know why their party flags taken down.

The EC officer refused to answer and only said the flags raised in front of the Umno building was an act of provocation.

Monday, May 25, 2009

Sekitar program ceramah di Darul Hidayah

Berikutan dengan kematian seorang pejuang yang telah banyak menabur bakti kepada agama dan masyarakat Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakub (Paksu Mail) program yang sepatutnya dihadiri oleh Tuan Speaker DUN Mohd Nassuruddin Daud Kelantan terpaksa digantikan dengan Ustaz Nik Zawawi Salleh .

"Yang baik akan memberi manfaat kepada semua.... yang buruk pun kalau diolah dengan baik pun boleh memberi manfaat." kata Ustaz Nik Zawawi.







Feedback from our visitor

Terima kasih diatas pandangan dari para pengunjung. Maaf agak lambat membuat posting kerana urusan yang tidak dapat dielakkan. Saya amat mengalu-alukan segala pandangan insyallah sekiranya pandangan dan komen bersesuaian akan di'post'kan di blog ini. Kepada sesiapa yang ingin membuat komen atau pandangan boleh dialamatkan kepada saya jafrimdamin@gmail.com. Di sini post dari seorang pengunjung...
__________________

Saudara Jafri,

I have been waiting for your post on the latest update on the Perak MB issue.

I wanted to post a comment in the MTD Dun blog, but it does not allow Anon comment, and I am yet to have my own blog.

Personally, I think Ir Nizar should just back-off from this “mess” and hanky-panky. Mengalah bukan bererti kalah. But it is for the benefit of the Perak people. Meminjam kata Ustaz Rosli Mokhtar, orang Islam mesti berfikiran hebat untuk pergi lebih jauh dan bertahan. Kalau masing-masing dah berlagak macam orang gila talak (whatever that means), macam mana nak berfikiran waras apa tah lagi hebat.

Let that Pangkor guy be at the top of Perak DUN. First impression is important. You know what was the impression on him and his team. Rata-rata orang chop depa sama macam lanun atau yang setaraf dengannya, no matter what the Perak law stated. Pangkor guy ini akan cuba berbuat apa saja untuk menaik kan nama UBN di Perak. Bukankah ini satu manafaat kepada rakyat Perak. Kebajikan rakyat Perak akan dilihat. Banyak projek baru akan dibangunkan untuk manafaat rakyat Perak dan ….. mungkin juga konconyalah.

Ir Nizar dan lain sebagai pembangkang pergi kepada rakyat bertanyakan apa keperluan mereka dan bentangkan dalam sidang DUN. Takkan the Pangkor guy tidak mahu dengar apa yang pembangkang nak cakap. Easier said that done, but it is still worth a try. Setiap sesuatu itu ada sebabnya, hanya Allah yang tahu. Kita tidak tahu, apa yang bakal terjadi kalau Ir Nizar terus jadi MB. Mungkin PR memang sebenarnya belum bersedia untuk mentadbir Perak. Muhasabah diri. Apakah perancangan yang kita buat sebelum ini betul?

Sementara itu, susun lah strategi untuk pihanraya yang akan datang. Takkan nak doakan ada ADUN yang meninggal pulak untuk Pihanraya Kecil!

And I tell you those guys in PKR are mostly ex-UBN. If they were not sincere when they joined PKR, you may guess the steps these guys will take. Walaupun badan di dalam PKR, sifat-sifat UBN masih ada dalam diri. Do some cleansing to this kind of people ….

Good luck.

My personal opnion,

Rozi


Friday, May 22, 2009

Ceramah Perdana - Kuasa Speaker

Ustaz Nusuruddin Daud
Speaker DUN Kelantan
9.00 malam
22 Mei 2009 (Jumaat)
di Darul Hidayah Dusun Tua.

Tuesday, May 19, 2009

Kerajaan Selangor gubal Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor akan menggubal Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat yang dijangka akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November depan bagi memastikan ketelusan dalam penyampaian maklumat kepada rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, selepas akta itu diluluskan, rakyat terutamanya di Selangor dapat melakukan capaian terhadap dokumen-dokumen rasmi kerajaan negeri.

"Akta ini digubal supaya terdapat ketelusan dalam penyampaian maklumat.

"Dengan ini, rakyat dapat menerima maklumat dan dapat membuat pemikiran tertentu daripada maklumat yang diberikan," katanya selepas majlis sambutan Hari Kebebasan Akhbar Dunia dan pelancaran rangkaian media dan komunikasi Selangor.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat maklumat yang boleh menggugat keselamatan negeri dan negara, ia tidak akan didedahkan.

Katanya, setakat ini tidak ada kriteria jelas berhubung dokumen yang boleh didedahkan atau sebaliknya di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), justeru akta yang akan digubal nanti akan menjelaskan secara terperinci berhubung perkara itu.

Katanya, Badan Bertindak Kebebasan Maklumat yang dianggotai Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan orang awam serta dipengerusikan oleh Elizabeth Wong akan berbincang dengan Speaker DUN berhubung idea bagi membentangkan rang undang-undang itu.

"Selepas bacaan kali pertama dan kedua, kita akan menubuhkan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat yang dianggotai ADUN-ADUN dan jika berjaya diusahakan supaya dapat diwakili bersama oleh ADUN-ADUN dalam Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

"Kita berasakan penting memasukkan ADUN-ADUN BN oleh sebab ini merupakan isu yang kita hadapi bersama-sama," katanya.

Najib?

Najib kata beliau bersedia bertemu PR untuk selesaikan masalah kerajaan negeri Perak. Hari ini pulak kata kita tunggu mahkamah.

Mahkamah rayuan kata kalau Zamri tidak kekal MB rayuan beliau sia-sia. Minggu lepas Mahkamah Rayuan kata kes Nizar tangguh ke hari Khamis dan Zamri bicara dulu.... Permohonan Nizar pulak sekarang ni nampak sia-sia.

Semalam keluar kenyataan kehakiman bertulis mahkamah Tinggi yang mengatakan Sultan tidak boleh pecat MB. Kini siapa MB. Nizar MB atai Zamri MB. Mahkamah Tinggi kata Nizar, Mahkamah Rayuan Zamri.

Semua ini gara-gara Najib yang gelojoh menurut hawa nafsu mahu merampas hak rakyat. Nak tunjuk beliau adalah orang yang mempunyai karisma dan kekuatan untuk memerintah.

Lepas ni sama-sama kita pecahkan kerusi Najib. Siapa Najib?

Thursday, May 14, 2009

Memperjuangkan Bahasa

Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini ternyata tidak mudah sungguhpun Peruntukan 152 Perlembagaan Persekutuan secara khusus mengangkat kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Semenjak kita mengecap kemerdekaan dari penjajahan Inggeris, hasrat terus membara untuk melihat Bahasa Melayu berada di persada serta berupaya menjadi bahasa pengucapan ilmu. Namun demikian hasrat dan cita-cita murni itu dikhianati oleh Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini ternyata tidak mudah sungguhpun Peruntukan 152 Perlembagaan Persekutuan secara khusus mengangkat kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Semenjak kita mengecap kemerdekaan dari penjajahan Inggeris, hasrat terus membara untuk melihat Bahasa Melayu berada di persada serta berupaya menjadi bahasa pengucapan ilmu. Namun demikian hasrat dan cita-cita murni itu dikhianati oleh pemimpin umno sendiri. Ini ketara sekali dengan kedegilan mereka yang meneruskan Dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI).

Makanya saya terpanggil untuk menemui beberapa tokoh Gerakan Mansuhkan PPSMI, di antara lainnya Dato’ Hassan Ahmad, Sasterawan Negara A. Samad Said, Profesor Abdullah dan Ainon Mohd. Kami berbincang perihal kedudukan istimewa Bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Pendidikan Negara. Mustahak ditekankan bahawa GMP ini bukanlah satu pergerakan anti Bahasa Inggeris sebagaimana yang cuba digambarkan oleh sesegelintir.

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, May 13, 2009

Antara Dua Darjat

POLIS MALAYSIA.....

Hari ini..... Sambut 'MB' dengan senyuman.Semalam bersama FRU halang MB.....

Pelik Tapi Benar

Dalam prinsip keadilan seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Inilah prinsip yang perlu dipegang apabila mahkamah membuat keputusan. Mahkamah Tinggi telah membuat ketetapan bahawa YB Nizar adalah kekal Menteri Besar Perak sehingga terbukti beliau dipecat atau berhenti. Oleh kerana YB Nizar memenuhi kreteria tersebut yang mana beliau tidak pernah meletak jawatan atau tewas dalam undi tidak percaya maka kedudukan beliau masih kekal.

Keputusan Mahkamah Rayuan untuk menerima permohonan penangguhan keputusan dan mengekalkan YB Zamri sebagai Menteri Besar adalah luar biasa dan pelik. Ini bermakna permohonan YB Nizar tinggal permohonan dan keputusan akademik. Mahkamah Tinggi kini tidak lebih sebagai kuda tunggangan yang diperguna untuk menunjukkan bahawa institusi kehakiman telah pulih. Tetapi sebenarnya agenda yang lebih mereka utamakan adalah mengekakalkan kedudukan YB Zamri melalui Mahkamah Rayuan.

Kini yang kusut bertambah serabut. Bolehkah YB Zamri kekal sebagai MB sedangkan kedudukan itu telah dipertikai dimahkamah dan Mahkamah Tinggi memutuskan YB Nizar kekal. Keputusan yang lebih logik adalah YB Nizar kekal sehingga terbukti kerusi MB kosong. Selepas terbukti kerusi MB kosong barulah perlantikkan baru boleh dibuat. Kini Mahkamah Rayuan menambah batu beban. Gali satu lagi lubang untuk kambus lubang yang lain.

Lepas ni kita lihat siapa pula yang akan masuk lubang. Kita mohon agak YM Sultan mengakhiri episod serabut ini dengan segera. Pulangkan hak rakyat kepada rakyat. Hak memilih adalah hak rakyat bukan hak Mahkamah. Biarkanlah kes ini diadili di mahkamah rakyat... di meja pengundian. Bubarkan DUN dan buat pemilihan baru. Nak rugi sikit untung besar atau untung sekarung rugi satu guni?

Jangan bebankan rakyat dengan masalah politik. Banyak keputusan besar negeri gagal dibuat dan laksanakan gara-gara pertelingkahan jawatan MB. Siapa nak tandatangan kelulusan yang memerlukan MB sign. MB mana satu yang patut sign? Bubarkan DUN dan buka jalan baru untuk rakyat Perak. Ini tak masuk lagi isu speaker yang digulingkan baru-baru ini. Fikirkanlah.!

Monday, May 11, 2009

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin - MB Perak yang sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim DatukAbdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tetapi boleh mengemukakan rayuan rasmi.

Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kuala Kangsar esok pagi bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh zambry akan dikaji semula dan bukannya tidak sah sehingga notis seterusnya kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu.

"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

"Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,"katanya.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah

Sunday, May 10, 2009

Berita Bergambar Sekitar Pertandingan Futsal Bawah 18

Yuran RM 25 ringgit sebagai tanda komitment perserta pertandingan.
YB Dr Che Rosli yang sentiasa bersama masyarakat dan remaja bagi memenuhi keperluan semua golongan masyarakat.
Cenderahati dari pihak penganjur kepada YB.... Yang lain tu tumpang sekaki bukan senang nak bergambar dengan YB.Keputusan terakhir juara pertandingan Sri Puding yang menewaskan PKPJ FC dengan jaringan 3 -2. Semoga yang menang akan terus cemerlang yang kalah terus berusaha.
Juara pertandingan Sri Puding dengan hadiah, sijil serta wang tunai RM 300.
Kedua PKPJ FC dengan hadiah wang tunai RM200.
Ketiga Five-I dengan wang tunai RM100.
Keempat jua dapat hadiah dangan wang tunai RM100 serta bergambar dengan YB.
Posing sebelum berentap dipertandingan akhir.
YB test power. Patut boleh score... keeper tak nampak bola. Silau kasut YB kilat sangat.
Setia menanti walaupun panas terik.
'Tangkap lerrrr..... apa tengok saja.'
Aksi maut... tewas juga akhirnya. Setelah berhempas pulas menjaga gawang.
Dah gol ke?
Main dua beranak je ke?
Pemain merangkap penonton. Tiket percuma.
Kita orang OK. Walaupun bersara awal.
Kalah pun tak pa..... 'apa yang penting kerjasama'.... pesanan Wonder Pets.
Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak cuba lagi di masa-masa yang akan datang. Banyak lagi program-program yang diatur untuk belia bagi memastikan masa mereka dihabiskan dengan program-program yang bermanfaat.

Kepada penganjur mungkin selepas ini kita buat di dewan tertutup yang lebih selesa dan lebih grand serta hadiah lebih lumayan. Bangunan pasar lama Batu 14 boleh dibangunkan semula sebagai pusat sukan dalam dewan. Pusat futsal pun baik juga.

Friday, May 8, 2009

Perak Fiasco : Was it worth it?

Siva dragged out of the hall

Hee Yit Fong got the position and attention she craved for today. Datuk Zambry Abdul Kadir received the guard-of-honour treatment he desired so much. And Barisan Nasional completed the sordid power grab in the state of Perak, earning the right to titles, perks and position but not what matters most to any government — legitimacy.

The three defectors (two who need some cover from serious corruption charges and one who was unhappy at being treated like a doormat by her comrades in the DAP) can enjoy their new-found status as kingmakers in the assembly.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and the BN can at last calm the nerves of members and supporters who were beginning to believe that the coalition had lost its ability to win at any cost.

But at what cost? Was the prize so valuable that it was worthwhile trampling on the image and standing of the country’s important institutions, the Federal Constitution and the sense of right and wrong?

Surely not. Even the most myopic BN supporter has to agree that achieving power through the backdoor has come at a great cost to the judiciary, monarchy and the police, not to mention the new leaders in Putrajaya who have been trying to erase the negativity surrounding Umno with the 1 Malaysia concept.

Impact on judiciary: It is a sad day that even before a court makes a decision, the public have discounted the impartiality of the panel. But this appears to be the case in Malaysia today. Such is the cynicism and scepticism here today that more attention is paid to the composition of the Federal Court than the legal arguments made in the Palace of Justice.

That is what happens when decisions by illustrious and respected judges on the doctrine of separation of powers is ignored. This is what happens when Article 72 of the Federal Constitution (which puts matters in the legislative assembly beyond the scrutiny of the courts) is treated like a footnote.

Constitutional monarchy: One single incident has turned one of Malaysia’s most beloved families into villains. Instead of dissolving the assembly at the urging of Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Sultan Azlan Shah of Perak decided otherwise — he asked Nizar to resign and installed BN as the new state government. By doing so, he refused to recognise that it is the right of Perakians to decide who represents them. He said recently that the Malay Rulers were above politics. Sadly, many Malaysians do not view the constitutional monarchy as honest brokers today.

Police: Crime appears to be spiralling out of control in Malaysia, snatch theft victims are dying on the streets (from Johor to Kelantan recently) and the men in blue seem more interested in enforcing a dress code and arresting social activists and politicians on lame-duck sedition charges. Really, the reputation of the Royal Malaysian Police takes a beating every time they forget that their duty is to serve the Malaysian public. But still they persist in acting in a manner which alienates the same people who are paying their salaries.

So was it worth it? Was taking power through the backdoor worth it? Only Malaysians can provide the answer to that question. They should do so at the ballot box at every opportunity between now and the next general election. Will the public still kept ignorance by the mainstreem media and assume nothing is happening...... OR BN is allways right?