Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini ternyata tidak mudah sungguhpun Peruntukan 152 Perlembagaan Persekutuan secara khusus mengangkat kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Semenjak kita mengecap kemerdekaan dari penjajahan Inggeris, hasrat terus membara untuk melihat Bahasa Melayu berada di persada serta berupaya menjadi bahasa pengucapan ilmu. Namun demikian hasrat dan cita-cita murni itu dikhianati oleh Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini ternyata tidak mudah sungguhpun Peruntukan 152 Perlembagaan Persekutuan secara khusus mengangkat kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Semenjak kita mengecap kemerdekaan dari penjajahan Inggeris, hasrat terus membara untuk melihat Bahasa Melayu berada di persada serta berupaya menjadi bahasa pengucapan ilmu. Namun demikian hasrat dan cita-cita murni itu dikhianati oleh pemimpin umno sendiri. Ini ketara sekali dengan kedegilan mereka yang meneruskan Dasar Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI).
Makanya saya terpanggil untuk menemui beberapa tokoh Gerakan Mansuhkan PPSMI, di antara lainnya Dato’ Hassan Ahmad, Sasterawan Negara A. Samad Said, Profesor Abdullah dan Ainon Mohd. Kami berbincang perihal kedudukan istimewa Bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Pendidikan Negara. Mustahak ditekankan bahawa GMP ini bukanlah satu pergerakan anti Bahasa Inggeris sebagaimana yang cuba digambarkan oleh sesegelintir.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment