Dalam prinsip keadilan seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Inilah prinsip yang perlu dipegang apabila mahkamah membuat keputusan. Mahkamah Tinggi telah membuat ketetapan bahawa YB Nizar adalah kekal Menteri Besar Perak sehingga terbukti beliau dipecat atau berhenti. Oleh kerana YB Nizar memenuhi kreteria tersebut yang mana beliau tidak pernah meletak jawatan atau tewas dalam undi tidak percaya maka kedudukan beliau masih kekal.
Keputusan Mahkamah Rayuan untuk menerima permohonan penangguhan keputusan dan mengekalkan YB Zamri sebagai Menteri Besar adalah luar biasa dan pelik. Ini bermakna permohonan YB Nizar tinggal permohonan dan keputusan akademik. Mahkamah Tinggi kini tidak lebih sebagai kuda tunggangan yang diperguna untuk menunjukkan bahawa institusi kehakiman telah pulih. Tetapi sebenarnya agenda yang lebih mereka utamakan adalah mengekakalkan kedudukan YB Zamri melalui Mahkamah Rayuan.
Kini yang kusut bertambah serabut. Bolehkah YB Zamri kekal sebagai MB sedangkan kedudukan itu telah dipertikai dimahkamah dan Mahkamah Tinggi memutuskan YB Nizar kekal. Keputusan yang lebih logik adalah YB Nizar kekal sehingga terbukti kerusi MB kosong. Selepas terbukti kerusi MB kosong barulah perlantikkan baru boleh dibuat. Kini Mahkamah Rayuan menambah batu beban. Gali satu lagi lubang untuk kambus lubang yang lain.
Lepas ni kita lihat siapa pula yang akan masuk lubang. Kita mohon agak YM Sultan mengakhiri episod serabut ini dengan segera. Pulangkan hak rakyat kepada rakyat. Hak memilih adalah hak rakyat bukan hak Mahkamah. Biarkanlah kes ini diadili di mahkamah rakyat... di meja pengundian. Bubarkan DUN dan buat pemilihan baru. Nak rugi sikit untung besar atau untung sekarung rugi satu guni?
Jangan bebankan rakyat dengan masalah politik. Banyak keputusan besar negeri gagal dibuat dan laksanakan gara-gara pertelingkahan jawatan MB. Siapa nak tandatangan kelulusan yang memerlukan MB sign. MB mana satu yang patut sign? Bubarkan DUN dan buka jalan baru untuk rakyat Perak. Ini tak masuk lagi isu speaker yang digulingkan baru-baru ini. Fikirkanlah.!

No comments:
Post a Comment