Sunday, May 10, 2009

Berita Bergambar Sekitar Pertandingan Futsal Bawah 18

Yuran RM 25 ringgit sebagai tanda komitment perserta pertandingan.
YB Dr Che Rosli yang sentiasa bersama masyarakat dan remaja bagi memenuhi keperluan semua golongan masyarakat.
Cenderahati dari pihak penganjur kepada YB.... Yang lain tu tumpang sekaki bukan senang nak bergambar dengan YB.Keputusan terakhir juara pertandingan Sri Puding yang menewaskan PKPJ FC dengan jaringan 3 -2. Semoga yang menang akan terus cemerlang yang kalah terus berusaha.
Juara pertandingan Sri Puding dengan hadiah, sijil serta wang tunai RM 300.
Kedua PKPJ FC dengan hadiah wang tunai RM200.
Ketiga Five-I dengan wang tunai RM100.
Keempat jua dapat hadiah dangan wang tunai RM100 serta bergambar dengan YB.
Posing sebelum berentap dipertandingan akhir.
YB test power. Patut boleh score... keeper tak nampak bola. Silau kasut YB kilat sangat.
Setia menanti walaupun panas terik.
'Tangkap lerrrr..... apa tengok saja.'
Aksi maut... tewas juga akhirnya. Setelah berhempas pulas menjaga gawang.
Dah gol ke?
Main dua beranak je ke?
Pemain merangkap penonton. Tiket percuma.
Kita orang OK. Walaupun bersara awal.
Kalah pun tak pa..... 'apa yang penting kerjasama'.... pesanan Wonder Pets.
Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak cuba lagi di masa-masa yang akan datang. Banyak lagi program-program yang diatur untuk belia bagi memastikan masa mereka dihabiskan dengan program-program yang bermanfaat.

Kepada penganjur mungkin selepas ini kita buat di dewan tertutup yang lebih selesa dan lebih grand serta hadiah lebih lumayan. Bangunan pasar lama Batu 14 boleh dibangunkan semula sebagai pusat sukan dalam dewan. Pusat futsal pun baik juga.

1 comment:

Saupi Azran bin Muhamad Tamjis said...

Sri Puding tu Batu 17 mari... kampung aku hahaha