Friday, May 29, 2009

Khair Toyo - Pejuang Tol Atau Pejuang Rakyat?

Inilah wajah seorang yang cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap. Selepas banyak Tol didirikan di Selangor kini hendak menghapuskan Tol pulak. Nak pacak Tol memang senang..... tetapi nak cabut tiang Tol bukan satu kerja mudah. Perjanjian telah dibuat dan kerja telah siap, kini hendak hapuskan tol pulak.

Dari satu sudut beliau betul, tetapi kenapa baru nak bercakap..... selepas tiada kuasa? Dimana beliau semasa penduduk Bandar Mahkota mintak 'Buka Jalan'?

___________________________________________________________________

10. Saya fikir keperluan mendesak ialah mengatasi masalah tol di Lebuh Raya Damansara-Puchong LDP), Lebuh Raya Bertingkat Ampang, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas). Saya mungkin tertinggal beberapa lebuh raya lain yang mungin juga perlu dipertimbangkan untuk penghapusan tol atau dikurangkan.

11. Lebuh raya-lebuh raya ini merupakan di kawasan yang berpenduduk padat dan perjalanan yang pendek dan terpaksa mengharungi kesesakan untuk membayar tol dan selepas membayar tol seperti di LDP. Malah kadang-kadang tol sendiri menjadi punca kesesakan.

12. Tol-tol seperti Kesas dan LDP ini juga dikenakan kadar yang tinggi tidak sesuai untuk kegunaan harian untuk bekerja. Anehnya, ada juga orang menggunakan lebuh raya ini secara percuma dan ada yang kena bayar bergantung di mana beliau tinggal.

13. Bukankah ini tidak adil kepada sebahagian orang? Ini juga bermakna mereka yang membayar di LDP dan Kesas turut membayar kepada sebahagian orang lain yang tidak melalui tol walaupun menggunakan lebuh raya yang sama.

http://www.drkhir.com/

No comments: