Monday, May 25, 2009

Feedback from our visitor

Terima kasih diatas pandangan dari para pengunjung. Maaf agak lambat membuat posting kerana urusan yang tidak dapat dielakkan. Saya amat mengalu-alukan segala pandangan insyallah sekiranya pandangan dan komen bersesuaian akan di'post'kan di blog ini. Kepada sesiapa yang ingin membuat komen atau pandangan boleh dialamatkan kepada saya jafrimdamin@gmail.com. Di sini post dari seorang pengunjung...
__________________

Saudara Jafri,

I have been waiting for your post on the latest update on the Perak MB issue.

I wanted to post a comment in the MTD Dun blog, but it does not allow Anon comment, and I am yet to have my own blog.

Personally, I think Ir Nizar should just back-off from this “mess” and hanky-panky. Mengalah bukan bererti kalah. But it is for the benefit of the Perak people. Meminjam kata Ustaz Rosli Mokhtar, orang Islam mesti berfikiran hebat untuk pergi lebih jauh dan bertahan. Kalau masing-masing dah berlagak macam orang gila talak (whatever that means), macam mana nak berfikiran waras apa tah lagi hebat.

Let that Pangkor guy be at the top of Perak DUN. First impression is important. You know what was the impression on him and his team. Rata-rata orang chop depa sama macam lanun atau yang setaraf dengannya, no matter what the Perak law stated. Pangkor guy ini akan cuba berbuat apa saja untuk menaik kan nama UBN di Perak. Bukankah ini satu manafaat kepada rakyat Perak. Kebajikan rakyat Perak akan dilihat. Banyak projek baru akan dibangunkan untuk manafaat rakyat Perak dan ….. mungkin juga konconyalah.

Ir Nizar dan lain sebagai pembangkang pergi kepada rakyat bertanyakan apa keperluan mereka dan bentangkan dalam sidang DUN. Takkan the Pangkor guy tidak mahu dengar apa yang pembangkang nak cakap. Easier said that done, but it is still worth a try. Setiap sesuatu itu ada sebabnya, hanya Allah yang tahu. Kita tidak tahu, apa yang bakal terjadi kalau Ir Nizar terus jadi MB. Mungkin PR memang sebenarnya belum bersedia untuk mentadbir Perak. Muhasabah diri. Apakah perancangan yang kita buat sebelum ini betul?

Sementara itu, susun lah strategi untuk pihanraya yang akan datang. Takkan nak doakan ada ADUN yang meninggal pulak untuk Pihanraya Kecil!

And I tell you those guys in PKR are mostly ex-UBN. If they were not sincere when they joined PKR, you may guess the steps these guys will take. Walaupun badan di dalam PKR, sifat-sifat UBN masih ada dalam diri. Do some cleansing to this kind of people ….

Good luck.

My personal opnion,

Rozi


1 comment:

Saupi Azran bin Muhamad Tamjis said...

Jarang dapat baca satu komentar panjang blog ini... apa pun baguslah dalam mengimarahkan blog ini.

Berbalik kepada komentar Sdr...

Tapi bagaimana pula pandangan sebuah gerakan Islam yang ditarbiyah untuk bergerak dan melaksanakan sesuatu berdasarkan keputusan Syura.

Saya percaya dalam konflik Perak Ir Nizar tidak syok sendiri untuk laksanakan segala tindakan. Boleh jadi ianya turut didorong oleh collective decision.

Kitakan maklum, memang perbuatan merampas kerajaan ini sudah acap kali berlaku sejak zaman 60an lagi. Namun yang menjadi kejutan ialah rampasan kali ini mendapat tentangan yang sangat sengit dan BeEnd tak mendapat laluan mudah.

Sdr perlu fikir dalam sudut lain mengalah itu perlu dan nampak baik, tapi kesabaran ada batasannya. Allah mengizinkan kita memerangi pihak yang menghalau kita dari 'kediaman' (Al-Haj 22:39)

Lawan untuk tunjuk kita bukan lemah dan lawan untuk hargai sokongan dan harapan rakyat yang sangat tinggi untuk Pakatan Rakyat memperjuangkan hak mereka. Pada sudut lain mengalah dan kita dianggap lembik dan bukan pejuang rakyat dengan membiarkan BeEnd merampas amanah rakyat.

Mengalah ini boleh Sdr, tapi biar bertempat dan berdasarkan keputusan bersama yang bersetuju untuk mengalah. Setakat ini tiada arahan pimpinan untuk kita mengalah maka lawan terus lawan sekadar kemampuan. Kita pun lawan cara kuasa terhad yang kita ada. Kita bukan sampai tahap melampau kerana kita percaya kitalah Gerakan dan Pakatan paling berdisilpin di negara ini. Kita juga masih ada hujjah kebenaran sebagai senjata ampuh kita kerana inilah modal kemenangan selain keizinan dari Allah berkat kerja kuat kita dan ketaqwaan tawakkal kita kepada Yang Maha Berkuasa. Akhlak dan penampilan pemimpin yang menarik minat rakyat. amsakan rakyat nak pilih PR sedangkan tiap2 hari ada dan sampai bila pun pemimpin Pembangkang ni berdosa dan jahaaaaaaaaaaat sahaja setiap masa.

Janganlah kita samakan orang gila talak itu dengan para pejuang rakyat dan pejuang islam tanahair ini. Rakyat insya Allah sudah matang untuk menilai, takkan lah kita cepat lupa apa jenis tuduhan yang dilempar kepada pendokong pakatan rakyat sebelum kemenangan PRU-12, namun rakyat tetap memilih PR walaupun tuduhan media tak berhenti siang dan malam meracuni rakyat. Rakyat yang sama mengundi dan menyumbang amanah kemenangan tak akan berundur kerana kepincangan BeEnd takkan mudah dilupakan.

Lawan dan lawan untuk mengejar Syahid menegak kebenaran agama Allah SWT...