Sedikit berita sejarah untuk renungan bersama. Ini adalah berikutan isu Chin Peng hendak kembali ke Malaysia. Ada yang menyokong dan ada yang menentang.
Seribu satu persoalan yang timbul.... Adakah Chin Peng telah mendapat pengampunan? Kalau ya kenapa dia tidak boleh kembali? Kalau tidak kenapa tidak kita benarkan dia kembali dan kita dakwa beliau sebagai penjenayah perang? Adakah Chin Peng menerima dan telah berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia sebagaimana termaktub dalam perjanjian damai Haadyai 1989?
___________________
Rundingan Damai Haadyai 1989
Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini mebawa kepada pembubaran dan perletakan senjara PKM.
Lokasi
Perjanjian damai bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden , Haadyai, selatan Thailand. Haadyai terletak berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand. Perjanjian itu ditandatanganijam 11.30 pagi waktu malaysia.
Seramai 400 perwakilan, pemerhati dan wartawan dari malaysia, Thailand dan seluruh dunia telah hadir. Hotel itu tidak terkawal ketat di bandar Haadyai, majlis tidak teratur, bising dan kelam-kabut dengan jurugambar dan para wartawan yang tidak lagi menghormati protokol tetapi berdiri membelakangi para tetamu kehormat yang sepatutnya menyaksikan peristiwa itu.
Majlis itu berderai dengan ketawa apabila seorang dua jurugambar jatuh tersungkur kerana pasu bunga yang dipijak oleh mereka untuk membuat sudut penggambaran menarik telah pecah dan memecahkan suasana yang sepatutnya hening dan tenang itu.
Sebab Perjanjian Damai berjaya
Pada 28 dan 29 Diember 1955 Rundingan Baling telah diadakan antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu.
Setelah empat kali kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand berunding dengan PKM akhirnya rundingan kelima berjaya diadakan .
Perjanjian Damai ini berjaya diadakan kerana ;
Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
Selepas perjanjian tersebut dimeterai :

- Situasi dunia yang tidak menyebelahi komunisme. Ekonomi Rusia selaku juara komunis telah tewas di Afghanistan.
- Di bawah presiden Rusia , Rusia mengamal dasar ekonomi terbuka yang menuju ke arah ekonomi kapitalis dan sistem demokrasi pada tahun 1989.
- Tembok Berlin antara Jerman Barat dan Jerman Timur telah runtuh. Tembok ini memisahkan Jerman Timur yang mengamalkan komunisme dan Jerman Barat yang mengamalkan demokrasi. Jerman Timur terlalu mundur berbanding dengan Jerman Barat. Akhirnya Jerman Barat dan Jerman Timur telah digabungkan dan diharapkan dapat menyaingi Amerika Syarikat.
- Negara China juga membuka pintunya kepada pelabur asing khususnya Amerika, Korea Selatan dan Jepun sejak Presiden Li Peng dan sebelum itu.
- 1997 Kerajaan British menyerahkan kembali Kepulauan Hong Kong kepada pemiliknya China pada tahun 1997. Hong Kong lebih maju daripada tanah besar China dan bukti bahawa sistem kapitalis dan demokrasi lebih berwibawa.
- Chin Peng . Rashid Maidin, Abdullah C.D , Chan Tien merasakan pemberontakan bersenjata tidak berfaedah lagi kerana Malaysia telah benar-benar merdeka dan pemimpinnya bukan boneka kerajaan British. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melaksanakan dasar ' Buy British Last'.
- Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
- Tan Sri Mohd. Hanif Omar - Ketua Polis Negara
- Jeneral Hashim Mohd Ali - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
- Jeneral Yodhana Yamphundi - Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4
- Jeneral Chavalit Yongchaiyudh =Pengarah Operasi Keselamatan
- Jeneral Sawaeng Therasawat - Ketua Pengarah Polis diraja Thailand.
- Chin Peng - Setiausaha Agung PKM
- Abdullah C.D - Pengerusi PKM
- Rashid Maidin - Komander Regimen ke-10
- Dato Megat Junid Megat Ayub - Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Ai Ying atau Zainon - isteri Chin Peng
- Chan Tien - Komander Regimen ke-12 PKM
Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
- PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
- Parti Komunis Malaya dibubarkan
- Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
- Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
- Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia
- Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
- Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
- Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
Selepas perjanjian tersebut dimeterai :
- Kira-kira 1188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
- Di hutan Malaysia - Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singaputa dan 2 bekas anggota tentera Jepun.
- terdapat 330 ahli PKM pulang ke tanahair
- Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.
No comments:
Post a Comment