Monday, August 10, 2009

Antara mempertahankan pendirian dan kedudukan.

Sejak memerintah negeri bersama Pakatan Rakyat (PR), PAS kerap berhadapan dengan cabaran yang memerlukan kepimpinan membuat keputusan terutama sekali bila melibatkan kepentingan umat dan agama. Terbaru adalah isu pejualan arak di premis umum di kawasan penempatan majoriti Malayu dan Islam.

PAS perlu membuat pendirian sama ada untuk mempertahankan agama atau kedudukan. Sekiranya PAS mempertahankan kedudukan maka ini bermakna PAS dan UMNO tiada bezanya. Tetapi sekiranya PAS mempertahankan agama bermakna PAS perlu bersedia mufarakah dari kerajaan PR negeri Selangor. Sebagaimana DAP di Kedah yang membuat keputusan untuk tidak bersama PAS apabila kerajaan Kedah membuat keputusan untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Alor Star. Yang kita lihat akhirnya PAS mengalah kepada tuntutan DAP dan DAP kembali bersama dengan kerajaan Kedah. Kenapa PAS takut untuk menyatakan pendirian mereka di Selangor?

Bukan kita minta atau mengundang perpecahan di dalam PR, tetapi rakan pakatan perlu belajar mengormati antara satu sama lain. Saya yakin DAP atau Keadilan akhirnya akan akur dengan tuntutan PAS. Bukannya mereka tidak tahu arak itu haram bagi umat Islam. Bahkan yang lebih utama lagi tiada bangsa atau agama di dalam dunia ini yang mewajibkan minum arak. Sekiranya arak itu wajib nescaya tiada undang-undang yang melarang pengambilan arak kepada remaja di bawah umur. Bahkan Islam meletakkan arak ini sebagai ibu segala maksiat. Apabila sudah minum arak, lain-lain maksiat adalah mudah baginya.

Dalam kesempatan ini jugalah PAS perlu memperjelaskan pendirian PAS dalam urusan jualbeli arak ini. Beberapa pertimbangan perlu dilaksanakan bagi menjaga kemaslahatan umat Islam antaranya:

  1. Orang Islam tidak boleh membeli, menjual dan terlibat dalam urusniaga jual beli arak.
  2. Orang Islam tidak boleh terlibat dalam menguruskan bahagian yang melibatkan arak.
  3. Orang Islam tidak boleh berkerja di permis yang menghidangkan arak.

Selain daripada itu penjualan arak perlu dibuat di permis khusus sebagaimana penjualan babi di pasar raya. Kita melihat bahawa pasar raya tidak meletakkan beer sebagai arak kerana ia tidak perlu dijual di kaunter khas arak. Kini kerajaan PR perlu menjelaskan dan membuat garispanduan yang lebih jelas mengenai arak bagi memastikan penduduk majoriti di Selangor tidak tertakluk dengan undang-undang yang menekan kaum majoriti. Ini bukan negara apartide. Sekiranya rakan didalam PR tidak mahu menghormati sensitiviti agama dan adat orang Melayu dan Islam maka PAS tidak diperlukan berada di dalam PR.

Semalam Najib mengulas bahawa isu arak di Selangor menampakkan perbezaan jelas pendirian PAS dan PR di Selangor. Ulasan Najib ini mengesahkan bahawa pendirian UMNO dan BN adalah sama dalam issue arak iaitu arak BOLEH menurut UMNO. Maka tidak hairanlah industri arak berkembang subur di Selangor selama lebih 50 tahun selepas merdeka. Ini tidak termasuk isu Penerbangan Malaysia (MAS) yang masih menghidangkan arak kepada penerbangan antarabangsa. Apa yang menyedihkan mereka yang menghidangkan arak adalah anak-anak orang Melayu dan anak orang Islam.

Oleh itu PAS perlu membuat pendirian yang lain dan ianya perlu jelas dan selaras dengan kehendak Islam sebagai yang diikrarkan oleh seluruh umat Islam dan pendokong PAS. PAS perlu membuat pendirian bahawa mempertahankan tuntutan agama itu lebih utama dan tinggi dari mempertahankan kerusi exco. Biarlah PAS berjuang seumur hidup sebagai pembangkang daripada mempertahankan dasar yang bercanggah dengan Islam. Itulah yang membezakan antara PAS dan UMNO.

2 comments:

Unknown said...

Bebaskan Arak Dari selangor

Saupi Azran bin Muhamad Tamjis said...

13 tahun Nabi bentuk akidah sahabat di Mekah sebelum mereka berhijrah.. dan dalam tempoh selepas itu arak diharamkan secara berperingkat sehingga tiba kepada pengharaman mutlak.. maka sahabat2 yang telah teguh iman dan penyerahan mereka kepada Allah redha dan terima sebagai tanda ketaqwaan kpd Allah.. ada di antara mereka yang memecahkan tong2 Arak sehingga mengalirlah arak2 di laluan air bandar Madinah..

Apa yang Nabi buat iAllah mampu diulang semula oleh para pengikut Nabi ni sepertimana berjayanya Solahuddin Ayub mbebaskan Palestin..

Maka jika kita sabar dan istiqamah, tak mustahil PAS mampu ulangi sejarah hebat umat Islam zaman dulu di S'ngor ini...

cuma masa tu, tak pastilah Carlsberg di Pj tu akan mengalirkan arak2nya ke mana hehehe...

Allahua'lam...