Friday, August 7, 2009

Tujuh wasiat raja-raja Melayu

Sempena Jumaat yang mulia ini marilah kita renungkan titah Raja Muda Perak Dr Nazrin dibawah. Mari kita baca disebalik kata-katanya... bukan berniat untuk perkauman tetapi sekadar memperingatkan hak kita kalau ada lagi yang masih tidak tahu:
  1. Hilangnya nama Tanah Melayu dan digantikan dengan Malaysia.
  2. Kita tak boleh serah milik gunung-ganang, tasik dan hutan simpan kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Yang lainnya mestilah dibahagi dua 50% hak Melayu dan 50% lain-lain bangsa. Di Semenanjung Malaysia ni tanah rizab orang Melayu berapa peratus yang tinggal?
  3. Askar Melayu untuk melindungi hak dan keamanan orang Melayu.
  4. Hak raja-raja yang memerintah masih lagi kekal tetapi bagaimana kuasanya? Kini di bawah pemerintah PR barulah kita melihat kuasa Raja. Di bawah BN ,Raja kena ikut cakap BN.
  5. Islam agama persekutuan tetapi tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya. Pendidikkan agama Islam juga tidak menyeluruh dari segi tempoh masa diperuntukkan dan matapelajaran.
  6. Bahasa Melayu?...... PPSMI? Sejauhmana penggunaan bahasa Melayu ini dimartabatkan? Dalam pentadbiran kerajaan, pendidikkan, institusi separa kerajaan, GLC dll?
  7. Kepada Raja-Raja kami mohon untuk melindungi hak-hak orang Melayu...... Sekiranya Raja-Raja masih ada lagi suara.
Marilah kita semak semula 7 wasiat tersebut..... Masih adakah lagi yang tinggal untuk orang Melayu. Ini hak kita yang telah dipersetujui..... Kita boleh dan perlu menuntut semula hak kita sebelum nasi menjadi bubur.

'Mempertahankan hak dan harta juga jihad'

Wassalam.
_____________________
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

  • Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

No comments: