Wednesday, August 5, 2009

PAS gesa haramkan arak di Selangor

PAS perlukan sokongan bukan dikritik sepanjang masa.

Apabila PAS dalam keadaan lemah, UMNO selalu kecam PAS. Apabila PAS bergabung dalam PR dan PR memerintah negeri UMNO kata PAS boneka dan diperalatkan. Apabila PAS mendapat sokongan dalam PRK, UMNO kata rakyat bersekongkol dengan PAS menghakis hak, keistimewaan dan suara Melayu. Tetapi apabila PAS bersuara untuk mempertahankan hak Melayu dan Islam di mana UMNO?.... Siapa yang menyokong PAS?

Kenapa tiada suara sokongan dari UMNO diatas tindakkan PAS menghalang penjualan arak secara terbuka di kawan majoriti Melayu atau Islam? Bukan setakat menghalang penjualan, PAS juga mendesak supaya Ronnie tidak menganggu proses tersebut. Adakah UMNO mengeluarkan kenyataan menyokong tindakkan PAS?

Kini kita melihat politik UMNO sebenarnya semakin tidak objektif. Mereka bersifat lebih kepada keuntungan politik semata-mata dan bukannya menjaga kepentingan Melayu atau Islam. Sampai bila kita mahu melihat politik Melayu menjadi seperti ini? Orang Melayu selalu mempertikaikan ketidakupayaan PAS dalam memperjuangkan suara Melayu dan Islam dalam kerajaan PR, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak menyokong PAS. Mana mungkin dalam sistem demokrasi (dibaca majoriti walaupun satu undi) dan orang yang sedikit kerusinya menjadi penguasa (melainkan kes MB Perak DS Ir Nizar).

Oleh itu sekiranya orang Melayu ingin melihat PAS menjadi kuat, berkuasa sudah sampai masanya seluruh orang Melayu memberi sokongan kepada PAS. Sekiranya PAS mendapat sokongan seperti UMNO, saya yakin insyallah suara PAS akan sekuat UMNO didalam BN. Tetapi sekiranya Melayu memilih UMNO dan PR memerintah jangan salahkan PAS sekiranya suara Melayu dan Islam tidak didengari oleh kerajaan PR.

Fikir-fikirkanlah..............
___________________
PAS Selangor mendesak kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu melaksanakan dasar mengharamkan penjualan alkohol di semua kawasan bermajoriti Islam.

Dalam sidang media hari ini, Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali berkata pengharaman itu melibatkan Muslim sahaja tidak tidak mencanggahi hak bukan Islam untuk mengambil arak.

Ditanya sama ada cadangan itu adil kepada bukan Islam yang tinggal di kawasan majoriti Muslim, ADUN Gombak Setia berkata mereka terpaksa bergerak untuk membeli minuman itu.

Hassan juga menggesa kerajaan negeri menukar portfolio exco negeri Ronnie Liu, daripada DAP, yang didakwa "campur tangan dalam hal-ehwal Islam", portfolio yang disadang tokoh PAS itu.

Tambahnya, Liu yang mengawasi perjalanan pihak berkuasa tempatan tidak memahami larangan itu dan telah terkeluar daripada bidang kuasa yang diperuntukan bawah jagaannya.

No comments: