Wednesday, March 28, 2012

Benarkah Grand Saga Tutup Tol?... Atau Penstrukturan Tol? - Najib 'Bohong' Lagi...

Pengurangan separuh bayaran tol untuk Lebuhraya Cheras-Kajang membabitkan bayaran PAMPASAN RM120.55 juta oleh kerajaan dan LANJUTAN 15 tahun tempoh perjanjian konsesi.

Ini didedahkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor di Parlimen semalam ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Menteri itu juga berkata syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd telah bersetuju untuk tidak menaikkan bayaran tol bagi tempoh tiga tahun yang akan datang. Berikutan itu, Grand Saga akan dibenarkan mengutip tol sehingga tahun 2045.

Sebagai tambahan kepada pemotongan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan pemansuhan kutipan tol di dua pondok tol di sepanjang lebuh raya itu pada 1 Mac lalu.
Ketika ditemui kemudiannya, Teo berkata lanjutan tempoh perjanjian konsesi itu tidak boleh dijustifikasikan kerana Grand Saga telah memperolehi keuntungan lumayan daripada kutipan tol sejak 1999.

Katanya, sementara lebuh raya dibina pada kos RM282 juta - dan kos penyelenggaraan sehingga 2010 adalah RM147.31 juta - ia adalah satu jumlah yang remeh berbanding dengan lebih RM870 juta kutipan tol dan pampasan kerajaan setakat ini.

Nota : Dulu kena bayar satu hari RM3.80 sehingga tahun 2030... Kini bayar bayar RM1.90 hingga 2045 ditambah pampasan RM120.55 juta. Ini refinance aka re-tol bukannya tutup tol.

KJ Jadi Pengerusi PUNB?

Kalau keluarga Kak Jat beli Kondo pakai duit NFC dikatakan oleh KJ satu pelaburan yang baik.... Apa agak-agaknya akan dilakukan oleh KJ di PUNB?

KUALA LUMPUR, March 27 — Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin has been officially named as Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) chairman, effective April 1. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak chaired the Yayasan Pelaburan Bumiputera’s Board of Trustees' meeting on March 8, where the decision was made PUNB’s statement to Bernama.

Friday, March 23, 2012

Lima Isu Perlu Selesai Punca PRU Yang Dijangka Jun Diperlengahkan

KUALA LUMPUR,  23 Mac - Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan lima isu yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan sokongan untuk pilihan raya yang mana menurut sumber kerajaan mungkin akan dilaksanakan pada Jun.

Difahamkan lima isu tersebut adalah Pusat Fidlot Nasional (NFC), semakan semula pendapatan kakitangan awam, pertukaran saham Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) - Air Asia, kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, dan penyenaraian saham FELDA, FELDA Global Venture Holdings (FGVH).

Kaji selidik yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan 10 peratus rating Najib kepada 69 peratus kerana penambah baikan ekonomi dan juga pemberian wang tunai RM500 kepada rakyat berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Kajian Merdeka Centre menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri daripada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM1,500 sebulan adalah sebanyak 78 peratus dengan empat perilima India, dan 74 peratus Melayu menyukai Najib.

Ini menunjukkan bahawa jika rakyat susah UmNo untung. Bila rakyat kaya UmNo menderita. Bila rakyat senang UmNo tak mampu merasuah rakyat dan bila rakyat kaya rakyat tidak hairan dengan UmNo.

Populariti Presiden Umno itu menurun sejak mencapai tahap tertinggi 72 peratus pada May 2010, menurun kepada 69 peratus pada November tahun yang sama sebelum terus menurun kepada 59 peratus pada Ogos 2011.

Ekonomi Malaysia telah pulih daripada kemelesetan pada 2009 kepada kenaikan 7.2 peratus pada 2010 kembali perlahan pada tahun lepas kepada 5.1 peratus. Bank Negara pula menjangkakan kadar kenaikan akan berada pada tahap 4.5 kepada 5 peratus tahun ini. MI.

Amanat TG Hj Hadi

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UmNo, bukan kerana nama dia UmNo. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Nota : Baca dengan ilmu dan hati yang terbuka.... bukannya jiwa yang penuh dengan permusuhan dan kebencian.

Datuk Kamilia Ibrahim vs Datuk Seri Shahrizat

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua UmNo) bagi mengekalkan “kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh (tempoh expired) senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita UmNo dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu “yang salah dari segi moral dan politik” berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.

“Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.

Terbaru... Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.

Semua ketua Wanita negeri  - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita UmNo termasuk di peringkat negeri.

Wanita UmNo Selangor menolak gesaan supaya ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur daripada memimpin pergerakan itu kerana ia bertentangan dengan seruan Presiden UmNo, Datuk Seri Najib Razak yang mahu mereka berdiri teguh di belakangnya.

Ketuanya, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah mendedahkan bahawa seruan itu dibuat oleh presiden Umno itu dalam pertemuan bersama exco Wanita UmNo di Putrajaya Jumaat lalu.

Pencapaian negeri Pakatan menjadi ketakutan Najib

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pencapaian tiga negeri yang diperintah Pakatan membuktikan kepada rakyat bahawa hidup mereka lebih baik tanpa Umno, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

"Tiga negeri teratas yang mendapat pelaburan langsung asing (FDI) paling tinggi ialah negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan.

"Hanya dalam satu penggal, kerajaan-kerajaan Pakatan boleh mencapai perkara-perkara baik itu yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana negeri yang dipimpin Barisan Nasional (BN) adalah satu testimoni yang tidak boleh dipertikai bahawa orang-orang Pakatan lebih berbakat.

"Itulah yang paling ditakuti oleh Umno dan BN serta Presiden Umno," kata bekas Adun Pulau Manis itu.

Negeri-negeri yang dilaporkan menerima FDI tertinggi itu ialah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Menurut Ariff, rakyat semakin sedar bahawa hidup tanpa Umno adalah lebih baik.

"Hakikatnya hidup tanpa Umno adalah lebih baik lagi. Beritahu kawan-kawan, jiran-jiran anda perkara ini - mari kita usir kegilaan pemerintahan pencuri-pencuri dari Putrajaya dan membentuk masa hadapan yang baru.

"Mari jadikan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai ketua pembangkang. Kita akan lihat beliau adalah harimau kertas yang tanpa teks yang ditulis terlebih dahulu tidak boleh menjawab soalan-soalan yang tidak dipersetujui terlebih dahulu," katanya dalam tulisan blognya yang bertajuk "Get real Mr Prime Minister!"

Selepas media-media pro-Umno mendakwa bahawa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menjangka keputusan yang baik untuk BN dalam pilihan raya akan datang, Ariff merasa lega apabila akhirnya dilaporkan bahawa Daim sebenarnya menjangka hanya tiga negeri sahaja selamat untuk BN. Negeri-negeri tersebut ialah Johor, Melaka dan Pahang.

Ariff berkata, beliau menemui sumber yang tersangat rapat dengan Daim hampir setiap bulan sedangkan Utusan Malaysia yang membuat dakwaan bahawa Daim menjangka keputusan yang baik untuk BN hanya bertemu dengan bekas Menteri Kewangan itu hanya sekali dalam setahun.

"Anda nilailah sendiri pemerhatian siapa yang lebih absah," kata beliau yang sebelum itu terlebih dahulu melaporkan dalam blognya bahawa Daim hanya menjangkakan tiga negeri tersebut sahaja yang selamat untuk BN.

Ariff seterusnya menceritakan, sumber yang sangat dekat dengan Daim itu juga memberitahu bahawa BN boleh kalah sehingga 16 kerusi di Sarawak dan sehingga 12 kerusi Parlimen di Sabah. Selain tiga negeri tersebut, kesemua negeri lain di Semenanjung adalah medan yang sukar bagi BN.

"Mereka bolehlah bercakap besar, apabila mereka turun ke medan nanti, mereka akan mendapat sambutan yang sangat asing kepada mereka," kata Ariff yang kini menyertai DAP.

Beliau memberitahu, sumber yang dekat dengan Daim itu juga menyifatkan era membeli undi untuk menang sudah berakhir. Hari ini, kata sumber itu, rakyat bertanya ke arah mana negara ini dibawa?

"Selama lebih 50 tahun, anda (Umno) kehilangan arah anda. Bagaimana kami boleh percaya bahawa anda tahu ke mana hendak dituju?" kata Ariff. HD.

Wednesday, March 21, 2012

Jangan Salahkan Guru Atas Masalah Disiplin Pelajar

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Disiplin pelajar sekolah semakin merosot hari ini apabila para guru tidak berupaya membentuk disiplin mereka kerana dihadkan oleh Kementerian Pelajaran.

Ahli Parlimen Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) berkata, guru tidak mempunyai kuasa untuk mendenda atau menghukum pelajar walapun mereka melakukan kesalahan.

"Banyak perkara guru tidak boleh tunaikan atau denda pelajar hatta menyuruh mereka berdiri lama dalam bilik darjah, tarik rambut, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, jerkah atau jeling pun tidak boleh,"katanya dalam perbahasan menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, peraturan melarang guru bertindak sedemikian ini dikemukakan oleh kementerian.

Sepatutnya, kata Firdaus, kementerian perlu mendapat pandangan daripada guru-guru bagaimana tindakan yang perlu dilakukan untuk mengawal disiplin pelajar.

"Apa pendekatan baru untuk mengawal disiplin pelajar? Bukannya terus mengeluarkan peraturan itu, akhirnya guru tidak mampu membentuk disiplin anak-anak," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengakui disiplin pelajar merosot ekoran kerajaan menukar Kementerian Pendidikan kepada Pelajaran.

"Dahulu kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pendidikan oleh kerana dasar BN ubah jadi Kementerian Pelajaran, akhirnya guru dihadkan mengajar sahajalah,"katanya.

Katanya, perbezaan ini menyebabkan dasar itu berubah jadi guru-guru bukan mendidik tetapi guru-guru mengajar.

Tuesday, March 20, 2012

Sedangkan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir Pun Keluar UmNo...


Pengumuman veteran UmNo Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir untuk keluar parti yang dianggotainya lebih 56 tahun semalam sekali lagi mengesahkan bahawa UmNo kini sedang menanti ajal.

Abdul Kadir tetap dengan pendiriannya dan mempertahankan dakwaannya bahawa sememangnya UmNo membeli undi masa pilihanraya umum dahulu sehingga akhirnya beliau memilih keluar dari UmNo.

Dakwaan Tan Sri Kadir juga membuktikan bahawa UmNo adalah parti yang korup. Pemimpin mereka sanggup membelanjakan berjuta-juta duit rakyat hanya semata-mata mahu mengekalkan survival mereka.

Mereka tidak kisah jika negara menjadi muflis, rakyat papa kedana, negara menangggung hutang yang berbilion ringgit hanya kerana mereka mahu menang dalam pilihanraya.

Kami menyeru kepada pemimpin-pemin UmNo yang mempunyai integriti yang tinggi dan cekal untuk berhijrah dan bersama Pakatan Rakyat dan membina sebuah kerajaan yang bersih dan adil.

RM1,000.00 Untuk Mangsa Banjir


SHAH ALAM, 19 MAC : Kerajaan Selangor telah memperuntukkan sejumlah dana bagi membaiki prasarana seperti jambatan dan jalanraya yang rosak di dalam banjir yang melanda beberapa kawasan di Hulu Langat dan Lembah Jaya kira-kira dua minggu lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerja-kerja baikpulih tersebut dijangka mengambil masa sebulan dan akan dimulakan dalam waktu terdekat melalui peruntukan geran Selangorku .

Beliau berkata, usaha membaikpulih itu akan dilakukan oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang mempunyai kepakaran dari segi pembinaan dan khidmat teknikal.

“Kerajaan negeri akan meminta syarikat GLC yang memiliki kepakaran dari segi pembinaan untuk memberi khidmat teknikal dengan melukis pelan dan sebagainya bagi urusan baikpulih prasarana di kawasan itu selain turut meminta kerjasama daripada penduduk setempat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memantau pembinaan tersebut.

“Saya percaya dengan cara ini, semua pihak akan dapat memahami masalah hasil daripada perancangan bandar dan dengan itu masyarakat bersedia menerima cadangan supaya rizab sungai dapat diusahakan untuk mengelakkan banjir,” tegasnya.

Selain itu, menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri juga akan membina kolam takungan sebagai satu cara untuk mengurangkan masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan itu.

Beliau berkata, projek tersebut akan dikendalikan oleh dua Exco Selangor iaitu Rodziah Ismail dan Iskandar Abdul Samad.

“Kita akan terus memberikan sokongan kepada keluarga mangsa banjir dan telah meningkatkan wang tambahan supaya setiap keluarga menerima bantuan sejumlah RM1,000 sebagai kegunaan untuk menghadapi keadaan yang sukar ini,” katanya.

Dalam kejadian banjir yang berlaku pada 8 Mac lalu, lebih 700 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat selepas hujan lebat yang berlarutan selama empat jam.

Monday, March 19, 2012

Majlis Penutup Program Semarak Hijau

Penyelaras DUN Saudara Mohamad Jan Sulong dengan memulakan bicara dengan memberi ingatan tentang musibah yang baru menimpa kejiranan yang menenggelamkan sebahagian besar penduduk tebing Sungai Langat. Dalam keterbatasan sumber dan dana PAS dengan bantuan Unit Amal dan sukarelawan mampu memberi bantuan seawal malam kejadian. Bantuan yang diberikan menyeluruh tanpa mengira parti, bangsa dan agama. Hatta rumah penyokong kuat UmNo juga dibantu. Menyebabkan ramai yang selama ini menjadi penyokong tegar UmNo mula membuka mata. Ada yang telah menghantar borang ahli PAS dan tidak kurang juga yang menyatakan sokongannya.
Walaupun baru 4 tahun sudah banyak yang kita dapati.... bagaimana kalau 10 tahun... Pastinya rakyat akan mendapat manfaat yang lebih banyak lagi.

Ust Ashari Lateh mengingatkan kita tentang tanggungjawab kita lahir di dunia ini sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah. Kita diamanahkan untuk menegakkan agama dan mentadbir dunia ini dengan agama. Islam telah meletakkan garis panduan hidup di dunia ini serta hukum halal dan haramnya. Ianya perlu difahami dan dilaksanakan.
YB Dr Che Rosli Che Mat dalam ucapannya menyebut sumbangan kerajaan negeri Selangor dalam memartabatkan sistem pendidikan Islam di negeri ini. Ini termasuklah menaikkan elaun guru-guru KAFA dari RM650 kepada RM1,300. Insyallah ianya akan dinaikkan lagi kepada RM1,500 selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang menetapkan gaji minima RM1,500. Sumbangan kepada sekolah agama rakyat, air percuma dan lain-lain program merakyatkan ekonomi negeri Selangor yang berjumlah RM700 juta. Ini semua tidak kita kecapi semasa pemerintahan kerajaan UmNo BN selama lebih 54 tahun.

YB Ir Khalid Samad banyak menyentuh tuduhan Datuk Hasan Ali yang kini bersungguh-sungguh memburuk-burukkan PAS dan dirinya. Kalau nak melayan Parti Beras Kampit ini sampai bila pun masalah tidak akan selesai. Kecenderungan ketuanya ingin menjadi MB dan pengkhianatan kepada PAS menyebabkan beliau sendiri semakin dibenci. Walaupun telah diberi palbagai ruang dan peluang termasuklah debat terbuka yang dianjurkan oleh Sinar Harian namun beliau lebih suka mengadakan jelajah bagi memburuk-burukkan PAS yang telah memberi perluang kepadanya sebagai MP, ADUN dan Exco Kerajaan Negeri. Siapakah yang menajanya sehingga mampu berbelanja besar untuk mengadakan roadshow sedemikian rupa? Yang pasti UmNo adalah orang yang mendapat manfaat besar terhadap usahanya.


Majlis penyerahan borang penyerahan borang kemasukkan PAS oleh wakil Puteri UmNo seramai 28 orang yang meninggalkan UmNo setelah melihat PAS lebih terbuka dalam memberi khidmat kepada rakyat dan mampu menggantikan UmNo.

Mudah-mudahan Allah memberi rahmat dan kekuatan kepada beliau dan rakan-rakannya. Pesanan kami jangan tinggalkan majlis ilmu dan tingkatkan amalan. Semoga Allah memudahkan urusan hidup kita di dunia dan akhirat. Ingatlah bila kita bersama perjuangan Islam ini cabarannya amat hebat. Inilah fitrah perjuangan. Zaman jahiliyah dahulu ramai orang cenderung menyokong Abu Lahab sebab banyak kemudahan dan kesenangan yang diperolehi... Sedangkann pengikut Nabi ditekan, dipulau, dihina dan pelbagai kesukaran yang dihadapi... Selamat berjuang diucapkan.


Friday, March 16, 2012

Bicara Santai bersama Aishah Janji Manismu

Jabatan P/raya PAS DUN Dusun Tua (JPrD Dusun Tua) memulakan program Semarak Hijau DUN Dusun Tua selama 3 hari bermula 16-18 Mac 2012 ini awal pagi Jumaat 16hb Mac ini dengan program Bicara Santai bersama penyanyi terkenal Aishah dan Ustaz Syakirin Husin pimpinan Ulama PAS Hulu Langat.

Program berjalan lancar dan menjadi sejarah apabila berjaya diadakan di kawasan umum berhampiran tapak pasar pagi Jumaat Pekan Batu 14 Hulu Langat.

Banyak nasihat dan kupasan isu semasa demi memuhasah segala permasalahan dan gejala masyarakat yang melanda hari ini kesan dari meninggalkan syariat Allah. Saranan kedua-dua panel agar kembali kepada seruan Islam agar semuanya dipimpin oleh Hidayah Allah.

Kehadiran dan sambutan untuk percubaan awal ini pada pandangan penulis agak baik dan boleh diperbaiki bagi penganjuran seterusnya. Turut hadir memeriahkan, YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan pimpinan setempat. Kepada para petugas syukran diucapkan dan tahniah juga kepada Urusan Ulama Jab P/Raya PAS Kawasan atas mujahadah melaksana dakwah di medan umum terbuka demi mendekatkan lagi mesej Islam kepada rakyat jelata.

Wednesday, March 14, 2012

Ziarah mangsa banjir Hulu Langat oleh Presiden PAS

Sekitar ziarah Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Hulu Langat untuk bertemu mangsa banjir di sini di samping memberikan sumbangan kepada mereka yang terlibat.

Tuan Guru tiba kira-kira jam 4.00 petang semalam Selasa 13 Mac 2012 setelah selesai menziarahi mangsa banjir di kawasan Ampang. Tuan Guru hadir bersama rombongan pengiring meninjau sekitar kawasan Kampung Sungai Sop Batu 14, Kampung Sungai Semungkis dan Sungai Serai. Ziarah berakhir di Masjid Sungai Serai yang dinaiki air hampir 6 kaki itu untuk mendirikan solat Asar berjemaah. Seterusnya Tuan Guru sempat mengadakan sidang akhbar di sana dan sekaligus melancarkan tabung prihatin banjir.

Turut mengiringi rombongan ziarah YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi, pimpinan PAS Selangor Sdr Khairuddin Othman S/usaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Ketua Muslimat PAS Selangor dan Ustazah Mariam Lajnah Kebajikan PAS Selangor.

Pimpinan tempatan yang turut serta, YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Sdr Mohamad Jan Sulong Penyelaras DUN Dusun Tua, Tuan Haji Razaly Hasan YDP PAS Kawasan Hulu Langat serta pimpinan PKR DUN Dusun Tua.

Tahniah : Datuk Malek Noor dan Isterinya Dr Wan Asma


Turut hadir dan meraikan majlis TG Nik Abdul Aziz.

Musibah Datang Dan Pergi Namun Kita Kekal Disini




Tuesday, March 13, 2012

Monday, March 12, 2012

Tsunami Langat Part 3

Mampukah gambar menceritakan segalanya....?


Gambaran betapa besarnya kemusnahan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk Langat akibat banjir besar baru-baru ini tak mampu disampaikan secara berkesan oleh media. Jumlah yang sedikit digambarkan menyebabkan bantuan lambat tiba dan ada yang tidak tiba langsung. Mungkin tiada yang mati menyebabkan orang menyangka tragedi ini kecil sahaja.

Kemusnahan yang menyeluruh dari Pangson hingga Batu 9 Langat hingga menyebabkan ada yang keluar menyelamatkan diri hanya memakai tuala mandi dan berdiri dari 10 malam hingga pagi sambil menunggu air surut. Sebahagian besar penduduk menunggu di rumah jiran dan sekitarnya kerana mereka tahu banjir ini adalah banjir kilat dan mereka enggan duduk di pusat pemindahan banjir.


Ini antara punca kenapa bantuan lambat tiba dan 'sense of urgency' tak ada. Sedangkan puluhan ribu penduduk terlibat dan ribuan rumah digenangi banjir.

Semua orang menyalahkan pengendali empangan yang melepaskan air dalam kuantiti yang banyak sekali gus menyebabkan kenaikkan air yang mendadak hingga menyebabkan sebahagian besar tidak sempat menyelamatkan harta benda.

Kekecewaan tergambar diwajah mangsa-mangsa banjir kerana bantuan yang diharapkan tidak muncul tiba. PAS dengan jentera yang terhad dan Unit Amal berkerja siang dan malam untuk membantu mangsa banjir, membersihkan rumah, masjid surau, menghantar makanan, pakaian terpakai, air dan lain-lain bekalan yang ada dan mampu disediakan. Dengan dana yang amat terhad inilah kami mampu meredakan perasaan penduduk.

Mana pergi MPKj, JPS, JKR, PGA, Syabas dan semua jentera kerajaan yang berbondong-bondong Najib datang langat dulu? Orang kampung perlu lori untuk angkat sampah, orang kampung perlu air untuk cuci rumah, orang kampung perlu waterjet untuk sembur lumpur yang melekat, orang kampung perlu tenaga.... Kalau ada demo pandai hantai beribu-ribu anggota dan lori untuk angkut penunjuk perasaan... Kini orang kampung ditimpa bencana haram batang hidung pun tak nampak.