Gambaran betapa besarnya kemusnahan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk Langat akibat banjir besar baru-baru ini tak mampu disampaikan secara berkesan oleh media. Jumlah yang sedikit digambarkan menyebabkan bantuan lambat tiba dan ada yang tidak tiba langsung. Mungkin tiada yang mati menyebabkan orang menyangka tragedi ini kecil sahaja.
Kemusnahan yang menyeluruh dari Pangson hingga Batu 9 Langat hingga menyebabkan ada yang keluar menyelamatkan diri hanya memakai tuala mandi dan berdiri dari 10 malam hingga pagi sambil menunggu air surut. Sebahagian besar penduduk menunggu di rumah jiran dan sekitarnya kerana mereka tahu banjir ini adalah banjir kilat dan mereka enggan duduk di pusat pemindahan banjir.
Ini antara punca kenapa bantuan lambat tiba dan 'sense of urgency' tak ada. Sedangkan puluhan ribu penduduk terlibat dan ribuan rumah digenangi banjir.
Semua orang menyalahkan pengendali empangan yang melepaskan air dalam kuantiti yang banyak sekali gus menyebabkan kenaikkan air yang mendadak hingga menyebabkan sebahagian besar tidak sempat menyelamatkan harta benda.
Kekecewaan tergambar diwajah mangsa-mangsa banjir kerana bantuan yang diharapkan tidak muncul tiba. PAS dengan jentera yang terhad dan Unit Amal berkerja siang dan malam untuk membantu mangsa banjir, membersihkan rumah, masjid surau, menghantar makanan, pakaian terpakai, air dan lain-lain bekalan yang ada dan mampu disediakan. Dengan dana yang amat terhad inilah kami mampu meredakan perasaan penduduk.
Mana pergi MPKj, JPS, JKR, PGA, Syabas dan semua jentera kerajaan yang berbondong-bondong Najib datang langat dulu? Orang kampung perlu lori untuk angkat sampah, orang kampung perlu air untuk cuci rumah, orang kampung perlu waterjet untuk sembur lumpur yang melekat, orang kampung perlu tenaga.... Kalau ada demo pandai hantai beribu-ribu anggota dan lori untuk angkut penunjuk perasaan... Kini orang kampung ditimpa bencana haram batang hidung pun tak nampak.
No comments:
Post a Comment