Monday, March 19, 2012

Majlis Penutup Program Semarak Hijau

Penyelaras DUN Saudara Mohamad Jan Sulong dengan memulakan bicara dengan memberi ingatan tentang musibah yang baru menimpa kejiranan yang menenggelamkan sebahagian besar penduduk tebing Sungai Langat. Dalam keterbatasan sumber dan dana PAS dengan bantuan Unit Amal dan sukarelawan mampu memberi bantuan seawal malam kejadian. Bantuan yang diberikan menyeluruh tanpa mengira parti, bangsa dan agama. Hatta rumah penyokong kuat UmNo juga dibantu. Menyebabkan ramai yang selama ini menjadi penyokong tegar UmNo mula membuka mata. Ada yang telah menghantar borang ahli PAS dan tidak kurang juga yang menyatakan sokongannya.
Walaupun baru 4 tahun sudah banyak yang kita dapati.... bagaimana kalau 10 tahun... Pastinya rakyat akan mendapat manfaat yang lebih banyak lagi.

Ust Ashari Lateh mengingatkan kita tentang tanggungjawab kita lahir di dunia ini sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah. Kita diamanahkan untuk menegakkan agama dan mentadbir dunia ini dengan agama. Islam telah meletakkan garis panduan hidup di dunia ini serta hukum halal dan haramnya. Ianya perlu difahami dan dilaksanakan.
YB Dr Che Rosli Che Mat dalam ucapannya menyebut sumbangan kerajaan negeri Selangor dalam memartabatkan sistem pendidikan Islam di negeri ini. Ini termasuklah menaikkan elaun guru-guru KAFA dari RM650 kepada RM1,300. Insyallah ianya akan dinaikkan lagi kepada RM1,500 selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang menetapkan gaji minima RM1,500. Sumbangan kepada sekolah agama rakyat, air percuma dan lain-lain program merakyatkan ekonomi negeri Selangor yang berjumlah RM700 juta. Ini semua tidak kita kecapi semasa pemerintahan kerajaan UmNo BN selama lebih 54 tahun.

YB Ir Khalid Samad banyak menyentuh tuduhan Datuk Hasan Ali yang kini bersungguh-sungguh memburuk-burukkan PAS dan dirinya. Kalau nak melayan Parti Beras Kampit ini sampai bila pun masalah tidak akan selesai. Kecenderungan ketuanya ingin menjadi MB dan pengkhianatan kepada PAS menyebabkan beliau sendiri semakin dibenci. Walaupun telah diberi palbagai ruang dan peluang termasuklah debat terbuka yang dianjurkan oleh Sinar Harian namun beliau lebih suka mengadakan jelajah bagi memburuk-burukkan PAS yang telah memberi perluang kepadanya sebagai MP, ADUN dan Exco Kerajaan Negeri. Siapakah yang menajanya sehingga mampu berbelanja besar untuk mengadakan roadshow sedemikian rupa? Yang pasti UmNo adalah orang yang mendapat manfaat besar terhadap usahanya.


Majlis penyerahan borang penyerahan borang kemasukkan PAS oleh wakil Puteri UmNo seramai 28 orang yang meninggalkan UmNo setelah melihat PAS lebih terbuka dalam memberi khidmat kepada rakyat dan mampu menggantikan UmNo.

Mudah-mudahan Allah memberi rahmat dan kekuatan kepada beliau dan rakan-rakannya. Pesanan kami jangan tinggalkan majlis ilmu dan tingkatkan amalan. Semoga Allah memudahkan urusan hidup kita di dunia dan akhirat. Ingatlah bila kita bersama perjuangan Islam ini cabarannya amat hebat. Inilah fitrah perjuangan. Zaman jahiliyah dahulu ramai orang cenderung menyokong Abu Lahab sebab banyak kemudahan dan kesenangan yang diperolehi... Sedangkann pengikut Nabi ditekan, dipulau, dihina dan pelbagai kesukaran yang dihadapi... Selamat berjuang diucapkan.


No comments: