Friday, March 16, 2012

Bicara Santai bersama Aishah Janji Manismu

Jabatan P/raya PAS DUN Dusun Tua (JPrD Dusun Tua) memulakan program Semarak Hijau DUN Dusun Tua selama 3 hari bermula 16-18 Mac 2012 ini awal pagi Jumaat 16hb Mac ini dengan program Bicara Santai bersama penyanyi terkenal Aishah dan Ustaz Syakirin Husin pimpinan Ulama PAS Hulu Langat.

Program berjalan lancar dan menjadi sejarah apabila berjaya diadakan di kawasan umum berhampiran tapak pasar pagi Jumaat Pekan Batu 14 Hulu Langat.

Banyak nasihat dan kupasan isu semasa demi memuhasah segala permasalahan dan gejala masyarakat yang melanda hari ini kesan dari meninggalkan syariat Allah. Saranan kedua-dua panel agar kembali kepada seruan Islam agar semuanya dipimpin oleh Hidayah Allah.

Kehadiran dan sambutan untuk percubaan awal ini pada pandangan penulis agak baik dan boleh diperbaiki bagi penganjuran seterusnya. Turut hadir memeriahkan, YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan pimpinan setempat. Kepada para petugas syukran diucapkan dan tahniah juga kepada Urusan Ulama Jab P/Raya PAS Kawasan atas mujahadah melaksana dakwah di medan umum terbuka demi mendekatkan lagi mesej Islam kepada rakyat jelata.

No comments: