Ada yang kata undur diri, ada yang kata melepaskan jawatan, ada yang kata berhenti, ada yang kata dinasihatkan berhenti. Tetapi yang pasti kontrak tamat dan tidak diperbaharui. Tak payahlah main wayang kata undur diri atau melepaskan jawatan....
Sesuatu yang betul bukan setakat perkara tersebut perlu mengikut undang-undang dan prosedur tetapi ianya perlu juga dilihat betul. Etika sebagai orang yang mempunyai kuasa juga perlu diambil kira. Persepsi masyarakat mengambil kira etika. Mungkin tak ramai yang faham 'conflict of interest' tapi orang faham isu kroni.
Sesuatu yang betul bukan setakat perkara tersebut perlu mengikut undang-undang dan prosedur tetapi ianya perlu juga dilihat betul. Etika sebagai orang yang mempunyai kuasa juga perlu diambil kira. Persepsi masyarakat mengambil kira etika. Mungkin tak ramai yang faham 'conflict of interest' tapi orang faham isu kroni.
Orang bukan tuduh Shahrizat rasuah atau salah guna kuasa. Orang mempertikaikan kenapa keluarga beliau mendapat keistimewaan menerima peruntukkan untuk melaksanakan projek negara (NFC). Kenapa beliau dan bukannya Felda yang mempunyai tanah yang luas atau konsortium penternak lembu yang sedang mengusahakan ternakkan lembu.
Jangan kita hendak meng'lembu'kan rakyat dengan jawapan yang tidak munasabah dan merapu.
Selepas Khir Toyo, kini Shahrizat.... Jamil Khir tak selesai lagi....Selepas ni siapa pula.
Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).
Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.
"Saya dengan ini nak memaklumkan bahawa pada 8 April apabila tamatnya penggal saya sebagai ahli Dewan Negara saya akan berundur diri sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat," katanya.Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.
Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Berhubung jawatan sebagai ketua Wanita beliau berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.
"Dan semasa jadi satu powerful force, Wanita BN kini powerful force yang bawa perjuangan untuk rakyat Malaysia.
'Nantikan hasil siasatan NFC'
Ditanya tentang isu NFC, Shahrizat menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan kes itu dan hanya berkahwin dengan pengerusinya.
"Tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, saya rasa ini tindakan tepat untuk berundur dengan baik.
"Saya ingin jelaskan, ini keputusan saya sendiri. Dan saya mahu pastikan apabila saya berundur, siasatan akan diteruskan mengikut lunas undang-undang dan kita semua nantikan hasilnya," katanya.
Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April ini.
No comments:
Post a Comment