Tuesday, May 27, 2014

Malaysia Punya Bakat Besar Dalam Badminton..... Dimanakah Mereka?

KUALA LUMPUR: Di sebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam arena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.

Anak kelahiran Kelantan ini adalah jurulatih kepada pemain persorangan Jepun, Kento Momota yang menewaskan pemain negara Chong Wei Feng dengan straight set 21-15, 21-17.

Bekas guru ini sekarang berkhidmat sebagai jurulatih junior pasukan kebangsaan Jepun di bawah Nihong Badminton Association dan jurulatih di R.S. Hamanaka.

Kejayaan Jepun buat kali pertama semalam sekaligus menaikkan nama Izuan yang lebih mesra dengan panggilan Abe Awe di kalangan rakan-rakan beliau di Kelantan.

Laman Facebook beliau turut dihujani ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang mengenali anak Melayu ini.

Dalam perlawanan semalam, Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik. - HD.

Jurulatih Nusa Mahsuri, Salim Samion dan Izuan Ibrahim (kini jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan Jepun) sempat bergambar kenangan selepas mengendalikan latihan bersama pemain Jepun. Ogos 2011.

Monday, May 26, 2014

Kami Boikot Produk Haram!!!!


Ziarah Mangsa Pokok Kelapa Tumbang.


Pegawai khas YB Hj Razaly Hassan, saudara Mohamad Jan menziarahi wargamas Dusun Tua yang rumahnya di himpap pokok kelapa malam tadi. Kerja memperbaiki telah di jalankan. Terima kasih di atas bantuan yang dihulurkan. Kepada tuan rumah bersabarlah menghadapi ujian ini.

Selamat Bertugas dan Mengerjakan Umrah...

Majlis penyampaian watikah AJK Masjid Lubuk Kelubi serta meraikan ahli kariah masjid yang bakal menunaikan umrah oleh YB Hj Razaly Hassan ADUN Dusun Tua.

Ziarah Tok Ismail




Ziarah ketua kampung Dusun Nanding Tuan Hj Ismail Kamaruddin di Wad 5D, Hospital Ampang Petang semalam akibat masalah jantung.  YB Hj Razaly Hassan dan sahabat handai mendoakan segera sihat kembali, amin!

Apabila Sudah Ada Produk Yang haram.... Yang lain Juga Subahah... Dan Pengilang Sudah Lagi Tidak Boleh Dipercayai!!


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kajang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa ini berdasarkan keputusan analisis dua jenis coklat tersebut.

Coklat yang dimaksudkan ialah coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk coklat susu Cadbury Dairy Milk mula tersebar luas melalui aplikasi media sosial semalam.

Walaubagaimanapun, coklat susu Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan mempunyai DNA khinzir.

Tambah Noor Hisham, pihak pengeluar, iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd telah memberi jaminan akan menarik balik produk-produk terbabit dari pasaran serta-merta.

“Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya,” katanya.

Pengguna boleh mengemukakan sebarang persoalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

Sementara itu, Cadbury dalam Facebooknya pula mengesahkan bahawa semua produk yang dihasilkan di Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Friday, May 23, 2014

Teluk Intan : Pandangan Saya

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.

2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.

4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

6. Saya kira UMNO perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah PAS kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah UMNO bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?

7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat Pakatan Rakyat menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 23 Rajab 1435H

Monday, May 19, 2014

USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN: BERJUANG TANPA LELAH




" Enta tulis buku apa sekarang?"

"Baguslah...terus menulis" pesan ustaz Ghani lirih, dia tak jemu menghambur kata-kata yang inspiratif, juga kerana mantan exco ABIM yang popular dalam dekad 1970an ini begitu dekat dengan dunia akademik . Almarhum adalah mantan pensyarah UTM yang juga  seorang pendakwah yang sangat aktif mudik ke seluruh negara memberikan pengisian semenjak zaman muda.

Ustaz Abdul Ghani dengan suara serak basah mempunyai sejarah panjang dalam perjuangan Islam, semasa menuntut di Mesir dalam bidang syariah, almarhum adalah tokoh pimpinan pelajar yang menggerakkan PMRAM. Semenjak zaman bergelar aktivis pelajar, beliau sangat vokal dengan dasar-dasar negara yang tidak mesra Islam. Menuntut ilmu di bumi Mesir, tanah leluhur yang sarat dengan medan pertembungan iman dan kufur telah menyemai sikap beliau terhadap perjuangan Islam. Bumi hasan al Banna ini telah mengajar beliau getir dan nuansa perjuangan, melihat kezaliman regim terhadap anggota Ikhwanul Muslimin di zaman Anwar Sadat yang  menyaksikan mass crackdown terhadap puluhan ribu anggota Ikhwanul Muslimin yang menentang perjanjian Camp David.

Beliau menyintai gerakan amal tarbawi, menyusun gerakan anak muda supaya perjuangan Islam rendang dengan "alfahmu", bukan dengan terjahan semangat kosong. Pulang ke tanahair, gerakan sosio politik anak muda iaitu ABIM sedang menjadi fenomenal dan menampung suara vokal berorientasikan Islam kerana keberadaan PAS dalam kerajaan campuran. Beliau dan almarhum Ustaz Fadhil Noor, Nakhaie Ahmad antara graduan Al Azhar yang berada dalam barisan ABIM Pusat. Ustaz Ghani bergerak ke kampus-kampus ,juga saran anak muda yang lain untuk menyatukan saff anak muda beraliran Islam.

Beliau pernah menjawat jawatan Exco Dakwah ABIM yang popular, berusaha menyebarkan fikrah Ikhwanul Muslimin melalui tulisan tokoh-tokoh mereka. ABIM pula memegang jaringan kampus dibawah gerakan PKPIM dalam dasawarsa 70an yang sedang marak dengan kebangkitan Islam. Gerakan sosio politik ini adalah simbiosis dengan PAS dalam dekad itu seperti kajian Mutalib Hussein, seorang sarjana dari Singapura. Apabila PAS ditendang keluar daripada koalisi BN pada tahun 1977, seterusnya hilang pengkalan kuasa di Kelantan pada tahun 1978, sosok utama pejuang Islam Indonesia, almarhum Dr Mohamad Natsir telah mencadangkan pemindahan darah muda dilakukan terhadap tubuh PAS.

Ustaz Fadhil Noor, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, Nakhaie Ahmad, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah antara "young blood" yang memasuki PAS pada tahun 1978 saat PAS dilihat lemah. Almarhum terkenal kerana ketegasannya berdakwah dan cukup berdisiplin, semasa berkhidmat sebagai pensyarah UTM, beliau sangat terkenal di negara ini. Wajahnya muncul di kaca TV, tegas berbicara dan beliau pernah dinobatkan oleh JAWI sebagai pendakwah terbaik Wilayah Persekutuan.

Dalam dekad 80an dan 90an,kaset-kaset kuliah serta forum beliau beredar ke seluruh negara , juga padat mengisi program agama sebaris dengan Dr Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, pak Yazid Jaafar. Beliau diamanahkan sebagai AJK PAS pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Melaka dan dizaman beliaulah konsep markas tarbiah yang dikenali sebagai Balai Islam diperkenalkan di Melaka. Di balai-balai Islam inilah bergeraknya pengajian ilmu kerana masjid-masjid Melaka terdapat kekangan untuk mengajar ilmu agama.

Almarhum juga beberapa kali bertanding dalam pilihanraya Umum di Melaka, namun negeri adat ini sangat kebal dengan UMNO sehinggalah PAS mendapat anak sulongnya dalam PRU ke 13. Ustaz juga adalah pengasas kepada surau dan sekolah al Mustaqimah Cheras, berbakti kepada masyarakat sehinggalah beliau terbaring di atas tilam. Ribuan anggota masyarakat sentiasa mengunjungi untuk bertanya khabar, mendoakan beliau agar terus sihat. Kini almarhum telah mengadap Ilahi dengan segunung kebaktian kepada ummah, jasanya tak mampu diremehkan, malah terakam antara pendakwah yang tak lelah menyampaikan ilmu. Saya teringat kali terakhir berforum dengannya di masjid al aman Ampang, hujahan almarhum menyebabkan khalayak mengalir airmata, juga saya melihat ada genangan airmata dipipi almarhum. Fahamlah saya bahawa beliau bercakap daripada lubuk hatinya yang paling dalam, tembus pada hati manusia yang mendengar kalam beliau.

" berjuanglah...sehingga kita berehat di akhirat" kalimah itu sangat mengesankan saya. Berehatlah sang murabbi, kami adalah saksimata atas kecekalanmu berdakwah sepanjang hayat.Alfatihah!.

Oleh: Dr Riduan mohamad Nor
AJK PAS Pusat, pendakwah, Perunding Motivasi

Sunday, May 18, 2014

Kemana Arah Mana Industri Automatif Negara Ingin Dibawa?

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.

Sementara itu Perodua pula adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Otomobil Kedua".

Selepas lebih 30 tahun kemanakah arah industri automotif negara hendak dibawa. Rakyat telah lama berkorban dalam menyokong industri automotif negara, tetapi sampai bilakah Proton ingin terus menggunakan tongkat?

Apakah kesan industri automotif negara kepada rakyat? Sudah tiba masanya kita menilai semula berdasarkan kepada perkara-perkara berikut.
  1. Dengan wujudnya dasar automotif negara menyebabkan rakyat terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk kenderaan yang berkualiti.
  2. Rakyat terpaksa membeli kereta keluaran tempatan untuk mendapatkan harga yang lebih 'murah'.
  3. Rakyat berhutang lebih besar untuk membeli kereta yang lebih baik.
  4. Rakyat membayar mahal harga kereta disebabkan cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Oleh itu rakyat berhutang untuk mengkayakan kerajaan.
  5. Harga kereta yang tinggi menyebabkan harga insuran juga mahal. Sekali lagi rakyat berbelanja lebih untuk mengkayakan industri insuran.
  6. Dulu guru besar sekolah mampu beli Volvo. Kini gurubesar hanya mampu beli proton perdana.
Rakyat telah berkorban@berbelanja@berhutang berbilion ringgit untuk menyokong industri automotif negara... namun apa manfaat yang rakyat terima? Road tax kena bayar. Tol kena bayar. Insuran terus meningkat. Jalan masih terus berlopak dan berlubang. Kemalangan terus menghantui pengguna jalanraya.

Persoalan kini timbul.... Bayangkan jika Proton tidak ada..... apakah ruginya kita?
  1. Kita boleh beli kereta berkualiti dengan harga sekurang-kurangnya 50% dari harga sekarang.
  2. Kita boleh bayar insuran yang lebih rendah.
  3. Kita boleh tukar kereta lebih kerap.
  4. Lebih ramai orang yang mampu beli BMW, Merz, Audi dll.
  5. Kita boleh gunakan lebihan pendapatan untuk perkara yang lebih bermanfaat.
  6. Kita masih boleh mewujudkan kemahiran dan kepakaran dalam industri automotif dengan melaksanakan dasar pembinaan kendreaan didalam negara (CKD) dan mewujudkan program vendor.
  7. Kita juga bloleh mendapatkan teknologi melalui melibatkan sukan permotoran F1, MotoGP dll.
  8.  Ataupun membeli kepentingan dalam syarikat permotoran.
Apakah tidak diambilkira kesan sampingan dari dasar ini sebelum dilaksanakan atau tidakkah ada penilaian semula yang dibuat.... Hmmmm mungkinkah keadaan lebih baik hari esok.

UMNO KO Dua Kali... Dulu Gagal menampilkan Calonnya Di Kajang... Kini Gagal lagi Di Teluk Intan.

Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan.

“Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Baginya, berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan.

Justeru, menurutnya jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan, begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.

“Malah jika yang meninggal atau meletakkan jawatan itu Melayu, maka Melayu juga gantilah. Jika Cina atau India pula yang pergi, yang mengganti juga kaum yang sama,” tulisnya lagi.

Beliau menambah, laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Walaupun banyak desakan akar umbi menuntut perubahan itu, BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, manakala hari penamaan calon ialah 19 Mei. HD.

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru


Mungkin sedikit lambat untuk membuat nukilan bagi mengisi hari guru yang baru sahaja berlalu. Pastinya penghargaan kepada guru bukan sekadar pada hari guru tetapi juga sepanjang masa.

Cabaran bidang pendidikan hari ini selari dengan cabaran yang di hadapai oleh ibu bapa. Guru bukan sahaja menghadapai cabaran dalam menyampaikan ilmu kepada murid tetapi juga beban kerja yang diberi oleh kementrian. Masalah disiplin pelajar menambah tekanan kepada guru.

Guru terpaksa mengajar, menanda buku dan kertas peperiksaan, menjaga disiplin, ko-kurikulum, menyediakan bahan pembelajaran, menjadi guru ganti, kelas tambahan dan pelbagai tugas yang terpaksa dilalukan. 

Namun itulah guru. Yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kerjaya yang sangat dihormati dan dimuliakan oleh masyarakat. Kini keadaan sudah banyak berubah.

Sebesar mana pun cabaran yang guru hadapi, tidak terbanding dengan mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh guru seluruh umat iaitu junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Selamat hari guru semoga terus tabah meneruskan usaha mendidik generasi akan datang.

Monday, May 12, 2014

BN Tidak Bertanding

Selepas tamat penamaan calon hari ini yang menyaksikan pertandingan empat penjuru, calon DAP Ramkarpal Singh Deo dijangka berdepan dengan laluan mudah tanpa kelibat calon lawan daripada Barisan Nasional (BN).

Anak ketiga mendiang Karpal Singh itu akan berdepan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan calon bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar dari Gombak Setia dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dari Kelana Jaya.

Di pusat penamaan calon hari ini, pegawai bertugas Anuar Yahya mengumumkan keempat-empat nama calon sebaik ditutup pada jam 10.25 pagi di Dewan Sri Pinang hari ini.

Ramkarpal tiba di pusat penamaan calon bersama kira-kira 500 penyokong parti dan Pakatan Rakyat (PR).

Daripada tiga pencabar tersebut, hanya Huan dianggap sebagai lawan yang serius kepada DAP.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Batu Kawan sehingga Pilihan Raya Umum 2008 dan juga bekas naib presiden Gerakan sebelum meletak jawatan ekoran kemelut dengan kepimpinan parti dan kemudiaannya menubuhkan PCM. – 12 Mei, 2014.

Wednesday, May 7, 2014

Hudud vs GST

Hudud tidak dilaksanakan kerana ramai yang tak faham.
GST dilaksanakan walaupun ramai yang tak faham.

Hudud tidak dilaksanakan kerana mendapat tentangan dan bantahan.
GST dilaksanakan walaupun mendapat tentangan, bantahan dan tunjuk perasaan.

Hudud tidak dilaksanakan kerana rang undang-undang tidak adil.
GST dilaksanakan walaupun menindas pembayar cukai dan yang berpendapatan rendah.

Hudud tidak dilaksanakan orang ramai masih tidak jelas.
GST mendapat peruntukkan RM17 juta untuk kempen penerangan.

Hudud.... kerajaan buat bodoh.
GST..... Kerajaan buat pamdai.

Hudud orang jahat sahaja kena.
GST semua orang kena.

Hudud untuk orang Islam.
GST untuk semua orang.

Hudud untuk semua.
GST untuk kerajaan.

ISU UNDANG-UNDANG KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 NEGERI KELANTAN

Semua pihak di kalangan umat Islam adalah wajib menerima kewajiban melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan di antara satu sama lain. Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan “ikhlas”  adalah urusan Allah, bukan urusan kita.

Allah telah menegaskan wujudnya berbagai lapisan dan peringkat di kalangan umat Islam. Baca dan fahamilah firman Allah SWT :

وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ (31) ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ (32) فاطر.

Maksudnya :

(31) Dan al-Quran yang Kami wahyukan kepada mu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha melihat dan memerhatikan.

(32) kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). [Surah Fathir]

Apa yang wajib ialah membetulkan kefahaman dan menjelaskan terhadap salah faham dan kekeliruan terhadap hukum Allah yang Maha Adil dan Bijaksana. Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan di antara satu sama lain.

Kita perlu juga ingati bahawa ada kalangan yang hanya mengenali isu ini sebagai isu “hukum Hudud” atau sebahagian daripada hukumnya sahaja, tanpa menyedari bahawa Hudud sebenarnya hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1993. Fahamilah ilmu jenayah syariah Islam itu dalam bentuknya yang lebih jelas seperti hudud, qisas dan takzir.

Setengahnya juga tidak ingin memahami kesempurnaan Islam dan hukumnya yang  memberi petunjuk ke jalan yang benar tanpa menyekat kemampuan akal yang bijak dan hak asasi yang tidak melampau sehingga menghilangkan sifat kemanusiaan yang sebenar. Sehingga ada yang lebih bersimpati terhadap penjenayah, tanpa peduli terhadap mangsanya. Atau lebih melihat hak asasi binatang lebih daripada hak asasi manusia yang sebenarnya.

Sebenarnya kita wajib mengambil hikmah dari para perunding kemerdekaan negara yang mewujudkan Perlembagaan yang memberi ruang adanya hak hukum Syariat dan undang-undang jenayahnya, sehingga menolak dakwaan halangan perlembagaan terhadap wujudnya berbagai-bagai undang–undang dalam masyarakat majmuk.

Kewajipan umat Islam sendiri ialah menafsirkan Islam yang sebenar yang wajib menjadi pegangan mereka dan membuang saki baki sekatan penjajah dalam perlembagaan, kerana kita telah mencapai kemerdekaan.

Kalangan bukan Islam pula sudah ada hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan. Sepatutnya penganut Islam menyedari hak mereka yang sebenar untuk percaya dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar.

Fenomena yang berlaku diwaktu ini ialah merebaknya penyakit jenayah yang menimpa seluruh rakyat tanpa mengira kaum, khususnya jenayah berat, menandakan tidak ada kehebatan undang – undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang. Adapun umat Islam wajib kembali ke pangkal jalan kepada ajaran agama Islam yang wajib diperkasakan. Ini adalah hak penganut Islam yang wajib dilindungi oleh perlembagaan yang wajib adil terhadap semua.

Ada pun kebimbangan penganut  bukan Islam telah dijelaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Adapun al-Quran ialah firman Allah:

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (42) المائدة

Maksudnya:

(42) Oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Ayat ini menunjukkan, walau pun berkait dengan penganut agama Yahudi Ahli kitab  yang ada hukum hudud dan qisas dalam kitab mereka, namun tidak dipaksakan ke atas mereka. Apa lagi kepada penganut agama yang tidak ada undang –undang jenayahnya yang tersendiri.

Imam Ibnu Kathir dan lain-lain merekodkan bahawa perkara ini berlaku dalam masyarakat majmuk di awal negara Islam. Maka mazhab Islam yang diamalkan dalam masyarakat majmuk mengambil kira sejarah ini. Di antaranya mazhab Maliki, Hanafi dan  kalangan mazhab Syafe’i dan mazhab yanag lain. Perkara ini termasuk dalam konsep tidak ada paksaan dalam agama.

Adapun dakwaan tidak adil terhadap penganut Islam adalah sebenarnya berpunca daripada kejahilan, sehingga salah faham terhadap ajaran agama sendiri, kerana tidak  menyedari hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan sehingga kadar jenayah menurun dan akhirnya hapus di kalangan penganut Islam. Adalah salah akal, sekiranya memahami bahawa rakyat akan berlumba untuk mencuri supaya dipotong tangan dan kaki, apa yang sebenarnya berlaku ramai kalangan para penjenayah akan bertaubat.

Wajib difahami, bahawa undang-undang jenayah Islam lebih bersifat mendidik daripada menghukum, kerana adanya syarat-syarat yang sangat menyusahkan bagi menjatuhkan hukuman Qisas dan Hudud yang dinaskan dan lebih banyak ruang kepada hukuman Takzir yang lebih ringan dan dengan mendidik. Dalam masa yang sama hakim diminta mencari jalan untuk membebaskan, sama ada daripada kefahamannya sendiri atau bantuan para peguam, dengan meneliti segala keterangan saksi dan lain-lain, disertakan dengan ayat al-Quran dan Hadis yang lebih menggalak bertaubat kepada Allah dan memaafkan di luar mahkamah.

Sabda Rasulullah  s.a.w.:

تدرأ الحدود بالشبهات

"Hukum hudud ditolak dengan adanya kekeliruan."

Kekeliruan yang wujud semasa perbicaraan adalah meliputi sama ada wjudnya unsur paksaan, kejahilan tegar, atau fitnah dalam sesuatu kes itu. Dalam hal ini  Imam Malik menegaskan : ”Sekiranya ada satu unsur kekeliruan daripada  sembilan puluh sembilan bukti yang sahih maka tidak boleh dijatuhkan hukuman. Sabda Rasulullah  s.a.w. :

“Kesilapan hakim membebaskan orang yang dituduh lebih baik daripada kesilapan menjatuhkan hukuman”

Kalangan penentang pelaksanaan Syariat sengaja memilih aspek Hudud dan khususnya isu memotong tangan pencuri dan perompak dan mencacatkan anggota menjadi ruang untuk menyerang undang-undang syariat Allah yang dinaskan, tanpa menghormati hak mangsa jenayah dan lebih mempertahankan penjenayah yang sangat zalim.

Hudud dan Qisas adalah hukum jenayah yang dinaskan dalam Al Quran dan Hadis, di mana sejumlah kecil sahaja yang disenaraikan, hanya dalam perkara yang tidak mungkin diselesaikan oleh akal manusia, maka Allah memberi petunjuk dengan rahmatnya. Ada juga yang boleh dikeluarkan daripada senarai Hudud kerana adanya kalangan ulama yang tidak mengiranya kerana nas yang bersifat umum. Ada perkara lain yang tidak terkiranya banyaknya, maka Allah mengizinkan kebijaksanaan manusia dan pengalamannya.

Cukuplah dengan akibat tidak mampu mengatasi jenayah khususnya keganasan dan moral yang memusnahkan kehidupan manusia. Bagi penganut Islam, keizinan ini menjadi sempadan aqidah yang besar, kerana firman Allah memberi amaran :

مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ (20) أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21 ) الشورى .

(20) Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

(21) Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS sepenuhnya sejak tahun 1990. Undang–undang jenayah syariat dikemukakan mengikut proses siyasah syariah, politik demokrasi dan pengurusannya. Setelah disusun oleh pakar Syariah dan perundangan moden, ianya di bawa terlebih dahulu kepada umum dengan jemputan kepada semua parti politik, NGO Islam dan bukan Islam untuk mendengar dan memberi penjelasan kepada semua pihak. Selepas ini selesai, baharulah ianya dibawa kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan, kemudiannya Terengganu dan berlakulah polemik ilmu secara terbuka selepas dari itu.

Oleh kerana PAS terus memimpin di Kelantan, maka PAS memilih Kelantan sahaja, dan PAS wajib menerima secara positif  terhadap semua pihak yang bersedia menerimanya dan bersedia memberi penjelasan terbuka atau tertutup kepada semua pihak yang masih ragu atau tidak faham hakikatnya yang sebenar. Marilah kita menjelas dan menyatakan Islam adalah rahmat kepada seluruh manusia.

PRESIDEN PAS
5 Mei 2014