PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.
Sementara itu Perodua pula adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Otomobil Kedua".
Selepas lebih 30 tahun kemanakah arah industri automotif negara hendak dibawa. Rakyat telah lama berkorban dalam menyokong industri automotif negara, tetapi sampai bilakah Proton ingin terus menggunakan tongkat?
Apakah kesan industri automotif negara kepada rakyat? Sudah tiba masanya kita menilai semula berdasarkan kepada perkara-perkara berikut.
- Dengan wujudnya dasar automotif negara menyebabkan rakyat terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk kenderaan yang berkualiti.
- Rakyat terpaksa membeli kereta keluaran tempatan untuk mendapatkan harga yang lebih 'murah'.
- Rakyat berhutang lebih besar untuk membeli kereta yang lebih baik.
- Rakyat membayar mahal harga kereta disebabkan cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Oleh itu rakyat berhutang untuk mengkayakan kerajaan.
- Harga kereta yang tinggi menyebabkan harga insuran juga mahal. Sekali lagi rakyat berbelanja lebih untuk mengkayakan industri insuran.
- Dulu guru besar sekolah mampu beli Volvo. Kini gurubesar hanya mampu beli proton perdana.
Rakyat telah berkorban@berbelanja@berhutang berbilion ringgit untuk menyokong industri automotif negara... namun apa manfaat yang rakyat terima? Road tax kena bayar. Tol kena bayar. Insuran terus meningkat. Jalan masih terus berlopak dan berlubang. Kemalangan terus menghantui pengguna jalanraya.
Persoalan kini timbul.... Bayangkan jika Proton tidak ada..... apakah ruginya kita?
- Kita boleh beli kereta berkualiti dengan harga sekurang-kurangnya 50% dari harga sekarang.
- Kita boleh bayar insuran yang lebih rendah.
- Kita boleh tukar kereta lebih kerap.
- Lebih ramai orang yang mampu beli BMW, Merz, Audi dll.
- Kita boleh gunakan lebihan pendapatan untuk perkara yang lebih bermanfaat.
- Kita masih boleh mewujudkan kemahiran dan kepakaran dalam industri automotif dengan melaksanakan dasar pembinaan kendreaan didalam negara (CKD) dan mewujudkan program vendor.
- Kita juga bloleh mendapatkan teknologi melalui melibatkan sukan permotoran F1, MotoGP dll.
- Ataupun membeli kepentingan dalam syarikat permotoran.
Apakah tidak diambilkira kesan sampingan dari dasar ini sebelum dilaksanakan atau tidakkah ada penilaian semula yang dibuat.... Hmmmm mungkinkah keadaan lebih baik hari esok.
No comments:
Post a Comment