Monday, May 12, 2014

BN Tidak Bertanding

Selepas tamat penamaan calon hari ini yang menyaksikan pertandingan empat penjuru, calon DAP Ramkarpal Singh Deo dijangka berdepan dengan laluan mudah tanpa kelibat calon lawan daripada Barisan Nasional (BN).

Anak ketiga mendiang Karpal Singh itu akan berdepan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan calon bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar dari Gombak Setia dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dari Kelana Jaya.

Di pusat penamaan calon hari ini, pegawai bertugas Anuar Yahya mengumumkan keempat-empat nama calon sebaik ditutup pada jam 10.25 pagi di Dewan Sri Pinang hari ini.

Ramkarpal tiba di pusat penamaan calon bersama kira-kira 500 penyokong parti dan Pakatan Rakyat (PR).

Daripada tiga pencabar tersebut, hanya Huan dianggap sebagai lawan yang serius kepada DAP.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Batu Kawan sehingga Pilihan Raya Umum 2008 dan juga bekas naib presiden Gerakan sebelum meletak jawatan ekoran kemelut dengan kepimpinan parti dan kemudiaannya menubuhkan PCM. – 12 Mei, 2014.

No comments: