Sunday, May 18, 2014

UMNO KO Dua Kali... Dulu Gagal menampilkan Calonnya Di Kajang... Kini Gagal lagi Di Teluk Intan.

Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan.

“Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Baginya, berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan.

Justeru, menurutnya jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan, begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.

“Malah jika yang meninggal atau meletakkan jawatan itu Melayu, maka Melayu juga gantilah. Jika Cina atau India pula yang pergi, yang mengganti juga kaum yang sama,” tulisnya lagi.

Beliau menambah, laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Walaupun banyak desakan akar umbi menuntut perubahan itu, BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.

PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.

Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei, manakala hari penamaan calon ialah 19 Mei. HD.

No comments: