Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru


Mungkin sedikit lambat untuk membuat nukilan bagi mengisi hari guru yang baru sahaja berlalu. Pastinya penghargaan kepada guru bukan sekadar pada hari guru tetapi juga sepanjang masa.

Cabaran bidang pendidikan hari ini selari dengan cabaran yang di hadapai oleh ibu bapa. Guru bukan sahaja menghadapai cabaran dalam menyampaikan ilmu kepada murid tetapi juga beban kerja yang diberi oleh kementrian. Masalah disiplin pelajar menambah tekanan kepada guru.

Guru terpaksa mengajar, menanda buku dan kertas peperiksaan, menjaga disiplin, ko-kurikulum, menyediakan bahan pembelajaran, menjadi guru ganti, kelas tambahan dan pelbagai tugas yang terpaksa dilalukan. 

Namun itulah guru. Yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kerjaya yang sangat dihormati dan dimuliakan oleh masyarakat. Kini keadaan sudah banyak berubah.

Sebesar mana pun cabaran yang guru hadapi, tidak terbanding dengan mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh guru seluruh umat iaitu junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Selamat hari guru semoga terus tabah meneruskan usaha mendidik generasi akan datang.

No comments: