Monday, September 22, 2014

Buktikan PKR 'beli' saya, kata Saari pada TG Hj Hadi

A009
Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan. 

Menurut Tafsir Jalalain, "Mereka menjualkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit" itu bererti mereka meninggalkan ajaran dan perintah ayat-ayat tersebut demi keinginan hawa nafsu semata. Lalu mereka menghalangi manusia daripada mengikut jalan Allah iaitu agamaNya.

Menurut Tafsir al-Qurtubi, ayat 9 dalam surah at-Taubah menjelaskan bahawa ayat ini ditujukan kepada orang yahudi yang menjual ayat-ayat Allah dengan penjelasan yang kabur demi mendapatkan kepimpinan dan harta benda.

Siapa sahaja yang mengambil sogokan (rasuah) untuk mengubah kebenaran, menyatakan batil suatu kebenaran, menolak melakukan apa yang dia ketahui hakikatnya ia termasuk dalam ayat tersebut. (Tafsir al-Qurtubi, 1372H.)

Menurut Tafsir Ibn Kathir, ayat 9 dalam surah at-Taubah bermaksud mereka yang menolak mengikuti ayat-ayat Allah kerana digelincirkan oleh urusan-urusan dunia yang rendah. Lalu mereka menghalang orang ramai daripada mengikut jalan-Nya iaitu mereka menghalangi kaum mukmin untuk mengikuti kebenaran.

Jelas dari tafsiran para ulama tafsir, "menjual agama" yang disebut di dalam ayat itu merujuk kepada:
  1. Kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menghalalkan yang haram demi menjaga gaji, status dan kedudukan mereka. Memutarbelitkan kebenaran kerana mempertahankan kebatilan.
  2. Kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menyembunyikan kebenaran daripada disampaikan kerana menjaga pangkat dan kedudukan mereka atau mencari keredaan majikan atau perintah.
  3. Kumpulan ahli agama atau mana-mana umat Islam yang menukarkan erti dan tafsiran ayat al-Quran dan hadis demi menyokong sesuatu tindakan batil atau salah mereka demi menjaga kedudukan, pangkat dan harta mereka. 
Nota : Tak semestinya 'beli' itu dengan wang ringgit atau apa jua material. Cukup hanya dengan menukar kebenaran dengan kebatilan.

No comments: