Tuesday, November 13, 2007
MENTERI BESAR AKU JUGA...
oleh : Roslan SMS
Orang Melayu menganggap penyapu itu satu alat yang sial. Ianya bukanlah sesuatu yang tidak masuk akal kerana penyapu itu hakikatnya adalah alat yang digunakan untuk menolak keluar kotoran dan najis. Kerana itu penyapu tidak dibuat barang permainan kerana kalau terkena sesiapa ianya tidak manis dan mengaibkan. Lalu tidak terdapat dalam adat orang Melayu mana-mana orang yang waras dan beradat yang menghadiahkan pula seseorang lain dengan penyapu.
Khir Toyo Menteri Besar satu-satunya Negeri Maju di Malaysia, kerana nak menunjukkan kehebatan kepimpinan beliau telah memilih untuk menghadiahkan penyapu kepada PBT di negerinya yang gagal mencapai target kutipan hasil yang ditetapkan, selain kerana mempamirkan mutu perkhimatan yang kurang memuaskan.
Semalam di Shah Alam sempena Hari Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil 2006, Khir menghadiahkan penyapu kepada dua agensi kerajaan negeri iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Tanah Hulu Selangor. Mereka menerima penyapu yang sial itu kerana gagal menepati target kutipan hasil sebanyak 90% dan tunggakan sebanyak 70%.
Ruangan Bisik-bisik Awang Selamat dalam Utusan Malaysia memuji kelainan Khir yang dikatakan kononnya agresif dalam menggerakkan pembaharuan itu.
Apa pun bagi saya tindakan menghadiahkan penyapu itu agak keterlaluan. Cara memimpin dengan mengaibkan orang yang dipimpin bukannya stail sebuah negara maju tetapi stail yang diamalkan oleh orang yang tidak berpelajaran dan para diktator.
Benarlah kutipan hasil dan tunggakkan itu penting bagi kerajaan negeri, tetapi dalam hal ini banyak kajian perlu dibuat bagi mencari alasan kenapa para penduduk gagal atau enggan membayar hasil. Kesalahan tidak sewajarnya diletakkan atas bahu agensi kerajaan semata-mata. Hulu Selangor adalah kawasan luarbandar. Apakah rakyat di sana berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan, atau mungkinkah banyak yang tidak mereka nikmati sehingga mengakibatkan mereka enggan menyumbang.
Hulu Selangor tidak boleh disamakan dengan Petaling yang tahap pendidikan dan ekonomi rakyatnya lebih baik.
Bagi saya banyak cara dan kaedah lain boleh digunakan oleh Khir selaku MB untuk bukan hanya memantau tetapi memperkenalkan pendekatan yang efektif bagi meningkatkan kutipan hasil. Tetapi menghadiahkan penyapu bagi saya sangat mengaibkan dan amat tidak wajar walaupun beliau berkata kononnya tujuan menghadiahkannya bukanlah untuk memalukan, kalu tidak malukan, apalagi tujuannya?!
Menurut laporan The Star ternyata tindakan Khir itu tidak disenangi oleh kakitangan kerajaan yang hadir:
Many staff members shook their heads when the brooms were presented to their recipients.
Ramai kakitangan yang menggeleng-gelengkan kepala apabila penyapu itu dihadiahkan kepada penerimanya.
Mungkin kita juga boleh mengenakan target kepada Khir, dan menghadiahkan beliau penyapu lidi jika gagal dalam pencapaiannya. Negeri Maju yang diisytiharkannya pada 2005 masih banyak belum menepati apa yang dicita-citakannya. Saya mencadangkan agar rakyat Selangor dan kakitangan awam negeri membaca buku: Selangor Maju Menuju Wawasan Syumul 2005, yang diterbitkan oleh Pejabat MB semasa Khir baru menjadi MB dulu. Lihat satu persatu target yang dutetapkan oleh Khir bagi kerajaannya. Kalau kita halusi bukan satu malah berpuluh-puluh penyapu yang sial-sial boleh kita hempapkan atas kepalanya.
Jangan hanya pandai mengukur orang, kelak orang lain pun boleh mengukur anda.
HIMPUNAN AMAN 200 RIBU RAKYAT MEMBERSIH KEKOTORAN PARA PENCETUS KEKOTORAN DEMOKRASI
Dusun Tua yang tetap mempertahankan statusnya sebagai pembekal utama barisan hadapan pejuang Agama Allah mudah-mudahan insya Allah.
Bermula dari siri-siri demonstrasi jalanan baik di Kuala Lumpur dan di merata-merata lagi DUN Dusun Tua tidak pernah ketinggalan dalam membekalkan segala kehendak dan keperluan dalam memastikan suara masyarakat dapat dizahirkan.
Lihat sahaja dari kelengkapan hingga ke tenaga pejuang.. inilah keistimewaan kurniaan Ilahi. Semoga Allah terus membekalkan semangat kesabaran, itiqamah, motivasi, kimanan dan ketaqwaan yang teguh dan jitu untuk terus menghidupkan perjuangan menegakkan Risalah Islam di muka bumi ini.
Kepada mereka yang telah mengorbankan darah dan segalanya untuk Islam..
khususnyya mujahid berjahit Ijok dan yang terkini.. masih ada lagi sumbangan darah dan keringat dari teman-teman DUN Dusun Tua...
Syabas semuanya buat kamu..!
Berani.. sabar dan tidak gentar melainkan kehebatan Allah SWT
Smoga pengorbanan ini memberikan pendahuluan awal kejayaan di dunia khususnya dalam pilihanraya dan medan juang yang akan senantiasa dihadapi..
kepada Musuh Islam..
terima kasih daun keladi atas kedegilanmu untuk tetap menentang Islam..
andai tidak terbuka pintu taubat buat kamu..
membuatkan kami terus istiqamah berdiri dan berjuang mempertahankan kesucian Islam..
semoga Allah bukakan seluas-luasnya pintu hati kami dengan sokongan iman dan taqwa menjadi insan yang terus berjuang menegakkan Agama Allah ..
Thursday, November 8, 2007
Itu bukan budaya kita....
dalam Perhimpunan Agung UMNO.
liputan 2 kali dari TV3, pertama lebih kurang jam 1 tengah hari dan kedua di dalam Berita TV3 jam 1.30.
Apa yang menarik sangat?
Setiap hari TV1 dok tayang
paparan tentang peristiwa di Batu Buruk Ramadhan lepas
ganas le, bukan budaya kita le..
akhirnya zahir juga .. Alhamdulillah
dalam perhimpunan Agung UMNO,
pembahas siapa lagi..
antara lebih kurang maksud ucapan yang dipetik TV3 itu
mendesak GLC turun padang bertemu pimpinan Melayu
untuk selesaikan masalah orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi ..
itu bukan perkara yang disebutkan sangat, tapi yang penting di akhir sedutan petikan ucapan itu:
Jika GLC tak mau turun, kita akan tunjuk perasaan..
bukankah itu bukan budaya kita seperti mana yang diwar-warkan
TV1 itu..
akhirnya yang mengajar tunjuk perasaan ini orang yang menuduh orang lain jahat juga rupanya..
macam 2 X 5 je...
terima kasih TV3
Wednesday, November 7, 2007
Genap 1 bulan selepas DUN Dusun Tua Banjir Besar
Agaknya dengan kesibukan saki-baki Syawal yang senantiasa membuat kita sibuk untuk menghadiri kebanyakkan majlis undangan rumah terbuka, ziarah sanak famili, yang mungkin pula sibuk bekerja mencari pendapatan menampung belanja Raya lepas. Begitu juga anak-anak dan adik-adik SPM & STPM kita yang bakal menduduki peperiksaan minggu depan sahaja lagi. Tapi sebelum itu, apalah nasib adik-adik kita diu Rimba Jaya Shah Alam yang dihalau dari rumah mereka. Tidak sempat mereka berada di rumah untuk mengulangkaji buat kali terakhir sebelum tibanya saat peperiksaan penting dalam menentu kerjaya masa depan mereka. Apa pun terima kasihlah kepada kalian yang terlibat dalam menambah koleksi derita rakyat negara ini.
Ingat ya..
Dunia ini senantiasa berputar, ada masa di atas ada masa di bawah. Saat kita di atas seronoknya menghempap yg di bawah.. namun ingat, dalam putaran roda tidak susah nak turunkan yang di atas itu walau yang di bawah agak sukar untuk naik..
Apa pun kembali kepada tajuk, harapnya rakyat di DUN Dusun Tua dapat mengambil iktibar dan pengajaran dengan peristiwa banjir yang berlaku. Samada ianya berlaku kerana kesilapan dan kelemahan manusia atau boleh jadi juga sepertimana yang diingatkan Allah apa jua kerosakan itu berpunca dari kejahatan tangan-tangan manusia yang sama sekali mengundang tetamu tidak berjemputan ini.
Banjir, semasa dan selepas itulah tajuknya yang penting. Sehingga hari ini saya yakin dan terlalu yakin soal bayaran pampasan dan bantuan kepada mangsa banjir masih lagi hangat diperkatakan di kalangan rakyat terutama para mangsa.
Ada yang patut menerima diabaikan dan yang sebaliknya adalah antara topik hangat perbincangan. Namun dari sudut politiknya, selain bantuan yang masih lagi belum tiba kepada mereka yang hak, ada lagi hak yang belum dituntut.
Pembelaan dari pihak berwajib. Selain bantuan yang belum tiba saya kira soalan yang agak baik untuk diketengahkan. Berapa ramai lagi ketua kampung yang tidak ambil peduli rakyat kampungnya dilanda banjir.
Sekadar mengingatkan tanggungjawab pemimpin yang bukan mengarah rakyat akan tetapi menjadi khadam rakyat. Jika malas, bukakan ruang rakyat memilih Khadam rakyat yang sepatutnya dan selayaknya berkhidmat kepada rakyat.
Pemimpin kami terlupakah akan kami di celah-celah ceruk kampung yang sampai juga air menziarahi rumah kami walau 10 tahun sekali. Namun lebih baik dari mereka-mereka yang berpuluh-puluh kali pilihanraya belum tiba menziarahi kami lagi.
Genap sebulan banjir, jambatan kami tetap begitu, bantuan kami mana ya.. mereka tidak sudi ziarah kami..
Ada ALTERNATIF lain 2007/2008 ini?
Saturday, November 3, 2007
Rumah Terbuka PAS MTD Dusun Tua
Wajah-wajah ceria dan suasana gembira di sepanjang Majlis hari Terbuka PAS MTD Dusun Tua yang bertempat di Perkarangan Kediaman Tuan Haji Ramli Yunan pada Ahad 28 Oktober lepas. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran seluruh pimpinan dan pendokong MTD Dusun Tua, Tuan Haji Razaly Yang DiPertua Kawasan PAS Kawasan Hulu Langat para pimpinan Pas Kawasan Hulu Langat, Saudara Sany Hamzan selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat. Begitu juga para pemimpin masyarakat, pihak berkuasa anggota polis dari Balai Polis Batu 18 dan juga mendapat liputan dari media Sinar Harian.
Majlis bermula jam 11.30 pagi dan dijadualkan tamat jam 2 petang namun terpaksa dilanjutkan ke jam 3.30 yang mana majlis telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat jelata. Walaupun, mungkin hidangan dan menu juadah agak sederhana namun tahniah diucapkan kepada AJK menu di bawah pengawasan Lujnah Kebajikan MTD yang telah menyediakan menu istimewa untuk pengunjung iaitu burger yang juga 'sold out' awal dan mendapat sambutan hangat para penunjung.
Majlis juga diserikan dengan acara sumbangan kepada penerima-penerima yang dikira layak menerima atas kapasiti mereka selaku orang miskin dan lain-lain dan juga majlis dimeriahkan dengan DJ bertugas yang dapat menghidupkan lagi suasana seperti temuramah dan berpeluang memetik ucapan-ucapan dari pengunjung VIP pada majlis ini. Syabas dan tahniah kepada yang terlibat dalam penganjuran majlis ini
Banjir besar DUN Dusun Tua
Banjir besar yang melanda sebahagian besar DUN Dusun Tua amat mengejutkan rakyat jelata di sini. Banjir yang berlaku pada malam hanya seminggu sebelum menjelang Aidilfitri ini telah melanda tanpa disangka-sangka oleh kebanyakkan penduduk tempatan. Banjir besar yang melanda ini hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam sahaja dan telah mengakibatkan banyak kerosakan terutamanya rumah-rumah yang berada di kawasa tepi sungai dan kawasan rendah. Juga termasuklah jambatan yang rosak dan juga lain-lain harta benda barang kelengkapan.
Tidak kurang sedih ialah mereka yang telah membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri dengan banyak barang yang musnah dalam banjir yang telah menghanyutkan lumpur dan air besar. Kebanyakkan mangsa banjir pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana tergamam tidak menyangka dalam suasana tidak hujan air naik terlalu cepat dan begitu mendadak sekali.
Pihak MTD dan PAS Kawasan Hulu Langat serta Unit Amal Hulu Langat telah mengambil langkah proaktif untuk menggerakkan bantuan pada malam kejadian, namun terhalang disebabkan jalan tertutup akibat banjir sehingga awal pagi.
Gerak kerja bantuan hanya dpat dimulakan keesokkan harinya dengan pihak PAS Hulu Langat dan MTD Dusun Tua berjaya mengagihkan bantuan kilat berupa makanan berbuka dan sedikit wang.
Bantuan selepas itu hari demi hari sejak Isnin 8 Oktober sehinggalah ke Hari Raya pertama Aidilfitri terus diagihkan kepada mangsa banjir siang dan malam. Terima kasih kepada mereka yang telah terlibat dalam menjayakan agihan sumbangan ini dari PAS Pusat, Badan Perhubunan Negeri, Dewan-Dewa Pemuda, Muslimat, Tabung harakah dan lain-lain badan serta individu yang bermurah hati menampilkan keprihatinan PAS kepada rakyat demi memastikan PAS tetap dekat di hati sanubari rakyat dalam situasi susah dan senang.
Para Pimpinan baik di peringkat negeri dan pusat berkesempatan untuk bertemu terus kepada mangsa banjir berkongsi masalah dan menyalur bantuan kepada mereka. Antara mereka yang berkesempatan ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hasan Ali, Ustazah Nuridah Salleh Ketua Dewan Muslimat Pusat dan Ustazah Wan Hasrina Hasan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Paling istimewa agihan bantuan berterusan sehingga pagi Hari Raya Pertama dengan pihak MTD diketuai Saudara Sany Hamzan mengagihkan sumbangan berupa sedikit wang, lemang dan rendang.
Kepada para petugas yang bertungkus lumus siang dan malam terima kasih diucapkan dan kami doakan semoga para mangsa terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menerima ujian Ilahi dan kepada kita semua samada yang terlepas dari ujian ini seharusnya mengambil iktibar dari setiap apa yang berlaku.
sudah tentu di sebalik kejadian itu terselit seribu satu hikmat dan rahmat Allah, namun ianya hanya pada yang mengenang Allah sepanjang masa. Setiap bencana selain diuji juga atas kesilapan tangan-tangan kita ini. Maka muhasabah, renungankan dan ingat... MASA UNTUK BERUBAH... MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...
Program sumbangan Aidilfitri fakir miskin dan warga emas
MTD Dusun Tua dan Ramadhan 1428H...
Sedikit coretan sepanjang Ramadhan 1428H lalu yang saya kirakan sebagai Ramadhan yang banyak memberikan peluang para ahli pendokong MTD bermuhasabah sejauh mana kemampuan diri dalam menjayakan amanah perjuangan menegak kebenaran Agama Allah. Selain itu Ramadhan tahun ini juga nampaknya sebagai medan pemanas badan fizikal jasmani dan rohani pendokong Islam PAS di MTD Dusun Tua ini.
Kita bermula dengan peristiwa Batu Buruk (walau Dusun Tua tidak terlibat, namun liputannya dekat di hati kerana hampir setiap minggu 2-3 kali pertemuan ahli-ahli untuk bersama-sama mengikuti ceramah dan lintas langsung majlis penerangan dan penjelasan pimpinan-pimpinan tertinggi sehingga beberapa kali lintas langsung terganggu mungkin disebabkan kerja-kerja jahat para penjahat yang menguasai negara ini.
Walau Ramadhan telah berlalu namun diharapkan bahang tarbiah Ilahi akan terus memanaskan semangat melaksanakan tanggungjawab agama dalam kehidupan di dunia ini.