Saturday, November 3, 2007

Banjir besar DUN Dusun Tua



Banjir besar yang melanda sebahagian besar DUN Dusun Tua amat mengejutkan rakyat jelata di sini. Banjir yang berlaku pada malam hanya seminggu sebelum menjelang Aidilfitri ini telah melanda tanpa disangka-sangka oleh kebanyakkan penduduk tempatan. Banjir besar yang melanda ini hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam sahaja dan telah mengakibatkan banyak kerosakan terutamanya rumah-rumah yang berada di kawasa tepi sungai dan kawasan rendah. Juga termasuklah jambatan yang rosak dan juga lain-lain harta benda barang kelengkapan.

Tidak kurang sedih ialah mereka yang telah membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri dengan banyak barang yang musnah dalam banjir yang telah menghanyutkan lumpur dan air besar. Kebanyakkan mangsa banjir pula tidak dapat berbuat apa-apa kerana tergamam tidak menyangka dalam suasana tidak hujan air naik terlalu cepat dan begitu mendadak sekali.

Pihak MTD dan PAS Kawasan Hulu Langat serta Unit Amal Hulu Langat telah mengambil langkah proaktif untuk menggerakkan bantuan pada malam kejadian, namun terhalang disebabkan jalan tertutup akibat banjir sehingga awal pagi.

Gerak kerja bantuan hanya dpat dimulakan keesokkan harinya dengan pihak PAS Hulu Langat dan MTD Dusun Tua berjaya mengagihkan bantuan kilat berupa makanan berbuka dan sedikit wang.

Bantuan selepas itu hari demi hari sejak Isnin 8 Oktober sehinggalah ke Hari Raya pertama Aidilfitri terus diagihkan kepada mangsa banjir siang dan malam. Terima kasih kepada mereka yang telah terlibat dalam menjayakan agihan sumbangan ini dari PAS Pusat, Badan Perhubunan Negeri, Dewan-Dewa Pemuda, Muslimat, Tabung harakah dan lain-lain badan serta individu yang bermurah hati menampilkan keprihatinan PAS kepada rakyat demi memastikan PAS tetap dekat di hati sanubari rakyat dalam situasi susah dan senang.

Para Pimpinan baik di peringkat negeri dan pusat berkesempatan untuk bertemu terus kepada mangsa banjir berkongsi masalah dan menyalur bantuan kepada mereka. Antara mereka yang berkesempatan ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hasan Ali, Ustazah Nuridah Salleh Ketua Dewan Muslimat Pusat dan Ustazah Wan Hasrina Hasan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Paling istimewa agihan bantuan berterusan sehingga pagi Hari Raya Pertama dengan pihak MTD diketuai Saudara Sany Hamzan mengagihkan sumbangan berupa sedikit wang, lemang dan rendang.

Kepada para petugas yang bertungkus lumus siang dan malam terima kasih diucapkan dan kami doakan semoga para mangsa terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menerima ujian Ilahi dan kepada kita semua samada yang terlepas dari ujian ini seharusnya mengambil iktibar dari setiap apa yang berlaku.

sudah tentu di sebalik kejadian itu terselit seribu satu hikmat dan rahmat Allah, namun ianya hanya pada yang mengenang Allah sepanjang masa. Setiap bencana selain diuji juga atas kesilapan tangan-tangan kita ini. Maka muhasabah, renungankan dan ingat... MASA UNTUK BERUBAH... MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...

No comments: