Program tradisi MTD sempena sambutan setiap Aidil fitri tahunan ini selamat dilaksanakan pada pagi Hari Ahad 7 Oktober 2007. Program konvoi yang telah menggerakkan sebahagian AJK pendokong MTD untuk mengedar sumbangan Aidilfitri ini telah bermula kira-kira jam 10 pagi dan tamat menjelang Zohor.
Konvoi ini telah diketuai oleh Tuan Haji Manan Onah selaku Ketua Lujnah Kebajikan MTD Dusun Tua diiringi pimpinan MTD Saudara Mohd jan Sulong dan Saudara Sany Hamzan Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat dan selaku wakil dari PAS Kawasan Hulu Langat.
Kepada Allah ucapan syukur sebanyaknya dirafa'kan atas kelancaran program ini dari awal hingga akhir yang sudah tentu dapat mendekatkan lagi PAS di hati sanubari rakyat khususnya di DUN Dusun Tua ini. Mereka-mereka yang terdiri dari Warga Emas yang kebanyakkannya adalah orang-orang lama dalam perjuangan, golongan fakir miskin, ibu tunggal, golongan fakir miskin dan yang sakit juga turut dikunjungi tanda keprihatinan pimpinan kepada rakyat jelata. Sudah tentu sumbangan yang diberikan tidak dapat membantu
sepenuhnya kesulitan yang dihadapi saudara-saudara kita di DUN Dusun Tua ini, namun sedikit berbekalkan keikhlasan beramal kerana Allah SWT sahaja menjadi bekal meringan beban dan mengerat ukkhuwwah persaudaraan di antara rakyat dan pendokong PAS Dusun Tua.
Pada waktu petangnya pula buat julung-julung kalinya pihak MTD juga telah berjaya menjayakan program amal Ramadhan dengan mengedar hampir seribu bungkusan bubur lambuk secara percuma kepada rakyat di DUN Dusun Tua bertempat di pasar Ramadhan Taman Seri Nanding yang bermula sejurus selepas Solat Asar dan hanya mengambil masa kira-kira tidak sampai setengah jam untuk semua bungkusan habis diedarkan para petugas.
Pun begitu para petugas tetap sabar menjalankan kerja-kerja amal mereka walaupun ada di kalangan mereka yang tidak berkesempatan untuk membawa pulang disebabkan bubur terlalu laris dan mendapat sambutan rakyat tempatan. Walaubagaimanapun, sambutan luar jangkaan ini sedikit sebanyak melonjakkan semangat para pendokong untuk bekerja dengan lebih kuat lagi kerana sokongan dan sambutan baik ini menampakkan rakyat masih memberikan sokongan terbaik mereka dan tidak sama sekali fobia dan menjauhkan diri dari PAS. Ini mudah-mudah kerana kerja kuat para pendokong yang ikhlas selama ini kerkhidmat tanpa mengira apa jua balasan melainkan mengharap redha Allah dan memastikan PAS dan Islam akan terus dekat di hati sanubari rakyat jelata. TAKBIRR !!
"Ya Allah terimalah amal kami ini walau ianya sekadar kecil-kecilan..."
No comments:
Post a Comment