Wednesday, November 7, 2007

Genap 1 bulan selepas DUN Dusun Tua Banjir Besar














Agaknya dengan kesibukan saki-baki Syawal yang senantiasa membuat kita sibuk untuk menghadiri kebanyakkan majlis undangan rumah terbuka, ziarah sanak famili, yang mungkin pula sibuk bekerja mencari pendapatan menampung belanja Raya lepas. Begitu juga anak-anak dan adik-adik SPM & STPM kita yang bakal menduduki peperiksaan minggu depan sahaja lagi. Tapi sebelum itu, apalah nasib adik-adik kita diu Rimba Jaya Shah Alam yang dihalau dari rumah mereka. Tidak sempat mereka berada di rumah untuk mengulangkaji buat kali terakhir sebelum tibanya saat peperiksaan penting dalam menentu kerjaya masa depan mereka. Apa pun terima kasihlah kepada kalian yang terlibat dalam menambah koleksi derita rakyat negara ini.

Ingat ya..

Dunia ini senantiasa berputar, ada masa di atas ada masa di bawah. Saat kita di atas seronoknya menghempap yg di bawah.. namun ingat, dalam putaran roda tidak susah nak turunkan yang di atas itu walau yang di bawah agak sukar untuk naik..

Apa pun kembali kepada tajuk, harapnya rakyat di DUN Dusun Tua dapat mengambil iktibar dan pengajaran dengan peristiwa banjir yang berlaku. Samada ianya berlaku kerana kesilapan dan kelemahan manusia atau boleh jadi juga sepertimana yang diingatkan Allah apa jua kerosakan itu berpunca dari kejahatan tangan-tangan manusia yang sama sekali mengundang tetamu tidak berjemputan ini.

Banjir, semasa dan selepas itulah tajuknya yang penting. Sehingga hari ini saya yakin dan terlalu yakin soal bayaran pampasan dan bantuan kepada mangsa banjir masih lagi hangat diperkatakan di kalangan rakyat terutama para mangsa.

Ada yang patut menerima diabaikan dan yang sebaliknya adalah antara topik hangat perbincangan. Namun dari sudut politiknya, selain bantuan yang masih lagi belum tiba kepada mereka yang hak, ada lagi hak yang belum dituntut.

Pembelaan dari pihak berwajib. Selain bantuan yang belum tiba saya kira soalan yang agak baik untuk diketengahkan. Berapa ramai lagi ketua kampung yang tidak ambil peduli rakyat kampungnya dilanda banjir.

Sekadar mengingatkan tanggungjawab pemimpin yang bukan mengarah rakyat akan tetapi menjadi khadam rakyat. Jika malas, bukakan ruang rakyat memilih Khadam rakyat yang sepatutnya dan selayaknya berkhidmat kepada rakyat.

Pemimpin kami terlupakah akan kami di celah-celah ceruk kampung yang sampai juga air menziarahi rumah kami walau 10 tahun sekali. Namun lebih baik dari mereka-mereka yang berpuluh-puluh kali pilihanraya belum tiba menziarahi kami lagi.

Genap sebulan banjir, jambatan kami tetap begitu, bantuan kami mana ya.. mereka tidak sudi ziarah kami..

Ada ALTERNATIF lain 2007/2008 ini?

No comments: