Thursday, November 27, 2008

Pulihkan Kekebalan Raja-Raja Melayu, Titah Tunku Naquiyuddin

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kekebalan Raja-raja Melayu perlu dikembalikan kepada baginda jika negara ini ingin melihat Raja-raja memainkan peranan yang lebih penting dan berkesan pada Abad ke-21 ini.

Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar bertitah, jika Raja-raja hendak menjalankan tugas secara adil, saksama dan tidak memihak dalam melindungi perlembagaan, kedaulatan mereka juga perlu dilindungi.

"Yang demikian kekebalan penuh daripada dikenakan prosiding sivil dan jenayah perlu dipertimbangkan semula agar monarki di Malaysia setara dengan raja-raja berperlembagaan lain di seluruh dunia," titah baginda pada Ceramah Jamuan Tengah Hari Diraja berjudul "Peranan Raja Berperlembagaan pada Abad ke-21" di sini, Rabu.

Baginda bertitah, kekebalan Raja-raja telah hilang selama 15 tahun dan ia perlu dituntut dan dipulihkan kembali agar Raja berperlembagaan dipulihkan kedaulatan sepenuhnya supaya baginda dapat memainkan peranan lebih tepat dan berkesan selaku pelindung Perlembagaan Persekutuan.

"Jika parti-parti politik melihat diri mereka sebagai wakil rakyat, maka Raja-raja melihat diri mereka sebagai pelindung perlembagaan," tegas baginda. Dengan kekebalan itu, usaha untuk melindungi kepentingan semua komuniti, memupuk keamanan, kemakmuran, keselamatan ekonomi dan tadbir urus yang baik dapat dipenuhi, tegas Tunku Naquiyuddin.

Baginda bertitah, berhubung pindaan perlembagaan 1993, penghapusan kekebalan Raja-raja adalah perkara serius memandangkan Malaysia mungkin satu-satunya negara yang rajanya tanpa kekebalan seumpama itu.

"Kedaulatan dan kekebalan sentiasa saling bergantung dan adalah karut bila seorang raja yang berdaulat boleh dihadapkan ke mahkamah kerana cuba melindungi kepentingan terbaik negara dan rakyat," tegas baginda.

Baginda bertitah Raja-raja mestilah juga dilindungi dengan apa carapun dari celaan kewangan agar kedaulatan mereka tidak tercemar dan terjejas.

Sebagai pihak berkuasa tertinggi dalam negara, adalah menjadi kewajipan pentadbiran melindungi integriti dan kemuliaan Raja-raja agar singgahsana dihormati tanpa soal, titah baginda.

"Kesan menyeluruh dari penghapusan kekebalan dan pembentukan mahkamah khas sesungguhnya agak revolusioner, tanpa ada lagi kekebalan, raja-raja boleh disaman oleh warga biasa dan oleh negara," tegas Tunku Naquiyuddin.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara dan jika mereka dipenjara lebih dari sehari, mereka secara automatik akan kehilangan singgahsana," ujar baginda.

Baginda bertitah, sebelum ini, Raja-raja Melayu bergantung pada Artikel 71 Perlembagaan yang menjamin hak Raja-raja mempertahan, menikmati dan melaksanakan hak dan keistiwewaan perlembagaan selaku raja sesebuah negeri".

Selaku ketua agama Islam, Raja-raja dalam kebanyakan hal dirundingi tetapi dalam fatwa baru-baru ini mengenai pengkid dan yoga, ujar baginda, baginda tidak pasti sama ada mana-mana anggota diraja dirundingi, sekiranya tidak, baginda meminta Majlis Fatwa berbuat demikian.

Lebih 50 orang menghadiri majlis jamuan itu anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).
___________________
Nota : UMNO perlu bertanggungjawab terhadap apa yang mereka laksanakan. UMNO perlu memperbetulkan keadaan ini. Apakah orang Melayu baru faham apakah perlunya institusi raja-raja perlu dipelihara? Institusi raja-raja adalah benteng terakhir hak orang-orang Melayu di tanahair sendiri.

Tetapi bukan kekebalan itu yang penting. Tetapi hak untuk bersuara, membuat keputusan dan bertindak bagi memelihara keadilan kepada semua pihak. 'Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah'

Tiada larangan jual arak di Selangor - Anwar

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Tiada larangan bagi premis-premis terbuka di Selangor untuk menjual minuman berakohol, kata Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pada dasarnya tiada sebarang cadangan bagi kerajaan negeri untuk membuat larangan penjualan alkohol di premis terbuka.

"Bagi saya tidak ada apa-apa masalah kerana dasar itu agak jelas kerana kita bukan menidakkan keinginan orang bukan Islam tetapi sekadar tidak menggalakkan golongan muda khususnya umat Islam minum arak," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyiarkan laporan bahawa PAS Selangor mencadangkan supaya penjualan minuman berakohol tidak dijual secara terbuka.

Bagaimanapun Anwar berkata, sebarang dasar mengenai penjualan arak ini seharusnya dibincangkan dan diputuskan oleh kerajaan negeri menerusi mesyuarat exconya.

"Kalau nak buat sebarang perubahan, kita biarkan Menteri Besar dan barisan exco kerajaan negeri yang tentukannya.

"Isu besar seperti ini, kerajaan negeri mesti buat keputusan mengenai polisinya," katanya.

Namun jelas beliau, Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang mengamalkan dasar demokratik perlu memberi ruang kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan mengenai isu ini.

"Rakyat memberi pandangan dan maklum balas dan kita mesti mendengarnya tetapi dalam aspek dasar, tidak ada sebarang masalah," katanya.

Jelasnya tiada sebarang perubahan yang dibuat kerana pada dasarnya umat Islam tetap tidak digalakkan untuk mengambil minuman keras.

Tambah beliau lagi, kemungkinan exco kerajaan negeri akan memutuskan sedikit perubahan-perubahan kecil berhubung perkara itu.

"Kemungkinan ada perubahan polisinya terutamanya yang berkaitan dengan golongan muda, kerana jika dijual ia tak sepatutnya boleh dilihat hingga mampu untuk menggalakkan orang Islam minum (arak).

"Kita tak mahu jual kepada golongan muda dengan mudah...yang lain tak ada perubahan," katanya.

__________________

NOTA : Tindakkan yang lebih tegas termasuk membatalkan lesen premis patut dilaksanakan sekiranya mereka menjual arak kepada orang Islam dan mereka yang dibawah umur 18 tahun (tidak kira agama). Ini bagi memelihara keharmonian masyarakat dan masa depan generasi muda. Tidak timbul PAS bongkak atau sombong kerana PAS hanyalah mahu memelihara kebajikan dan kemaslahatan umat Islam dan masyarakat. DAP boleh tidak bersetuju kerana mereka cuba memelihara perniagaan mereka. Tetapi janganlah sampai menimbulkan keresahan kepada rakyat.


Monday, November 24, 2008

Ceramah Perdana Anti-ISA: 9 Petugas Ditahan

Kerajaan mengarahkan pihak berkuasa menghentikan Ceramah Perdana Anti-ISA dengan apa sahaja cara, menyaksikan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turun dan menyuraikan perhimpunan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kekerasan.

Ceramah Perdana yang dihadiri pimpinan kanan Pakatan Rakyat dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA dalam usaha menggesa kerajaan menghapuskan kezaliman dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kekerasan ini membuka tirai baru dalam sejarah politik negara selepas Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak memenangi kerusi Presiden Umno baru-baru ini.

Setakat berita ini ditulis, tujuh petugas ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pandan Indah. Mereka adalah Kamaruzaman, Mohd Sani Hamzan, Saripuddin Mohd Yatim, Abdullah Rahman, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli dan Azman Abdul Hamid.

Pemimpin PAS Salahuddin Ayub dan Mat Sabu juga ditahan.

Majlis Fatwa haram yoga

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan.

"Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat.

"Ini kerana ada umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak tahu matlamatnya. Sebenarnya ilmu yoga mengandungi tiga peringkat iaitu ajaran untuk mendatangkan kesihatan, keduanya membersihkan jiwa dan kekuatan fizikal dan peringkat ketiga bersatu dengan tuhan," katanya.

Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu.

Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan.

Thursday, November 20, 2008

Religious freedom not for Muslims, says retired judge

PUTRAJAYA, Nov 19 – The concept of religious freedom does not apply to Muslims in the country, a retired high court judge told an international seminar here.

Datuk Faiza Tamby Chik said, as far as enacted law was concerned, it was clear that it was not easy for one to abandon the practices of the faith.

Citing the case of Lina Joy’s renunciation of Islam, Faiza said the High Court in its decision ruled that a Malay under Article 160(2) of the Federal Constitution remained in the Islamic faith until his or her dying days.

“The said Malay cannot renounce his or her religion through a deed poll and seek a declaration by virtue of Article 11 of the Federal Constitution,” he said when delivering a working paper entitled, “Malay and Islam in Malaysian Constitution” at the two-day International Seminar on Comparative Laws (ISCOM 2008) which ended today.

Speakers from universities in Sydney, Syria, and the Philippines participated at the seminar which was organised by Universiti Sains Islam Malaysia whose speakers also took part.

Faiza is a distinguished Fellow in Faculty of Syariah and Law from the Universiti Sains Islam Malaysia.

On the High Court decision, he said the court also held that even if one was a non-Malay and embraced Islam and become a Muslim convert (mualaf) and later decided to leave the Islamic faith, he or she was still required to report and see the relevant State Islamic Authority which would decide on the renunciation of Islam.

He said non-Muslims in the country had wide religious freedom and that the primary limitation on non-Muslims applied to those whose beliefs and religious practices included the propagation of their faith.

However, Faiza said state law may prevent attempts of non-Muslims to proselytise Muslims.

He added that Article 3 of the Federal Constitution provided a balancing clause that other religions might practice in peace and harmony in any part of the Federation. – Bernama

Tuesday, November 18, 2008

Diskaun tol 10 peratus untuk kenderaan ringan

KUALA LUMPUR: Kenderaan ringan bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus di Lebuhraya Utara-Selatan dan Elite pada waktu tengah malam sehingga 7 pagi, bermula tahun depan.
_________________________________

Suatu tindakkan yang terlewat tetapi dialu-alukan. Bukan setakat itu sahaja bahkan diskaun yang lebih banyak sepatutnya diberikan kepada pengguna terutama sekali ketika musim perayaan. Ketika musim perayaan inilah kenderaan amat sesak di lebuhraya dan R&R. Saya kira amat wajar diskaun diberikan sekurang-kurangnya 40%. Ini selepas mengambil kira jumlah pengguna lebuhraya yang banyak dan kesulitan yang dialami oleh pengguna.

Harga Minyak Baru RM2.00

Sejarah harga minyak negara telah menyaksikan beberapa pergerakkan naik dan turun. Sejarah menjadi saksi kepada :

Sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun1990 - RM 1.10 (naik RM 0.21)
01/10/2000- RM 1.20 (naik RM 0.10)
20/10/2001- RM 1.30 (naik RM 0.10)
01/05/2002- RM 1.32 (naik RM 0.02)
31/10/2002- RM 1.33 (naik RM 0.01)
01/03/2003- RM 1.35 (naik RM 0.02)
01/05/2004- RM 1.37 (naik RM 0.02)
01/10/2004- RM 1.42 (naik RM 0.05)
05/05/2005- RM 1.52 (naik RM 0.10)
31/07/2005- RM 1.62 (naik RM 0.10)
28/02/2006- RM 1.92 (naik RM 0.30)

Ini pula sejarah harga minyak MENTAH selama 5 tahun yang lalu:

Pada tahun 2005 harga minyak dunia pada lingkungan USD60 satu tong manakala harga petrol kita pada RM 1.52 seliter sebelum dinaikkan kepada RM1.62 seliter. Apabila harga minyak mentah dunia berlegar pada USD70 setong pada tahun 2006 harga petrol dinaikkan lagi kepada RM1.92 seliter.

Malangnya sehingga kini rakyat masih lagi tidak tahu apakah formula dan rujukkan yang digunapakai dalam menentukkan harga minyak. Hari ini harga petrol dipasaran hadapan New York USD1.18 satu gelen atau bersamaan RM1.09 satu liter.

Tolong sesiapa yang tahu formula mana yang kerajaan pakai..... tolong bagi tahu.

Monday, November 17, 2008

Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu

Jimadie Shah Othman | Nov 17, 08 12:30pm

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Friday, November 14, 2008

MP BN yakin Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada Pilihan Raya Umum akan datang

Jumaat, 14 November 2008
Oleh MASDAR R ARIFUDIN

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) berkeyakinan Pakatan Rakyat (PR) mampu memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

MP BN kawasan Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tidak mustahil PR akan akan mentadbir Malaysia pada PRU 13 jika BN tidak mendengar suara golongan muda pada hari ini.

Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, PRU 12 jelas membuktikan pengundi muda memberi impak besar terhadap keputusan pilihanraya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa, Angkatan Muda KeADILan (AMK), Yusmadi Yusoff yang dihubungi Suara KeADILan di sini berkata, pandangan yang diutarakan oleh Nazri itu merupakan suatu pandangan yang ikhlas dari seorang menteri yang cukup berpengalaman.

Yusmadi yang juga MP Balik Pulau, berkata, Nazri sebagai seorang menteri yang arif berkaitan kepimpinan sudah pastinya mengetahui realiti sebenar dalam negara ketika ini.

Menurut Yusmadi, golongan muda adalah sekumpulan manusia yang bersifat dinamik, keratif dan tangkas dalam memproses maklumat semasa khususnya isu-isu yang berkaitan kepentingan masyarkat dan negara.

Yusmadi yang juga seorang peguam memberi contoh bagaimana blog Anwar Ibrahim menerima kunjungan yang konsisten dari golongan muda.

Beliau yang baru dilantik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Pengerusi Masyarakat Madani turut menjelaskan Parti KeADILan sentiasa membuka peluang kepada setiap golongan muda untuk bergerak dalam KeADILan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan bahawa dua juta orang golongan muda yang berumur bawah 21 tahun berpotensi tersenarai dalam daftar pemilih menjelang pilihan raya ke-13.

Campurtangan bukan Islam boleh menimbulkan huru-hara

Kuala Terengganu - Tindakan pihak-pihak bukan Islam yang campurtangan dalam urusan dan hal ehwal Umat Islam dibimbangi boleh menimbulkan huru-hara.

Presiden Asian Federation Of Muslim Youth (AFMY) Dato’ Abu Bakar Chik menyatakan demikian sebagai respon kepada tindakan dua NGO bukan Islam yang membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan Katagender dan Food-not-Boms yang mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa mengharamkan Pengkid adalah tindakan ekstrims, keterlaluan dan amat berbahaya kerana boleh menganggu-gugat keharmonian dan keselamatan Negara.

Beliau turut meyokong kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang berkata fatwa yang dikeluarkan adalah sebagai panduan kepada umat Islam bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara dilarang agama.

“Fatwa Majlis adalah untuk Islam, bagi melindungi umatnya di Malaysia dari terjebak dengan kegiatan haram disisi Islam, “ia tidak ada kena mengena dengan bukan Islam, mengapa mereka (dua NGO bukan Islam) campurtangan dalam hal ehwal orang Islam,”kata Dato’ Abu Bakar ketika dihubungi Buletinonline kelmarin.

“Saya menyokong apa yang dinyatakan oleh Sheikh Abdul Aziz (Pengarah Jakim), “apa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa adalah selaras dengan pandangan Islam dan ianya adalah betul,”tambahnya.

Beliau juga berharap semoga umat Islam d negara ini sama-sama menerima dan mengambil keputusan yang baik itu dan dapat sama-sama menurutinya. Oleh yang demikian beliau menyeru semua umat Islam agar bersatu dan lebih prihatin terhadap isu-isu berkaitan Islam.

“Bersempena kedatangan bulan Zulhijjah, yang mana ia merupakan bulan Haji. bulan berkumpulnya Umat Islam dari seluruh dunia dari pelkbagai bangsa dan keturunan, “umat Islam seluruh dunia wajar bersatu dan cukuplah menjadi teladan dan pengajaran kepada kita tentang penderitaan Umat Islam hari ini, yang berlaku disebabkan campurtangan golongan dan pihak bukan Islam terhadap Negara-negara Islam,”tambah beliau.

Dalam perkembangan yang sama sebuah NGO Melayu Islam, Ikatan Anak Watan Negeri Terengganu (Ikhwan) turut menggesa supaya badan-badan dan NGO bukan Islam supaya jangan mencampuri urusan yang berkaitan hal dalaman umat Islam.

Jurucakap Ikhwan Kuala Terengganu, Sheikh Said Sheikh Ahmad, 70, berkata fatwa Pengkid adalah fatwa untuk umat Islam dan bangsa Melayu. Beliau berkata sekiranya bangsa lain atau ugama lain membenarkan dan merasakan ia baik bagi mereka, maka bagi umat Islam ia tidak ada apa.

“Apa yang di putuskan majlis Fatwa adalah ‘for muslim’ (untuk umat Islam), I repeat for muslim only (saya ulangi untuk umat Islam sahaja), why this Katagender and Food-not-Bombs and this Ivy Josiah, camputangan,”ujarnya.

Thursday, November 13, 2008

Kemudahan Negeri Milik Semua – Abdul Khalid

KLANG, 9 November – Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor tidak akan menghalang mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) sama ada di peringkat negeri atau pusat daripada menggunakan segala kemudahan dan harta benda milik kerajaan negeri.

Menurutnya perkara tidak membenarkan satu sama lain menggunakan kemudahan adalah satu perkara yang tidak betul dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“Saya rasa perkara tidak membenarkan satu sama lain adalah satu perkara yang tidak betul, kita mesti ada satu usaha keterbukaan maknanya kita boleh gunakan dan wakil kerajaan persekutuan juga boleh gunakan.

“Jadi kalau kita sekat antara satu sama lain, yang rugi adalah rakyat. Itu sebab balai rakyat kita telah minta supaya terbuka. Dulunya hanya satu parti politik sahaja yang boleh pakai sekarang ini semua boleh guna,” katanya dalam sidang media semasa menghadiri Rumah Terbuka Deepavali di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini tengah hari tadi.

Sebuah akhbar tempatan hari ini menyiarkan cadangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari yang meminta kerajaan negeri Selangor menghalang mana-mana pemimpin BN sama ada di pusat atau negeri menggunakan segala kemudahan dan harta milik kerajaan negeri.

Mengulas cadangan tersebut, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri tidak menolak cadangan itu walaupun ada kebenaran daripada apa yang diperkatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik itu.

“Bukan saya menolak, ini hanyalah menasihatkan bagaimana cara yang kita buat walaupun ada kebenaran yang diberikan beliau. Jadi kalau kita asyik tutup, jalan tutup, balai raya tutup, tiada kerja lainlah,” katanya yang turut mengingatkan segala kemudahan yang dinikmati hari ini adalah melalui cukai rakyat.

“Kita tidak boleh menghalang rakyat menggunakan segala kemudahan. Mereka berhak guna prasarana ataupun kemudahan kerajaan untuk rakyat,” katanya yang akan berbincang mengenai perkara tersebut dengan Exco itu. - MURIZA ABDUL HAMID

Wednesday, November 12, 2008

Minyak oh minyak....

Hari ini harga minyak mentah USD58.70 satu barrel(tong).

Harga petrol di pasaran hadapan New York USD1.3059 segelen iaitu bersamaan USD0.35 seliter. Sekiranya tukaran wang USD adalah RM3.50 maka harga petrol dipasaran hadapan adalah RM1.20 seliter.Tetapi berapakah harga petrol di Malaysia? Semalam saya baru beli minyak enjin Petronas Syntium Fully Syntatic RM209 yang dahulunya RM198.00 untuk satu tong 4 liter ataupun sebelum ini harganya RM180.00. Mereka kata harga minyak naik?.....

Inilah delima yang dihadapi oleh pengguna. Nak beli susah tak beli pun susah... Ikut hati nak bubuh minyak kelapa jer dalam enjin kereta tu.!

Kerajaan kena perjelaskan apakah asas untuk menetapkan harga petrol? Adakah harga sepatutnya RM2.20 atau RM1.20?

Friday, November 7, 2008

Raja Perta Bebas - Penahanan tidak sah.

SHAH ALAM, Nov 7 — The High Court today ordered the release of blogger Raja Petra Kamarudin after it ruled that his detention under the ISA was illegal.

The editor of the Malaysia Today news portal is expected to be produced in court by 4pm today after which he will be released.

The court ruling followed a habeas corpus application by Raja Petra’s counsel seeking his release from detention under the ISA.

The blogger was arrested on Sept 12 before he was sent to the Kamunting Detention Camp on Sept 23.

Home Minister Syed Hamid Albar had signed a detention order the previous day for Raja Petra to be held under section 8(1) of the ISA. This allows for the initial two-year detention period without trial to be renewed indefinitely.
____________

Apakah nasib tahanan ISA yang lain? Sampai bila mereka harus terus dikurung? Apakah kesalahan mereka? Kenapa mereka tidak pernah didakwa di mahkamah? Kalau tiada bukti untuk menahan mereka kenapa meraka dikurung? Undang-undang apa ini..... menghukum orang bersalah sebelum terbukti bersalah? Bebaskan semua tahanan ISA atau bicarakan mereka segera.!!!! Mereka ada keluarga, mereka ada anak, mereka ada tanggungjawab, siapa yang akan menyara keluarga mereka, siapa yang mengambil tahu sakit pening mereka, siapa...........????

Thursday, November 6, 2008

Papan tanda pelbagai bahasa di lokasi tertentu sahaja

KUALA LUMPUR 6 Nov. — Kementerian Pelancongan bertanggungjawab ke atas pemasangan papan tanda penerangan pelancong dalam beberapa bahasa di lokasi tertentu sahaja, kata Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, pelancong asing bukan sahaja bergantung kepada papan tanda pelancong yang dipasang itu untuk mendapatkan maklumat, malah boleh memperolehinya daripada risalah pelancongan dalam beberapa bahasa yang disediakan kementerian itu.

Katanya, walaupun demikian bahasa Melayu, masih kekal digunakan sebagai bahasa rujukan utama.

“Cadangan supaya mempelbagaikan bahasa pada papan tanda jalan dan nama-nama tempat merupakan satu usaha baik yang perlu diadakan demi meningkatkan jumlah pelancong asing ke Malaysia.

“Namun begitu, kerajaan tidak pernah berkompromi dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) berhubung cadangan mempelbagaikan bahasa pada papan tanda jalan dan nama-nama tempat untuk kemudahan pelancong.

Sebagai contoh, sehingga Jun 2008, negara telah menerima 99,032 pelancong dari beberapa negara Asia Barat dan golongan itu dikenalpasti sebagai pelancong berpotensi besar dalam menyumbang kepada pendapatan negara menerusi aktiviti membeli-belah.

Sehubungan itu, beliau berkata, adalah wajar untuk mempelbagaikan papan tanda serta nama tempat dalam bahasa Arab untuk tarikan pelancong dari Asia Barat yang gemar berkunjung ke kawasan membeli-belah sekitar KLCC dan Bukit Bintang.

Azalina turut menjelaskan bahawa pemasangan papan tanda jalan tertakluk kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran. - Bernama

Surat Syadina Ali kepada Malik ibn al-Harith al-Ashtar

Ini adalah pesanan/arahan Syadina Ali kepada gabenor Mesir Malik ibn al-Harith al-Ashtar. http://jmatekali.blogspot.com/. Ianya mungkin terlalu panjang untuk di postkan di blog ini. Mungkin kalau berkesempatan akan diterjemahkan. Kalau tak bacalah seadanya atau belilah buku kecil ini di kedai-kedai buku yang berhampiran.

Pesanan tersebut amat releven dalam masa kita mengolah belanjawan dan membina arah tuju negara. Selamat membaca.

Wednesday, November 5, 2008

Obama presiden US ke44 yang baru

5 NOVEMBER 2008
KUALA LUMPUR, MALAYISA

Bermula dengan satu harapan yang hampir mustahil akan tetapi berani, kini ianya sudah menjadi kenyataan. Kemenangan Barack Obama membuka satu lembaran baru dalam sejarah Amerika Syarikat. Hasrat beliau untuk memulakan halatuju baru hubungan di antara Amerika Syarikat dan seluruh dunia amat dialu-alukan.

Sokongan yang diterima bakal Presiden Amerika ini merentasi batas kaum, agama dan generasi, malah mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku pada bulan Mac lalu apabila rakyat Malaysia memilih untuk menolak rejim Barisan Nasional yang masih terikat dengan polisi usang dan gagal.

Keintiman beliau dengan rantau ini serta keprihatinan terhadap dunia membangun terutamanya benua Asia dan Afrika ketika prospek ekonomi tidak menggalakkan, memberi harapan baru kepada kerjasama yang lebih erat. Negara-negara yang sebelum ini mempunyai pertikaian dengan Amerika Syarikat melihat adanya peluang untuk meneruskan kerjasama berhubung isu dasar luar, pembangunan dan alam sekitar.

Di bawah pentadbiran beliau, hubungan dan dialog di antara negara-negara Muslim dan Amerika Syarikat mempunyai harapan yang lebih cerah. Isu-isu di Timur Tengah sememangnya memerlukan komitmen terhadap diplomasi yang konsisten, bersedia untuk menyertai dialog yang lebih bermakna dan tidak bertindak sendirian tanpa menghiraukan suara-suara serta pendapat lainnya. Kami berharap bakal Presiden Amerika ini akan memperlihatkan kepimpinannya berhubung isu-isu ini berbanding pentadbiran lepas yang gagal untuk berbuat demikian.

Pemimpin diukur bukan melalui retorik kempen semata-mata, akan tetapi melalui dasar yang digarap serta pelaksanaannya. Kami mengucapkan tahniah kepada bakal Presiden; Barack Obama dan Naib Presiden; Joe Biden dan semoga mereka berjaya untuk membawa perubahan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Caruman KWSP terkumpul RM160 billion setahun

Menurut akhbar The Sun hari ini..... Jika pekerja mengurangkan caruman 3% KWSP dalam masa dua tahun, kita dapat mengumpul RM4.8 billion; maka ini bermakna caruman pekerja sebenar untuk 2 tahun adalah RM160 billion. Jumlah ini jika ditambah dengan caruman majikan maka KWSP selama dua tahun mengumpul lebih kurang RM320 billion. Dalam masa 10 tahun KWSP mampu mengumpul RM1.6 trilion. Agak-agak sepanjang penubuhan KWSP berapa banyak KWSP kumpul? Dan yang lebih penting kemana ianya dibelanjakan? Kenapa pekerja masih terus diperah keringatnya bagi menyokong kewangan kerajaan. Ini termasuklah pakej rangsangan RM5 billion untuk Valuecap....!

An asset management company initiated by the government, called Valuecap Sdn Bhd, with RM10 billion funds began operation in 2002. It is owned equally by Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Bhd (PNB) and Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
http://www.khazanah.com.my/portfolio.htm

Walaupun tua tetap bersemangat....

PROTES... Sebahagian ahli Gabungan Graduan Melayu Muda mengadakan demonstrasi selepas saman difailkan terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan kerajaan negeri berhubung isu papan tanda pelbagai bahasa di Georgetown semalam.

Selepas ini kita harap kumpulan ini memeruskan'perjuangan' bagi memertabatkan bangsa dan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Antara yang mereka ini perlu laksanakan:

  1. Semua pembelajaraan di sekolah kebangsaan hendaklah diajar didalam bahasa Melayu termasuk Sains dan Matematik.... Kecuali matapelajaran bahasa Inggeris.
  2. Ubah semua nama-mana jalan dan penempatan di Puterajaya kepada bahasa Melayu.
  3. Segala mesyuarat, surat-menyurat, dokumen dan perhubungan yang melibatkan kerajaan dalam negeri hendaklah dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
  4. Perkasakan DBP dan jadikannya sebuah badan penasihat bahasa kepada kerajaan.
  5. Semua warga negara hendaklah boleh berbahasa Melayu. Kalau tidak hanyak layak mendapat taraf penduduk sementara sahaja.
  6. Semua menteri kabinet, ahli parlimen dan ADUN tidak lagi dibenarkan mengunakan selain dari bahasa Melayu dalam Parlimen, dewan negeri dan membuat sidang akhbar. Ini termasuk larangan mengunakan bahasa rojak.
  7. Semua syarikat berkaitan dengan kerajaan hendaklah mengunakan bahasa Melayu dalam semua bentuk komunikasi dalam negara.
  8. Buat satu memorandum kepada PM untuk memastikan bahasa Melayu terus dipelihara dan dimartabatkan sebagai bahasa ilmu.

Jangan hanya pandai komen apa yang dibuat oleh orang lain tetapi apabila melibatkan BN semua diam tak berani nak bersuara.....

Tuesday, November 4, 2008

Persatuan Yoga terbuka terima keputusan Majlis Fatwa

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

PETALING JAYA: Ketika Majlis Fatwa Kebangsaan dijadual mengumumkan fatwa mengenai senaman yoga yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, Persatuan Yoga Malaysia (MYS) bersedia untuk menerima dengan terbuka sebarang keputusan yang bakal diumumkan.

"Kami terbuka dalam hal ini. Kami sedia berbincang dengan mana-mana pihak dalam hal ini," kata Pengerusi MYS, M. Manisekaran kepada mStar Online hari ini. Jelas beliau, secara asasnya yoga hanyalah sejenis senaman yang tidak melibatkan mana-mana agama.

Menurut beliau, peserta yang menyertai kelas yang dijalankan bebas memberi kritikan dan teguran jika kelas yang dijalankan menjurus kepada konsep spiritual yang menggugat akidah orang Islam.

"Kami sentiasa menghormati kepentingan agama Islam," katanya.

Tambahnya, yoga merupakan senaman berbentuk meditasi yang memperbaiki sistem dan pernafasan seseorang untuk memberi kesejahteraan individu terbabit.

"Saya rasa perkara ini mungkin telah menyebabkan timbulnya salah faham,dan keraguan kepada orang Islam. Hakikatnya senaman yoga tidak langsung melibatkan sebarang pergerakan berbentuk spritual," katanya.

Baru-baru ini pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Ditanya apakah keputusan Majlis Fatwa Kebangsan yang akan diumumkan Jumaat ini akan meberi kesan kepada jumlah penyertaan yoga di kalangan umat Islam, Manisekaran berkata: "Jumlah peserta beragama Islam yang menjadi ahli persatuan kami sangat sedikit dan jika dihitung dalam jumlah peratusan, tidak sampai 5 peratus orang Islam yang menyertainya sehingga kini."

Tegas beliau, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung silabus yang dijalankan.

"Kami hanya memberi pengajaran yang banyak menumpukan kepada sistem pernafasan, tiada yang melibatkan pegerakan berbentuk spiritual," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Tenaga Pengajar Yoga Kebangsaan berkata, dalam rekod menunjukkan tiada seorang pun jurulatih senaman itu beragama Islam.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz hari ini enggan memberi ulasan berhubung ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung amalan yoga.

"Saya tak mahu komen mengenai hal ini lagi, Tunggulah sehingga Majlis Fatwa umumkan.

Tiada benda baru setakat ini," katanya kepada mStar Online hari ini. Kelmarin beliau memberitahu Majlis Fatwa akan membuat pengumuman berhubung amalan yoga tersebut Jumaat ini.

Jelasnya, fatwa itu dibuat selepas kajian mendalam dilakukan selama enam bulan mengenai perkara itu dan setelah tiga kali perkara itu dirujuk kepada panel Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin dijangka akan membuat kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sejak 3,300 sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Sikit punya kalut daa...











“Jangan kamu merasa hina(hilang semangat) memburu musuh, kerana jika kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya, sedangkan kamu pula berharapkan kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan“(An-Nisa’:104

Anwar says Ketuanan Melayu only benefits a minority

IPOH, Nov 3 — The “ketuanan Melayu” or Malay supremacy concept as advocated by certain groups, benefits and enriches only a small group of Malays, Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim said.

“I believe that the Malays and Bumiputeras should not be sidelined,” he said.

“We should do all we can to help them together with the Chinese and Indians,” Anwar told reporters after a talk at the Bangunan Darul Ridzuan today.

He said, however, that fighting for Malay supremacy to enrich a small number of Malays while a larger section of the community were still in deplorable condition, was unacceptable.

On the remark by former Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Zaid Ibrahim recently that the Malay supremacy concept had failed, Anwar said, the statement should be studied by all.

At the 21st LawAsia Conference in Kuala Lumpur last week, Zaid said the Malay supremacy concept had failed and distracted from the real issues confronting the country.

The remark irked several Umno leaders, including Perlis Umno liaison chief Datuk Seri Shahidan Kassim who described Zaid’s statement as excessive, while Umno supreme council member Datuk Seri Syed Hamid Albar called on Zaid to apologise to the Malays.

Meanwhile, Anwar said that certain media had been manipulating the appointment of Low Siew Moi as the acting general manager of Selangor State Development Corporation (PKNS) and turned the matter into a racial issue.

He said the appointment was only temporary until a new one was made by the Pakatan Rakyat. — Bernama

Perkauman?...

Saturday, November 1, 2008

Lebih 5000 pelawat dah...

Teringat tulisan sulung blog ini yang mulanya dicetus dan dimulakan oleh Setiausaha MTD Dusun Tua dalam kehangatan sebelum pilihanraya ke-12 yang lalu. Terbitan awal bertarikh 21 Ogos 2007.

Tup tup! terlupa dan kurang perasan, hampir satu suku tahun, rupanya blog ini menerima kunjungan lebih 5000 pelawat. Sekurang-kurangnya blog ini mendapat tempat kepada peminat pengunjungnya yang tersendiri.



Kepada pelawat tetap blog MTD Dusun Tua ini ucapan terima kasih atas segala sokongan dan idea serta cadangan dan teguran kami sedia menerimanya untuk pembaikan bersama.

Semoga ianya menjadi platform media alternatif yang terus menyumbang sehinggalah kita semua dikurniakan media rasmi.

Syukran Jazilan semua...
Termasuk Sdr. JMA yang bermujahadah membantu menjayakan blog ini.