KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kekebalan Raja-raja Melayu perlu dikembalikan kepada baginda jika negara ini ingin melihat Raja-raja memainkan peranan yang lebih penting dan berkesan pada Abad ke-21 ini.
Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar bertitah, jika Raja-raja hendak menjalankan tugas secara adil, saksama dan tidak memihak dalam melindungi perlembagaan, kedaulatan mereka juga perlu dilindungi.
"Yang demikian kekebalan penuh daripada dikenakan prosiding sivil dan jenayah perlu dipertimbangkan semula agar monarki di Malaysia setara dengan raja-raja berperlembagaan lain di seluruh dunia," titah baginda pada Ceramah Jamuan Tengah Hari Diraja berjudul "Peranan Raja Berperlembagaan pada Abad ke-21" di sini, Rabu.
Baginda bertitah, kekebalan Raja-raja telah hilang selama 15 tahun dan ia perlu dituntut dan dipulihkan kembali agar Raja berperlembagaan dipulihkan kedaulatan sepenuhnya supaya baginda dapat memainkan peranan lebih tepat dan berkesan selaku pelindung Perlembagaan Persekutuan.
"Jika parti-parti politik melihat diri mereka sebagai wakil rakyat, maka Raja-raja melihat diri mereka sebagai pelindung perlembagaan," tegas baginda. Dengan kekebalan itu, usaha untuk melindungi kepentingan semua komuniti, memupuk keamanan, kemakmuran, keselamatan ekonomi dan tadbir urus yang baik dapat dipenuhi, tegas Tunku Naquiyuddin.
Baginda bertitah, berhubung pindaan perlembagaan 1993, penghapusan kekebalan Raja-raja adalah perkara serius memandangkan Malaysia mungkin satu-satunya negara yang rajanya tanpa kekebalan seumpama itu.
"Kedaulatan dan kekebalan sentiasa saling bergantung dan adalah karut bila seorang raja yang berdaulat boleh dihadapkan ke mahkamah kerana cuba melindungi kepentingan terbaik negara dan rakyat," tegas baginda.
Baginda bertitah Raja-raja mestilah juga dilindungi dengan apa carapun dari celaan kewangan agar kedaulatan mereka tidak tercemar dan terjejas.
Sebagai pihak berkuasa tertinggi dalam negara, adalah menjadi kewajipan pentadbiran melindungi integriti dan kemuliaan Raja-raja agar singgahsana dihormati tanpa soal, titah baginda.
"Kesan menyeluruh dari penghapusan kekebalan dan pembentukan mahkamah khas sesungguhnya agak revolusioner, tanpa ada lagi kekebalan, raja-raja boleh disaman oleh warga biasa dan oleh negara," tegas Tunku Naquiyuddin.
"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara dan jika mereka dipenjara lebih dari sehari, mereka secara automatik akan kehilangan singgahsana," ujar baginda.
Baginda bertitah, sebelum ini, Raja-raja Melayu bergantung pada Artikel 71 Perlembagaan yang menjamin hak Raja-raja mempertahan, menikmati dan melaksanakan hak dan keistiwewaan perlembagaan selaku raja sesebuah negeri".
Selaku ketua agama Islam, Raja-raja dalam kebanyakan hal dirundingi tetapi dalam fatwa baru-baru ini mengenai pengkid dan yoga, ujar baginda, baginda tidak pasti sama ada mana-mana anggota diraja dirundingi, sekiranya tidak, baginda meminta Majlis Fatwa berbuat demikian.
Lebih 50 orang menghadiri majlis jamuan itu anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).
___________________
Nota : UMNO perlu bertanggungjawab terhadap apa yang mereka laksanakan. UMNO perlu memperbetulkan keadaan ini. Apakah orang Melayu baru faham apakah perlunya institusi raja-raja perlu dipelihara? Institusi raja-raja adalah benteng terakhir hak orang-orang Melayu di tanahair sendiri.
Tetapi bukan kekebalan itu yang penting. Tetapi hak untuk bersuara, membuat keputusan dan bertindak bagi memelihara keadilan kepada semua pihak. 'Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah'

No comments:
Post a Comment