Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
PETALING JAYA: Ketika Majlis Fatwa Kebangsaan dijadual mengumumkan fatwa mengenai senaman yoga yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, Persatuan Yoga Malaysia (MYS) bersedia untuk menerima dengan terbuka sebarang keputusan yang bakal diumumkan.
"Kami terbuka dalam hal ini. Kami sedia berbincang dengan mana-mana pihak dalam hal ini," kata Pengerusi MYS, M. Manisekaran kepada mStar Online hari ini. Jelas beliau, secara asasnya yoga hanyalah sejenis senaman yang tidak melibatkan mana-mana agama.
Menurut beliau, peserta yang menyertai kelas yang dijalankan bebas memberi kritikan dan teguran jika kelas yang dijalankan menjurus kepada konsep spiritual yang menggugat akidah orang Islam.
"Kami sentiasa menghormati kepentingan agama Islam," katanya.
Tambahnya, yoga merupakan senaman berbentuk meditasi yang memperbaiki sistem dan pernafasan seseorang untuk memberi kesejahteraan individu terbabit.
"Saya rasa perkara ini mungkin telah menyebabkan timbulnya salah faham,dan keraguan kepada orang Islam. Hakikatnya senaman yoga tidak langsung melibatkan sebarang pergerakan berbentuk spritual," katanya.
Baru-baru ini pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Ditanya apakah keputusan Majlis Fatwa Kebangsan yang akan diumumkan Jumaat ini akan meberi kesan kepada jumlah penyertaan yoga di kalangan umat Islam, Manisekaran berkata: "Jumlah peserta beragama Islam yang menjadi ahli persatuan kami sangat sedikit dan jika dihitung dalam jumlah peratusan, tidak sampai 5 peratus orang Islam yang menyertainya sehingga kini."
Tegas beliau, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung silabus yang dijalankan.
"Kami hanya memberi pengajaran yang banyak menumpukan kepada sistem pernafasan, tiada yang melibatkan pegerakan berbentuk spiritual," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Tenaga Pengajar Yoga Kebangsaan berkata, dalam rekod menunjukkan tiada seorang pun jurulatih senaman itu beragama Islam.
Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz hari ini enggan memberi ulasan berhubung ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung amalan yoga.
"Saya tak mahu komen mengenai hal ini lagi, Tunggulah sehingga Majlis Fatwa umumkan.
Tiada benda baru setakat ini," katanya kepada mStar Online hari ini. Kelmarin beliau memberitahu Majlis Fatwa akan membuat pengumuman berhubung amalan yoga tersebut Jumaat ini.
Jelasnya, fatwa itu dibuat selepas kajian mendalam dilakukan selama enam bulan mengenai perkara itu dan setelah tiga kali perkara itu dirujuk kepada panel Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin dijangka akan membuat kenyataan rasmi berhubung perkara itu.
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sejak 3,300 sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

No comments:
Post a Comment