Wednesday, April 28, 2010

Zaid mahu fail petisyen, saman SPR

KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Zaid Ibrahim yang tewas dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu akan memfailkan petisyen pilihan raya dalam waktu terdekat — minta mahkamah mengisytiharkan keputusan tidak sah.

Selain itu beliau juga akan memfailkan kes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana cuai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai badan pengendali pilihan raya.

Pada sidang media diadakan di sini, Zaid berkata beliau juga bercadang untuk memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana melabelkanya sebagai “kaki arak”.

_____________________________

KUALA LUMPUR, April 28 — Defeated PKR candidate Datuk Zaid Ibrahim will file an election petition to declare the Hulu Selangor by-election as void, claiming the Election Commission was biased in the Sunday vote.

He also said he will sue Utusan Malaysia for calling him an “alcoholic”, the main personal attack in the eight-day campaign period.

“I’ve made a decision to file an election petition to declare the results as not valid. My legal team will file it soon,” Zaid told a press conference here today.

“The Election Commission must be seen to be impartial. My opinion is that they are extremely partial, and [we] will act against them,” he added.

He then announced his plan to initiate legal proceedings against Umno-owned daily, Utusan Malaysia.

“I will also take action against Utusan Malaysia for labelling me an ‘alcoholic’, Zaid said.

'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.

Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.

Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.

Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.

Laporan polis

Sementara itu, kira-kira jam 2 petang tadi, Norsiah turut membuat laporan di ibupejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11, antaranya menuntut kes anaknya itu disiasat ibu pejabat polis Bukit Aman sendiri.

“Saya meminta supaya suatu siasatan yang bebas dijalan oleh polis daripada ibu pejabat persekutuan PDRM (Polis Diraja Malaysia) Bukit Aman ke atas semua pihak polis yang terlibat termasuk pegawai atasan yang membenarkan insiden ini berlaku,” dakwanya dalam laporan tersebut.

Beliau ditemani beberapa pemimpin PKR dan aktivis peguam ketika membuat laporan tersebut. Turut hadir ialah ketua penerangan PKR Latheefa Koya, exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Aktivis peguam pula yang menawarkan diri sebagai peguam keluarga terbabit N Surendran dan Puspawati Rosman, turut hadir.

Norsiah bagaimanapun enggan bercakap panjang kepada media kerana sudah mengadakan sidang akhbar di rumahnya di sebelah pagi.

“Saya mahukan pembelaan (arwah) untuk anak saya,” katanya ringkas.

Sementara itu, dalam laporan polisnya petang ini, yang salinannya ditunjukkan oleh Latheefa, Norsiah mempersoalkan kenapa kereta yang dipandu anaknya tidak ditahan atau dihalang sahaja kerana “Tiada ada apa-apa sebab munasabah kenapa pihak polis perlu menembak”.

"Saya ingin menegaskan anak saya tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan tidak pernah terlibat dalam apa jua kes jenayah termasuk rompakan,” dakwanya dalam aduannya itu.

Ibu tunggal kepada lapan anak itu mendakwa, berdasarkan tembakan yang dilepaskan dari belakang, anaknya bukan satu ancaman kepada keselamatan pihak polis.

Monday, April 26, 2010

Syabas dan Tahniah......

Sekalung tahniah kepada sahabat-sahabat petugas yang berhempas pulas bagi memastikan kemenangan PR. Namun takdir Allah telah menentukan kita tidak menang. Mungkin keputusan akhir tidak memihak kepada kita tetapi yang lebih mustahak ialah kita telah menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada rakyat Selangor.

Jangan kita kecewa dan sedih..... Ingatlah kalau matlamat kita untuk menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada rakyat. Kita sebenarnya telah berjaya. Mungkin perlu di tingkat terutama di kawasan majoriti orang Melayu.

Walaupun dengan keterbatasan ini, kita masih mampu bertahan dan memberi saingan yang amat sengit. Sekiranya kita nilai jumlah wang ringgit yang ditaburkan oleh BN dan seluruh jentera kerajaan dan menteri-menteri yang turun ke Hulu Selangor, kemenangan BN setakat 1,725 itu adalah tidak padan.

Mungkin selepas ini Najib menyangka rakyat sudah mula menyokong mereka. Maka, bolehlah dia berkira-kira untuk mengadakan PRU13 dalam masa terdekat.... mungkin akhir tahun atau awal tahun hadapan.

Satu tugas berat bakal menunggu. Selamat berjuang.

Sunday, April 25, 2010

Hasan Ali Nafi Guna Masjid Untuk Berpolitik

SHAH ALAM: Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan beliau mengingkari arahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid sebagai medan untuk berpolitik.

Beliau berkata laporan akhbar hari ini yang menyatakan beliau telah menyentuh perkara berkaitan politik ketika menyampaikan khutbah di MasjidAs-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam adalah tidak benar dan merupakan satu tuduhan semata-mata.

"Terdapat juga tuduhan yang menyatakan saya terlupa untuk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam khutbah kedua yang merupakan rukun sahnya khutbah, sebaliknya saya membacanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan berkata apa yang disampaikan ketika khutbah ialah mengenai pembangunan yang tidak seimbang dan kesannya dengan memetik beberapa pandangan ahli fikir Islam yang menyatakan hanya Islam yang menjadi faktor bagi menyelesaikan masalah umat.

Mengenai bacaan selawat yang menjadi rukun sah khutbah dan sembahyang Jumaat, beliau berkata pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan anggota jawatankuasa (AJK) masjid terbabit yang hadir mengesahkan bahawa beliau ada membaca selawat itu.

"Suka juga saya nyatakan di sini saya sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco Agama Islam negeri, sudah pastilah menjaga kesucian rumah Allah sebagai tempat suci dan menjunjung perintah Sultan Selangor," katanya.

Hasan berkata penjelasan itu diharap dapat menjawab kekeliruan laporan akhbar dan dakwaan yang dibuat oleh beberapa pemimpin mengenai penyalahgunaan masjid serta syarat sah solat Jumaat seperti yang disiarkan dalam beberapa media.

"Penjelasan ini merupakan jawapan kepada tuduhan tidak berasas yang dilemparkan kepada saya dan suka saya nyatakan saya tidak berpolitik melalui khutbah sebaliknya khutbah saya itu telah dipolitikkan," katanya. - BERNAMA

Benarkah UMNo seperti apa yang didakwa....


Suatu ketika dahulu lagu Warisan kerap didendangkan terutama didalam kursus-kursus anjuran BTN dan juga tadika KEMAS. Namun lagu tinggal lagu. Orang (UMNo) yang mendakwa pejuang bangsa rupa-rupanya indah kabar dari rupa. Harapkan pagar, pagar makan padi. Anak kera disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Sekiranya kita mendengar kata-kata pemimpin-pemimpin UMNo, seolah-olah merekalah pejuang bangsa yang tulin yang tidak tolok bandingnya. Sehingga orang-orang kampong melopong, bulat muncung mendengar pidato mereka berdegar-degar. Tidak sedar ekor bergelumang tahi.

Dulu kini dan...... adakah selamanya generasi veteran perang ini terus dibuai oleh impian dan harapan yang indah diceritakan oleh pemimpin-pemimpin UMNo ini. Sedar atau tidak mereka ini jualah yang merampas, mengadai, memunggah kekayaan hak orang Melayu didepan mata kita. Sedangkan mereka terus bersenandung lagu Warisan.

Sehingga kini generasi ini masih menyangka kapal layar yang suatu masa dulu mereka pangkah kini dah pecah dua. Pecah dua dan ianya belayar kedua destinasi yang berbeza. Pemimpin dengan kapalnya sendiri dan orang Melayu didalam kapal yang berasingan. Pemimpin di dalam kapal mewah tersergam indah dan penuh dengan nikmat dan kesenengan.... Sedangkan rakyat berdayung dikapal sempit lagi usang.

Mungkin generasi baru terpaksa menunggu generasi ini pupus barulah harapan dan cita-cita generasi baru akan tercapai. Kita terpaksa menunggu mereka mati kerana untuk mereka sedar adalah amat sedikit. Walaupun begitu kita tidak boleh berputus asa dalam menyampaikan kebenaran dan menyedarkan mereka ini.

Cita-cita yang mengimpikan sebuah negara yang lebih adil dan telus lahir di negara ini terus membara. Pembentukkan sebuah negara perlu berdasarkan prinsip dan dasar agama dan juga kesedaran akan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Justru itu, tidak lain dan tidak bukan ianya adalah untuk melaksanakan segala titah perintah Allah.

Setelah lebih 50 tahun mereka memerintah banyak mana yang mereka buat benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat? UMNo pada awalnya ditubuhkan untuk membantu orang Melayu telah menyimpang jauh dari landasannya yang sebenar. Oleh kerana kerana ketamakkan segelintir pemimpinnya maka rakan-rakan dalam BeEnd juga tumpang sekaki. Mereka ini memunggah segala khazanah dan kekayaan negara sehingga mereka lupa yang anak dan jran mereka juga ingin hidup.

Hari ini penduduk dan pengundi di Hulu Selangor menanggung di atas pundak mereka tanggungjawab yang amat besar. Mereka menanggung hasrat generasi baru yang kepingin melihat perubahan total dalam persada politik negara. Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin UMNo kini tidak sebagaimana kita kenal bapak-bapak mereka satu waktu dahulu. Kami berdoa agar BeEnd kalah agar mereka sedar kesilapan mereka. Marilah sama-sama kita berdoa agar calon Keadilan menang dan Pakatan Rakyat menang.

Mungkin ada yang sudah terlupa apa yang sepatutnya UMNo perlu buat. Mari kita perhatikan lirik lagu Warisan ini..


Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Saturday, April 24, 2010

Mulia dan dimuliakan

Kita mulia di mata masyarakat dan dimuliakan kerana masyarakat memuliakan.

Kita bukan wali. Jauh sekali nabi dan rasul.... Hendak mendakwa dimuliakan Allah jauh sekali. Kita adalah insan kerdil lagi hina menumpang teduh dibumi Allah dan meminjam nyawa untuk mengecap sedikit nikmat dunia. Untuk apa semua ini?

Kita berani mencipta hukum semata-mata kita berbeza pendapat dengan orang lain. Apa hak kita membuat hukum? Kita tuhan atau Allah tuhan kita?

Setiap langkah yang kita atur menghampirkan kita kepada kematian. Lagi jauh kita berjalan lagi dekat kita kepada liang lahat. Lagi pantas kita berlari lagi cepat kita sampai kepenghujungnya.

Kuasa kita yang terhad dan terbatas ini gunakanlah untuk manfaat di kemudian hari. Mungkin hari ini kita berkuasa. Esok siapa yang tahu? Kita berhukum kerana agama membenarkan. Kita menghalang kerana agama menghalang. Kita adalah hukum atau penghukum? Kalau kita menghukum apakah hujah dan landasan kita?

Janganlah kerana kita berbeza fahaman politik, kita zalim dalam membuat perhitungan. Hanya kerana kita jahil dalam agama kita menghalang orang alim bersuara. Ulama berhujah dengan dalil dan ilmu....... Kita berhukum dengan apa? Hasad, kebencian, persangka, kesombongan dan iri hati yang tidak berkesudahan.

Ingatlah kita mulia kerana orang memuliakan kita. Walau apa pun gelaran, pangkat dan kedudukan kita bila orang muliakan kita maka kita akan dimuliakan. Tetapi sekiranya masyarakat buat tak pandang, buat tak hairan dan buat tidak peduli apakah nilai semua ini?

Friday, April 23, 2010

Usrah tetap diteruskan

Dalam kekangan masa dan panggilan jihad di Hulu Selangor, barisan pejuang-pejuang Islam PAS yang masih tinggal di Dusun Tua tetap istikomah dalam mengimarahkan majlis usrah dan majlis ilmu dwi mingguan ini. Sementara itu pasukan yang telah berada di Hulu Selangor terus menabur bakti berkempen dan memberi penerangan kepada rakyat. Dan yang tinggal..... terus mengisi dada dengan ilmu bagi mementapkan pengetahuan.

Perjuangan ini penuh berliku. Perjuangan untuk menyampaikan kebenaran sentiasa bendapat tentangan. Itulah fitrah yang dihadapai oleh pejuang Islam sepanjang zaman. Perjuang ini tidak akan terhenti sehingga Islam membaluti seluruh aspek kehidupan kita. Perjuangan ini akan diteruskan hingga keadilan dan syariat Islam tertegak di muka bumi ini.

Apakah bila kita berhadapan dengan kekuatan jentera Kerajaan adakah kita akan berasa lemah? Sekiranya kita penat mereka pun penat, sekiranya kita mengantuk mereka juga mengantuk dan sekiranya kita sakit mereka juga sakit. Tetapi apa yang membezakan kita adalah kita berjuang untuk Islam sedangkan mereka berjuang untuk kuasa.

Sekiranya kita berpaling dengan perjuangan ini... Allah akan menggantikan kita dengan satu kaum yang lebih baik lagi. Mungkin Allah akan membuka hati DAP kepada Islam dan mereka pula yang memperjuangkan Islam. Tidak mustahil mereka akan mencapai kemenangan.

Dakwah perlu diteruskan dan penerangan perlu diperluaskan. Perjuangan ini adalah universal dan ianya melangkaui masa, tempat dan zaman. Kemenangan Islam dimana juapun adalah kemengan kita. Fikrah dan perlakuan kita perlu selaras. Doa dan zikir al-ma'tsurat perlu menjadi amalan harian kepada setiap pejuang.

Semangat perlu terus disemai dan disuburkan dengan kepelbagaian aktiviti. Budaya mencari ilmu perlu diperkasakan. Bukan setakat ilmu agama tetapi juga lain lain bidang termasuk pentadbiran. Kemuncak semua kemenangan adalah kejayaan mengeluarkan umat dari kongkongan sistem sekular.

Semangat berjuang dan semoga mencapai kejayaan.

Thursday, April 22, 2010

Hulu Selangor dan DPM...

DPM kata apa PR boleh buat kepada masyarakat India? Saya nak tanya selepas 50 tahun memerintah apa yang BN telah buat kepada masyarakat India? Padan atau tidak membandingkan pentadbiran 2 tahun dengan 50 tahun? Pentadbiran 2 tahun yang penuh dengan kekangan dan penindasan dengan pentadbiran penuh selama 50 tahun!

Seseorang tidak memerlukan PhD untuk memahaminya. Tak taulah kalau ada orang itu baru nak faham, itupun kerana baru dapat PhD Kehormat dari Jepun.

Jawapan yang amat mudah yang tidak memerlukan IQ terlalu tinggi. Masyarakat India adalah sama sahaja dengan masyarakat lain di Malaysia dan Selangor. Prinsip asasnya ialah jika mereka susah kerajaan kena tolong. Kalau mereka perlu pendidikkan kerajaan kena bagi. Kalau mereka pekerjaan kerajaan perlu membuka peluang. Ini tidak terhad kepada masyarakat India sahaja, malah semua kaum di negara ini.

Tak payahlah tanya soalan yang akan memperlihatkan kebodohan sendiri.

Tuesday, April 20, 2010

Hulu Selangor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon BN dan PKR selepas dua calon Bebas menarik diri hari ini.

Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.

Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Lewat petang tadi Johan, yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, antara lain mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya.

Wan Ahmad Wan Omar berkata calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu berbuat demikian selewat-lewatnya 12 tengah malam ini.
______________

Nota : Pernahkan kita terfikir apa akan jadi jika PKR mencalonkan Dr Halili Rahmat dan beliau masuk UMNo?

Sunday, April 18, 2010

Mesyuarat Agong Tahunan ke26 PAS Kawasan Hulu Langat

Alhamdulilah, mesyuarat PAS kali ini diadakan di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Suasana yang amat kondusif dan selesa.

Para perwakilan mendaftar diri sebelum mengikuti mesyuarat.

Rakan-rakan dari Pakatan Raklyat juga hadir.

Antara wajah ceria sebelum mesyuarat bermula.

Yuran jangan lupa dijelaskan....

YB Dr Che Rosli sempat beramah mesra dengan perwalikan sebelum mesyuarat.

YB Salahuddin Ayub hadir untuk meresmikan mesyuarat kali ini.

Bersama-sama menyanyikan lagu PAS.

Pengacara majlis tetap....

YDP dalam ucapan alu-aluan menekankan pembangunan jemaah dan meningkatkan khidmat kepada rakyat.

PAS tetap istikomah dalam perjuangannya dalam mempertabatkan hukum Islam di negara ini.

Hari ini ada mereka ada antara kita yang telah menerima sedikit manfaat diatas perjuangan dan kemenangan ini. Kita jangan lupa mereka.... pejuang-pejuang yang ramai diluar sana masih tidak mendapat apa-apa. Tiada jawatan, tiada kontrak dan tiada nama. Mereka ini berjuang untuk Islam tanpa mengharapkan sebarangan balasan dunia.

Mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi ingin melihat Islam tertegak dimuka bumi ini. Sanggup dan istikomah untuk infak kejalan Allah sedangkan diri dan keluarga amat memerlukan.

Sedikit tanda ingatan kepada keluarga allayarham Abdul Karim Abd Aziz (bekas pengerusi tetap). Jasamu dikenang.

Tanda terima kasih kepada YB Salahuddin.

Bersama-sama menadah tangan dan berdoa.

Makan...

Saturday, April 17, 2010

KL henti bekal Iran minyak, tunduk tekanan Obama

HULU SELANGOR, 17 April — Pakatan Rakyat menambah senarai modal kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor dengan kini mengeskploitasi isu kerajaan menghentikan bekalan minyak kepada Iran, langkah untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

Bercakap kepada kira-kira 200 peneroka Felda di sini malam tadi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keputusan itu sebagai satu tindakan tunduk kepada Amerika Syarikat (AS) yang masih berdegil mahu mengenakan sekatan ke atas Iran.

Majoriti umat Islam negara sini secara umum menentang tekanan AS terhadap Iran, yang melihat tindakan mengenakan sekatan sebagai lobi Israel.

Anwar membangkitkan isu tersebut pada pertemuan parti itu menjelang hari penamaan calon kerusi Parlimen Hulu Selangor pagi ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin hipokrit yang tidak berprinsip.

Laporan agensi asing yang memetik Najib kelmarin mengesahkan Malaysia telah menghentikan bekalan minyak kepada Iran dengan memberi amaran Teheran semakin dekat dalam menghadapi sekatan baru masyarakat antarabangsa berhubung program nuklearnya.

Pengumuman Najib keluar tiga hari selepas mengadakan perbincangan dengan Obama.

Najib tidak berkata bila Petronas menghentikan bekalan minyak kepada Iran tetapi dipercayai dibuat pertengahan bulan lepas.

Pada satu pihak kata Anwar, Putrajaya mengkritik AS dalam soal konflik Palestin-Israeli tetapi pada masa yang sama tunduk kepada tekanan Washington atas nama “hubungan dua hala yang bertambah baik.”

Anwar berkata perkara itu dilakukan hanya untuk memperbaiki imej Najib.

“Apabila usaha Presiden AS Barrack Obama gagal dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin, saya mengkritik beliau. Tetapi apabila Obama menggesa sekatan ke atas Iran, saya kata okey tetapi bagaimana dengan Israel.

“Apa yang Najib lakukan? Beliau menyokong AS mengenakan sekatan ke atas Iran,” kata Anwar dengan disusuli tepukan daripada hadirin.

Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kini menggunakan sentimen anti-Israel untuk menarik sokongan pengundi tempatan kaum Melayu yang dianggarkan lebih 50 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar.

Sejak dua minggu lalu Pakatan Rakyat sudah mula menggunakan isu khidmat perhubungan awam APCO Worldwide, yang didakwa digunakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang mengamalkan konsep 1 Malaysia.

Firma itu juga didakwa pernah membangunkan gagasan One Israel.

Turut hadir malam tadi ialah penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas menteri besar Perak yang dijatuhkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

“Kini sudah terdedah BN bayar APCO RM78 juta hanya bagi Najib mengambil gambar bersama Obama,” kata Lim.

Wednesday, April 14, 2010

Najib jumpa Obama

Seperti yang dijangka perjumpaan antara Najib dan Obama adalah untuk US mendapatkan sokongan Malaysia tentang hasrat mereka memberi tekanan kepada program tenaga nuklear Iran. Sama ada Najib setuju atau tidak kita masih tidak jelas. Apa yang penting Obama kata pengganas tidak boleh memiliki senjata nuklear.

Jangan kita lupa juga, negara haram pengganas israel juga memiliki senjata nuklear. Apakah pendirian Najib dalam hal ini. Jangan lupa juga negara pengganas US yang juga penyimpan senjata nuklear yang terbesar....

Amat malang kalau Najib menyokong tekanan terhadap Iran tetapi berdiam diri mengenai Israel.

Sah - Datuk Zaid Ibrahim calon Hulu Selangor


HULU SELANGOR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah malam ini.

Turut hadir termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin. Selain itu Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Glaw; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution; Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng juga hadir.

Bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menang selepas kerusi itu dikuasai PAS dan juga PKR selama lebih 12 tahun.

Beliau juga adalah pengasas dan pemegang saham utama firma guaman terbesar di Malaysia, Zaid Ibrahim & Co (ZICO) sebelum melepaskan kepentingannya dalam firma tersebut setelah dilantik sebagai menteri di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU ke-12, Mac 2008.

Bagaimanapun pada 15 September tahun yang sama, Zaid bertindak meletakkan jawatannya dalam Kabinet selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan penahanan tiga individu termasuk seorang wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau selepas itu mencetuskan kontroversi dalam Umno selepas dilihat secara terbuka menghadiri majlis parti pembangkang dan akhirnya dipecat daripada parti tersebut pada 2 Disember.

Zaid kemudiannya membuat satu lagi keputusan mengejut apabila menyertai PKR pada Jun 2009.

Kerajaan Selangor Bentuk Paradigma Baru, Sultan Sharafuddin Ucap Syabas, Tahniah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri yang berjaya menunjukkan pelbagai peningkatan dalam tempoh dua tahun memerintah negeri ini.

“Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua wakil rakyat kerana genap dua tahun selepas pilihan raya umum, semua Yang Berhormat bersemangat dalam memberi perkhidmatan terbaik,” titah baginda.

Baginda juga menganggap kejayaan dalam dua tahun ini ialah prestasi tadbir urus kerajaan Selangor hingga mendapat pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara pada tahun lalu.

Pengiktirafan itu sekali gus meyakinkan Sultan Sharafuddin bahawa kerajaan negeri pada masa ini, dapat mentadbir Selangor dengan baik.

Titah baginda, kerajaan yang baik, telus dan bertanggungjawab yang dilaungkan kepimpinan kerajaan sekali gus membentuk paradigma baru dalam menyampaikan mesej keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Baginda turut gembira kerana kebanyakan program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dapat merakyatkan ekonomi Selangor melalui pelbagai pendekatan yang dibuat.

Antaranya ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor, program SPIES, pengagihan 10 peratus keuntungan kepada mereka yang berhak, pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang, skim pinjaman mikrokredit, pembagunan sukan melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dan pembangunan projek teknologi.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Kali Ke-12 pagi tadi.

Sultan Sharafuddin bertitah kepada semua wakil rakyat supaya dapat memberikan khidmat terbaik selari dengan amanah yang diberikan rakyat.

“Beta berharap Dewan ini menjadi medan terbaik untuk menyelesaikan pelbagai isu melibatkan kepentingan rakyat. Mulakanlah dengan niat untuk bekerja dengan jujur, ikhlas dan betul dan berilah kerjasama yang perlu kepada pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut bertitah segala bentuk isu peribadi akibat perbezaan politik perlu diketepikan untuk rakyat kerana mahu melihat kerajaan Selangor mendapat manfaat dan menjalankan amanah rakyat dengan cekap dan lancar.

“Beta sedar dalam politik tidak mungkin ada 100 peratus persetujuan dan memang diakui bahawa amalan check and balance perlu bagi memastikan semua kepentingan diteliti. Beta mahu semua pihak melaksanakan sistem yang ada atas landasan amanah dan bukan isu peribadi akibat perbezaan politik,” titah baginda lagi.

Monday, April 12, 2010

'Tekanan politik': Dr Pornthip tidak hadir inkues Teoh

Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

Sunday, April 11, 2010

Kuliyah Duha Masjid Bt 14


Bila tiada aktiviti maka berbondong-bondonglah mereka mencemuh dan mengatakan bahawa tak ada bezanya PR dan BeEnd. Tetapi bila ada aktiviti haram tak nampak batang hidung. Inilah kenyataan yang dihadapi oleh Masjid Bt 14 yang mengadakan kuliyah duha setiap hari Ahad pukul 9 pagi.

Kedudukkan Masjid yang strategik dan berada ditengah-tengah laluan penduduk Hulu Langat masih gagal menarik umat Islam untuk hadir. Berbagai-bagai penceramah hadir dan pelbagai tajuk dibentangkan..... namun orang yang hadir adalah mereka yang sama. Mereka yang tertarik untuk mengunjungi rumah Allah dan taman-taman syurga didunia adalah wajah-wajah yang sama.

Dalam masa yang sama, pasar tani di sebelah tetap dipenuhi oleh pengunjung. Inilah kenyataan umat akhir zaman. Mereka sebok dengan urusan dunia dan masa dirasakan amat singkat hingga tidak sempat ke Masjid. Benarlah hadith nabi yang mengatakan semua umatnya akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Enggan mungkin kerana jahil atau enggan kerana merasakan urusan mereka didunia lebih utama dari urusan selepas mati.

Kita lupa dengan kehidupan yang amat panjang dan kekal selepas mati sedangkan yang disebokkannya adalah apa yang pasti tinggal. Harta yang pasti tinggal terus dikejarnya, keluarga yang tinggal terus di sebokkannya, jawatan yang bakal lucut terus diharapkananya..... sedangkan yang pasti..... mati terus dilupakannya. Apakan amalan kita sudah cukup? Adalah sedekah kita memadai dan apakah yang bakal menjamin kita di sana nanti?

Sedar atau tidak yang pasti tinggal ini belum lagi menjanjikan kebahagian kepada kita selepas kita mati. Silap langkah menjadi bencana yang tidak berkesudahan.

Marilah kita menuntut ilmu dan jadilah kita umat yang berjalan dimuka bumi di atas kebenaran dan ilmu, bukannya taklik atau ikut-ikutan semata-mata.

Thursday, April 8, 2010

Dulu Kata Negara Bakal Diperintah Oleh Orang Cina.........

Masihkah anda ingat apa yang mereka katakan kepada kerajaan Pulau Pinang?

Masihkan anda ingat apa yang mereka katakan kepada kerajaan yang dipimpin oleh YB Nizar di Perak?

Apabila kerajaan yang dipimpin oleh BeEnd terus menjadikan perkauman sebagai alat untuk meraih sokongan dan mengekalkan kuasa maka mereka tidak akan tetap dalam membuat keputusan dan pendirian. Mereka akan menggunakan isu perkauman bagi menakutkan orang Melayu dan memastikan mereka terus menyokong UMno. Dalam masa yang sama juga mereka akan membuat keputusan yang dilihat seolah-olah mesra bangsa lain demi untuk terus berkuasa dan mendapat sokongan.

Sampai bila kita akan terus berada didalam keadaan ini. Kita hidup dalam satu negara, satu langit, satu bumi, namun terus berada didalam keadaan tidak dapat mempercayai jiran kita. Rasa curiga yang menebal akan terus dibajai oleh parti ultra perkauman BeEnd. Ia terus-menerus membajai persengketaan agama dan kaum demi matlamat ingin terus berkuasa.

Jiwa kacau dan minda bebal terus menguasai suasana politik negara.
_____________________________________________________
Calon BN Di Hulu Selangor Daripada MIC - Najib

SHAH ALAM: Barisan Nasional akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata ini selaras dengan semangat setiakawan dalam B Nmemandangkan kerusi itu adalah milik MIC sebelum ini.

"Sebab itu adalah kerusi MIC. Kita dalam Umno, MCA PPP Gerakan akan sokong calon Barisan Nasional tapi saya minta satu biarlah calon itu ditentukan oleh (beliau selaku) Pengerusi Barisan Nasional sebab saya nak kita menang," katanya pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor di sini hari ini.

Model Ekonomi Baru Akan Gagal Tanpa Modal Insan Cemerlang

KUALA TERENGGANU – Walau sebaik mana sekali pun rancangan diatur dan dilaksanakan, ia tetap akan gagal sekiranya tidak dipacu oleh modal insan yang cemerlang.

Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak akan gagal sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana menghadapi masalah pelaksana.

”Masalahnya adalah masalah pelaksana, pelaksana inilah yang berkait dengan modal insan, dalam kita membina modal insan kita mestilah melihat kepada komponen-komponen yang asasi kepada naluri dan fitrah manusia,”saran Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga ADUN Rhu Rendang berkata demikian ketika membahaskan titah perasmian Tengku Seri Panglima Raja dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam, 7 April.

Menurutnya, Allah menjadikan manusia mempunyai jasad, ruh, individu, masyarakat, bahan-bahan yang digunakan, kewajipan terhadap hak-hak Allah dan khilafah iaitu memakmurkan mukabumi dengan peraturan dan kebijaksanaan yang diturunkan olehNya.

Katanya, komponen tersebut merupakan mata rantai yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain dalam membangunkan modal insan.

”Kita bercakap tentang Ulul-albab, kita bercakap tentang ‘khaira ummah’ sebaik-baik umat, bercakap tentang ‘ummatan wasata’, umat yang pertengahan, tetapi kita tidak menyentuh mata-mata rantai yang merupakan komponen bagi membentuk Ulul-albab, penekanan yang utama ialah aqidah,”jelasnya.

Bagi orang Islam, beliau berkata, aqidah adalah mengikhlaskan diri kepada Allah SWT dan menolak ‘toghut’ iaitu setiap yang melampaui batas, bukan sahaja dalam aspek ibadah, bahkan dalam cara hidup.

Katanya, undang-undang dan peraturan yang melampaui batas akan menjadikan manusia turut melampau batas dan tidak seimbang diantara rohani dan jasad.


Sebagai contoh, berlaku ketidakseimbangan tersebut, kata beliau, adalah jawapan bertulis yang diberikan kerajaan tentang kewujudan pusat snooker dan karaoke di negeri ini, dimana, menurutnya, undang-undang dan peraturan sedia ada membenarkan sebanyak 70 buah pusat tersebut beroperasi.


”Manusia tidak boleh mengawal hawa nafsu, sebagai contohnya saya lihat disini terdapat ketidakseimbangan,

”Bukannya kita tidak boleh berhibur, boleh berhibur, tetapi sejauh mana batas-batas sempadan dalam hiburan ini, saya tidak nampak batas-batas sempadan ini berlaku dengan cara yang teguh dan kuat,”tegasnya.

Dengan itu, katanya, adalah perlu batas-batas sempadan yang dapat mengawal aspek-aspek negatif dari hiburan ini, kerana ia adalah perkara yang sangat penting.

Justeru, beliau berkata, adalah baik bagi kerajaan negeri, jika dilaksanakan undang-undang berdasarkan syari’at Islam yang telah diluluskan oleh DUN dan telah ditandatangani oleh tuanku Sultan serta telah digazetkan.

”Kami telah meluluskan undang-undang berdasarkan syari’at Islam dalam (pada) penggal yang lalu, kerajaan tidak menolak, terus menerima, dan Tuanku (Sultan) telah ‘sign’ (tandatangan) dan (telah) digazetkan, alangkah baiknya, perkara ini dilaksanakan dan kami bersedia untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya,”katanya.

Tuesday, April 6, 2010

Halal Jakim

Negara yang didakwa negara Islam ini masih lagi gagal memastikan kebajikan rakyatnya yang meragama Islam. Untuk memastikan makanan yang di jual kepada orang Islam disahkan halal juga tidak mampu dilaksanakan. Inikan hendak melaksanakan hukum Islam yang memerlukan kesungguhan yang tinggi.

Maka betul lah bahawa untuk melaksanakan Islam di negara ini bukanlah mengharap kepada BEnd. Harap kepada BEnd sama sudah Islam akan berada di takuk lama. Yang bukan Islam terus tak faham dan yang Islam pula semakin terbiar jahil.

Inilah jawapan Mashitah bila ditanya soal Halal di Parlimen. Mashitah berkata, Malaysia belum mewajibkan semua kedai mendapatkan sijil halal Jakim kecuali untuk tujuan komersial sahaja.

Justeru, beliau menyerahkan kepada pengguna untuk membuat pilihan.

Sungguh mengaibkan dan memalukan. Sebuah negara Islam tidak mampu menguatkuasakan hak orang Islam.

Monday, April 5, 2010

GST - Najib Hilang Punca.....

Kegagalan kerajaan untuk meningkatkan hasil negara telah memaksa Najib meningkatkan cukai kepada rakyat. Kalau dahulu rakyat akan menghunus senjata sekiranya pemerintah menaikkan cukai maka sudah tiba masanya kini rakyat mengunakan kuasanya bagi mendidik kerajaan.

Sekiranya ekonomi negara telah meningkat maka secara automatik kutipan cukai semasa juga akan meningkat. Sekiranya kutipan cukai tidak meningkat maka maknanya ekonomi negara sebenarnya belum pulih. Perbaiki ekonomi dahulu bukannya kenakan cukai dahulu.

________________________

Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya.

PAS Selangor Yakin PR Tawan Semula Hulu Selangor

PAS Negeri Selangor telah pun merangka strategi menggembeling seluruh tenaganya bagi menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Hassan Ali berkata, kekuatan PAS menghadapi pilihanraya itu akan ditambah dengan bergabung bersama dua parti sahabat Pakatan Rakyat, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya perkara tersebut telah dicapai dalam mesyuarat Perhubungan PAS Selangor yang diadakan beberapa hari lalu.

”Kita dalam PAS dua malam lepas telah mengadakan mesyuarat merangka cara bekerja dan strategi, bagaimana caranya kita menggembeling tenaga parti (PAS), kemudian menggembeling bersama-sama tenaga PKR dan DAP,”jelasnya ketika ditanya bagaimana persiapan PAS Selangor menghadapi pilihanraya terbabit.

Menurutnya, kekuatan tenaga Pakatan Rakyat akan ditambah dengan menggabungkan tenaga petugas tempatan dengan petugas dari negeri-negeri lain.

Beliau berkata, pihaknya telah pun berbincang dan menyelesaikan perkara-perkara penting persiapan pra-pilihanraya itu, sebelum turun ke medan pertempuran yang akan bermula pada 17 April depan.

”Bagaimana kita melihat logistik-logistiknya untuk kita menyelesaikan masalah-masalah, sebelum kita pergi betul-betul ke medan pertempuran,

”kita lihat ‘mood’ sebenarnya, InsyaAllah, menang, kita berusaha dan kita serahkan kepada Allah SWT,”tegasnya dalam sidang media yang diadakan di sini semalam.

Katanya, walaupun pelbagai propaganda yang ditiupkan oleh media arus perdana, tetapi rakyat Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain.

Mereka, katanya, tidak mudah tertipu dengan ‘psy-war’ (perang saraf) Umno dan Barisan Nasional, kerana rakyat Selangor berpendidikan, terdedah dengan internet, industri dan teknologi terkini.

”Kebanyakkan (rakyat Selangor) paling minima ada SPM, (ramai) yang ada Diploma dan Ijazah, dan (mereka) lebih objektif,

”sudah tentu apa yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat (setelah memerintah 2 tahun) menghasilkan sokongan kepada kita,”ujarnya yang juga Exco kanan kerajaan negeri Selangor.

Friday, April 2, 2010

Hulu Selangor: 17 April penamaan calon, 25 April undi

Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April.

Menurut pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, penamaan calon pula ditetapkan pada Sabtu, 17 April.

Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat selama dua jam di pejabatnya di Putrajaya.

Katanya, SPR menerima pemakluman kekosongan kerusi Hulu Selangor pada 29 Mac oleh speaker Dewan Rakyat.

Writ pilihan raya akan dikeluarkan hari ini - 2 April dan notisnya pula akan dikeluarkan tiga hari selepas itu.

SPR juga mengumumkan pelatinkan pegawai daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan tujuh orang pembantunya.

Abdul Aziz berkata, Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.

Katanya, Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi sementara pusat mengundi akan melibatkan 46 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 146 saluran mengundi.

Kawasan pilihan raya parlimen Hulu Selangor itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Katanya 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

Daripada jumlah tersebut, Abdul Aziz berkata kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

Mengenai undi pos, beliau berkata ia mungkin diadakan dua hari sebelum hari mengundi dan proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dilakukan di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Beliau juga berkata SPR akan menubuhkan enam pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) mengikut Seksyen 27B AKta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen dari hari penamaan calon sehingga tamat hari pengundian.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.
Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak kematian bekas timbalan menteri besar Selangor itu, Umno berusaha keras untuk melobi kerusi itu yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.