Sunday, April 25, 2010

Benarkah UMNo seperti apa yang didakwa....


Suatu ketika dahulu lagu Warisan kerap didendangkan terutama didalam kursus-kursus anjuran BTN dan juga tadika KEMAS. Namun lagu tinggal lagu. Orang (UMNo) yang mendakwa pejuang bangsa rupa-rupanya indah kabar dari rupa. Harapkan pagar, pagar makan padi. Anak kera disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Sekiranya kita mendengar kata-kata pemimpin-pemimpin UMNo, seolah-olah merekalah pejuang bangsa yang tulin yang tidak tolok bandingnya. Sehingga orang-orang kampong melopong, bulat muncung mendengar pidato mereka berdegar-degar. Tidak sedar ekor bergelumang tahi.

Dulu kini dan...... adakah selamanya generasi veteran perang ini terus dibuai oleh impian dan harapan yang indah diceritakan oleh pemimpin-pemimpin UMNo ini. Sedar atau tidak mereka ini jualah yang merampas, mengadai, memunggah kekayaan hak orang Melayu didepan mata kita. Sedangkan mereka terus bersenandung lagu Warisan.

Sehingga kini generasi ini masih menyangka kapal layar yang suatu masa dulu mereka pangkah kini dah pecah dua. Pecah dua dan ianya belayar kedua destinasi yang berbeza. Pemimpin dengan kapalnya sendiri dan orang Melayu didalam kapal yang berasingan. Pemimpin di dalam kapal mewah tersergam indah dan penuh dengan nikmat dan kesenengan.... Sedangkan rakyat berdayung dikapal sempit lagi usang.

Mungkin generasi baru terpaksa menunggu generasi ini pupus barulah harapan dan cita-cita generasi baru akan tercapai. Kita terpaksa menunggu mereka mati kerana untuk mereka sedar adalah amat sedikit. Walaupun begitu kita tidak boleh berputus asa dalam menyampaikan kebenaran dan menyedarkan mereka ini.

Cita-cita yang mengimpikan sebuah negara yang lebih adil dan telus lahir di negara ini terus membara. Pembentukkan sebuah negara perlu berdasarkan prinsip dan dasar agama dan juga kesedaran akan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Justru itu, tidak lain dan tidak bukan ianya adalah untuk melaksanakan segala titah perintah Allah.

Setelah lebih 50 tahun mereka memerintah banyak mana yang mereka buat benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat? UMNo pada awalnya ditubuhkan untuk membantu orang Melayu telah menyimpang jauh dari landasannya yang sebenar. Oleh kerana kerana ketamakkan segelintir pemimpinnya maka rakan-rakan dalam BeEnd juga tumpang sekaki. Mereka ini memunggah segala khazanah dan kekayaan negara sehingga mereka lupa yang anak dan jran mereka juga ingin hidup.

Hari ini penduduk dan pengundi di Hulu Selangor menanggung di atas pundak mereka tanggungjawab yang amat besar. Mereka menanggung hasrat generasi baru yang kepingin melihat perubahan total dalam persada politik negara. Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin UMNo kini tidak sebagaimana kita kenal bapak-bapak mereka satu waktu dahulu. Kami berdoa agar BeEnd kalah agar mereka sedar kesilapan mereka. Marilah sama-sama kita berdoa agar calon Keadilan menang dan Pakatan Rakyat menang.

Mungkin ada yang sudah terlupa apa yang sepatutnya UMNo perlu buat. Mari kita perhatikan lirik lagu Warisan ini..


Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

No comments: