Sunday, April 11, 2010

Kuliyah Duha Masjid Bt 14


Bila tiada aktiviti maka berbondong-bondonglah mereka mencemuh dan mengatakan bahawa tak ada bezanya PR dan BeEnd. Tetapi bila ada aktiviti haram tak nampak batang hidung. Inilah kenyataan yang dihadapi oleh Masjid Bt 14 yang mengadakan kuliyah duha setiap hari Ahad pukul 9 pagi.

Kedudukkan Masjid yang strategik dan berada ditengah-tengah laluan penduduk Hulu Langat masih gagal menarik umat Islam untuk hadir. Berbagai-bagai penceramah hadir dan pelbagai tajuk dibentangkan..... namun orang yang hadir adalah mereka yang sama. Mereka yang tertarik untuk mengunjungi rumah Allah dan taman-taman syurga didunia adalah wajah-wajah yang sama.

Dalam masa yang sama, pasar tani di sebelah tetap dipenuhi oleh pengunjung. Inilah kenyataan umat akhir zaman. Mereka sebok dengan urusan dunia dan masa dirasakan amat singkat hingga tidak sempat ke Masjid. Benarlah hadith nabi yang mengatakan semua umatnya akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Enggan mungkin kerana jahil atau enggan kerana merasakan urusan mereka didunia lebih utama dari urusan selepas mati.

Kita lupa dengan kehidupan yang amat panjang dan kekal selepas mati sedangkan yang disebokkannya adalah apa yang pasti tinggal. Harta yang pasti tinggal terus dikejarnya, keluarga yang tinggal terus di sebokkannya, jawatan yang bakal lucut terus diharapkananya..... sedangkan yang pasti..... mati terus dilupakannya. Apakan amalan kita sudah cukup? Adalah sedekah kita memadai dan apakah yang bakal menjamin kita di sana nanti?

Sedar atau tidak yang pasti tinggal ini belum lagi menjanjikan kebahagian kepada kita selepas kita mati. Silap langkah menjadi bencana yang tidak berkesudahan.

Marilah kita menuntut ilmu dan jadilah kita umat yang berjalan dimuka bumi di atas kebenaran dan ilmu, bukannya taklik atau ikut-ikutan semata-mata.

No comments: